Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Iftar. Papar semua catatan

Bazar Citarasa Kita @ Ballroom Jamuan Ramadhan Di Palm Garden Hotel Putrajaya

Ramadan ini, Palm Garden Hotel, Putrajaya, sebuah Hotel Portfolio Tribute, menjemput korang untuk merasai pengalaman Bazar Citarasa Kita, hidangan bufet berbuka puasa yang hebat di Ballroom hotel dari 2 Mac – 30 Mac 2025.


Bufet Ramadan Mewah Menyambut Bulan Suci Di Barbeque Nation Pavilion KL

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menymbut penuh gembira bulan mulia Ramadan Al-Mubarak. Begitu juga Restoran Barbeque Nation Pavilion KL dengan sukacitanya mengumumkan Bufet Buka Puasa Ramadan 2025. Pertama kali Maha diundang untuk mencuba juadah berbuka puasa yang ditawarkan di sini sangat mengkagumkan.


Raikan Ramadan Dengan Icip Icip Desa Di MiCasa All Suite Hotel

Raikan bulan suci Ramadan bersama di MiCasa All Suite Hotel, di mana korang diundang untuk menikmati hidangan makan malam untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan. Rasai semangat bulan yang diberkati ini dengan bufet yang meriah menampilkan citarasa dan tradisi Ramadan, bertemakan "Icip Icip Desa" yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.


Lokasi Buffet Ramadhan Pilihan 2016

Lokasi Buffet Ramadhan Pilihan 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni adalah minggu akhir bagi banyak2 hotel dan restoran untuk mengadakan buffet Ramadhan. Kadang yang last2 week ini ada promosi. Maha senaraikan antara buffet Ramadhan pilihan bagi tahun 2016 ini.


Sunway Resort Hotel & SPA
http://www.mahamahu.com/2016/04/2-restoran-sajikan-lebih-400-hidangan.html

Pullman Putrajaya
http://www.mahamahu.com/2016/05/300-hidangan-berbuka-puasa-di-pullman.html

Hotel Renaissance Kuala Lumpur

http://www.mahamahu.com/2016/05/godaan-berbuka-puasa-dengan-hidangan.html

Dorsett Grand Subang
http://www.mahamahu.com/2016/05/dapatkan-25-diskaun-untuk-tempahan-awal.html

Sunway Putra Hotel
http://www.mahamahu.com/2016/05/dari-dapur-ummi-konsep-buka-puasa-di.html

Armada Hotel Petaling Jaya
http://www.mahamahu.com/2016/05/tema-sinar-ramadhan-di-utara-coffee.html

PARKROYAL Kuala Lumpur
http://www.mahamahu.com/2016/05/kalau-korang-nak-rasa-12-jenis-rendang.html

Concorde Hotel Kuala Lumpur
http://www.mahamahu.com/2016/05/buffet-ramadhan-ala-ala-kampung-di.html

Bangi Golf Resort
http://www.mahamahu.com/2016/05/hanya-serendah-rm2900-untuk-berbuka.html

Restoran Rebung
http://www.mahamahu.com/2016/06/restoran-rebung-chef-ismail-kini-di.html

Restoran Me'nate Steak Hub
http://www.mahamahu.com/2016/06/istimewa-ramadhan-di-menate-steak-hub.html

Hilton Petaling Jaya

http://www.mahamahu.com/2016/06/selera-warisan-sempena-ramadhan-di-paya.html

Dewan Perdana Felda
http://www.mahamahu.com/2016/06/berbuka-puasa-dengan-masakan-chef-ammar.html

Restoran Kenny Rogers Roasters
http://www.mahamahu.com/2016/06/memilih-untuk-berbuka-puasa-di-kenny.html









Iftar Ramadhan PICC Meraikan Anak-anak Yatim YAKIN Malaysia Dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan

Iftar Ramadhan PICC Meraikan Anak-anak Yatim YAKIN Malaysia Dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Putrajaya International Convention Center adalah antara lokasi berbuka puasa Maha setiap tahun. Tahun ini pun tak ketinggal untuk berbuka puasa di kawasan yang besar dan luas dengan hidangan yang begitu banyak.



Iftar Ramadhan di PICC kali ini bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" menyajikan lebih daripada 300 juadah makanan. Kalau anak2 yatim tu memang seronok sangatlah dapat makan banyak2 macam ni. Maha suka tengok telatah kanak2 ini memang menyeronokan tambah bulan yang mulia ini mereka rasa sangat di sayangi. 100 orang kanak2 diraikan daripada anak-anak yatim YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA).




Macam biasa Maha terjah terutama kat bahagian gerai2 makanan yang menyediakan makanan yang dimasak live depan mata. Antara gerai2 yang ada sepeti Kambing Panggang dan Satay, juga ada bahagian Murtabak yang memang Maha suka. Lagi ada gerai Cucur Udang ada juga Pisang Goreng, Sukun Goreng dan juga Keledek Goreng.




Tu bahagian yang goreng2 ni lah ni pulak bahagian makanan berat2 sikit. Kat sini ada Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah, Ayam Masak Merah dan macam2 lagi lah. Paling menarik kat sini ada bahagian buah-buahan yang memang banyak sangat macam kat dalam dusun. Ada buah Rambutan, buah Mata Kucing, buah Salak, buah Laici dan macam2 lagi.




So lepas ni kalau orang yang duduk area Putrajaya, Bangi dan Kajang korang boleh datang buka puasa kat sini. Harga pula sangat berpatutan iaitu hanya serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak2. Tapi ingat nak datang sini kena booking awal2 ok selalu penuh sebab ramai kakitangan kerajaan yang suka buka puasa kat sini hehehe.




Lagi syok berbuka puas disini adalah mereka menyediakan cabutan bertuah seperti mana yang mereka lakukan pada Buffet Ramadhan tahun2 lepas. Korang boleh menang "Duit Raya" sehingga RM3000 dan juga hadiah2 sampingan bernilai sehingga RM10,000. Kalau korang yang dah makan sini nak tahu keputusan kena tengok lepas Syawal di laman Facebook PICC sendiri ok.





Tu yang Maha suka buka puasa kat PICC ini kerana selain daripada menyediakan makanan yang enak2 mereka juga tidak melupakan orang2 yang memerlukan. Seperti hari ini mereka meraikan anak2 yatim dan juga Asnaf serta orang2 yang susah. So rasa berbaloi tak kalau datang makan kat sini mestilah. Booking sekarang ok. Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka.

Tempahan dan pertanyaan layari:
Laman web : www.picc.com.my







Dari Perancang Perkahwinan Kini Mereka Buka Buffet Ramadhan Pula Di Casa Ombak

Dari Perancang Perkahwinan Kini Mereka Buka Buffet Ramadhan Pula Di Casa Ombak - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Itulah orang kata usaha tak jemu dan ada jer idea bernas pasti akan membuahkan hasil. Macam pakar motivasi pulak tapi ini hakikat yang di buktikan oleh pemilik Casa Ombak Cafe & Wedding. Milik penuh bumiputera yang berada betul2 di kawasan tumpuan ramai iaitu Jalan Damai Off Jalan Ampang.



Maha pun baru tahu pasal tempat ini kerana baru2 ini dapat jemputan untuk buka puasa di sini. Meluangkan masa untuk mencuba lokasi baru bagi Maha ini adalah tempat yang menarik. Mula2 masuk ingat ini dewan perkahwinan kerana dekorasi dan juga hiasannya seakan2 sebuah dewan perkahwinan. Rupanya memang betul mereka ini pasanga adik beradik memulakan perniagaan dengan perancang perkahwinan dan kini mencuba bidang baru buffet Ramadhan.



Jadi terujalah nak cuba hidangan buka puasa kat sini yang nampak ada banyak bahagian seperti booth menyediakan masakan Melayu. Bila sampai tiba waktu berbuka tu maka berbarislah untuk mendapatkan hidangan kat sini. Paling menarik perhatian Maha ada booth yang ada goreng Keropok Leko, Cucur Udang dan juga Cekodok Pisang. 



Selain itu juga, ada booth yang paling ramai orang iaitu Kambing Bakar. Kat situ juga ada sekali Ikan Bakar dan juga Kuah Asam memang mengancam dia orang kata. Juga ada booth yang sediakan Mee Kari serta booth buat Roti John. Kalau nak makan Roti Jala pun ada kat sini ok lah terasa penuh gak perut. Belum makan menu utama lagi.






Kalau nak makan yang berat seperti nasi kat sini ada sediakan lauk pauk tradisional banyak korang leh ambil. Bagi yang nak kurang berat sikit boleh cuba Kueh Teow Goreng dan juga Mee Goreng ada juga. Pokok pangkal semua makanan sini bagi Maha menarik dan boleh buat korang kenyang punya jangan risau.



Buffet di sini memang berpadanan juga kerana harganya hanya RM58.00 nett untuk dewasa dan RM38.00 nett untuk kanak2. Apa lagi nak harga mampu beli bagi kawasan buka puasa tengah2 KL ni. Kalau nak cari kawasan ini agak tersorok tapi kalau korang guna waze atau google maps jumpa. Paling senang korang lalu Jalan Tun Razak akan nampak The Intermark dan dewan ini kat jalan belakang Intermak tu jer. Apa2 oleh booking dan juga pertanyaan kat facebook mereka ok. Selamat berbuka puasa semua. 

Tempahan & pertanyaan :-






Buffet Ramadhan Murah Pilihan Ramai Pasti Di INTEKMA Resort Shah Alam

Buffet Ramadhan Murah Pilihan Ramai Pasti Di INTEKMA Resort Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Percaya tak kalau Maha kata harga buffet ini serendah RM55nett sahaja untuk seorang dewasa. Mana nak dapat lagi harga serendah tu ini yang hanya di tawarkan di INTEKMA Resort and Convention Center @ Shah Alam. 




Maha mula2 tak percaya tapi bila dah pergi makan sendiri kat sini memang terbukti sangat2 murah dan bebaloi. Mana taknya kat sini ada lebih dari 100 juadah hidangan berbuka puasa. Pulak tu lokasi bukan calang2 kat tepi kolam renang yang memang cukup2 cantik dan luas. Korang boleh tengok sendiri gambar yang Maha ambil ni mesti lepas makan rasa nak terjun mandi jer kan hehehehe.



Kat sini ada juga beberapa barisan booth yang menyediakan hidangan makanan Melayu yang enak2. Buat peminat Bubur Lambuk di sini adalah yang terbaik kerana bukan Bubur Lambuk biasa tapi ada Bubur Lambuk Ayam dan Kambing. Pada awal Ramadhan yang lepas mereka juga telah mengadakan acara pemberian Bubur Lambuk di sekitar SACC Mall.






Maha pula datang makan sini memang suka pada Murtabak dan juga Roti John yang disediakan live depan mata. Lagi ada Mee Sup, Keropok Leko, Mee Goreng dan Kueh Teow Goreng dan banyak lagi lah. Pulak tu untuk kanak2 mereka sediakan booth aiskrim yang dihasilkan sendiri juga booth ABC yang sedap dan manis. Lepas tu pula ada Kambing Golek yang memang wajib bulan puasa ini.







Selain dari makan tetamu yang datang sini dihiburkan dengan persembahan muzik dengan lagu2 tradisional dipentas utama. Apa lagi korang nak dalam Buffet Ramadhan serendah ini. Untungnya orang Shah Alam yang dekat2 situ boleh datang setiap hari. Sebelum ini Maha datang sini utnuk nikmati hidangan Ala Bendang Pendeta yang dihasilkan khas untuk pengunjung di sini. Bagi Maha harga kat sini sangat murah dan berbaloi dengan makanan yang ditawarkan.






Kalau korang nak datang buffet kat INTEKMA Resort Shah Alam ini boleh booking sekarang kerana tempat ini selalu penuh. Booking di laman Facebook atau laman web mereka ini kerana buffet ini hanya dibuka dari 9 Jun hingga 1 Julai 2016 takut tak sempat nanti. Ok lah selamat berbuka semua dan selamat berpuasa.

Tempahan dan pertanyaan :-
Hotline: +603 5522 5000/5009
Instagram : @intekmaresort