Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

Info Percutian Di Cameron Highland Puncak Yang Sangat Cantik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalai ni Maha nak cerita kat korang tentang Cameron Highland walaupaun majoritinya dah pernah pergi dan tahu selok belok tempat ini, tapi Maha nak share info kat korang just in case korang ada tertinggal fakta menarik tentang puncak sejuk ini. So harap korang hadap la membaca artikel Maha ni yer. Cameron Highland ni terletak di dalam negeri Pahang. Jarak puncak ini dari bandar Ipoh lebih kurang dalam 85km dan dari Kuala Lumpur pula 200km. Kawasan ni berkeluasan lebih kurang dalam 712km persegi lebih besar dari negara Singapura. Tetapi penduduk yang mendiami kawasan ini hanya dalam 43000 orang sahaja.


Ketinggian dari paras laut pula adalah 1,135meter ke 1,829 meter. Suhu di sana kadang-kadang pada waktu siang 25°C dan boleh mencecah sehingga 12°C pada waktu malam. Sejuk tu kalau korang ke sana jangan lupa bawa baju sejuk tau. So kalau nak ke sana ada 4 laluan utama yang menghubungkan bandar utama ke puncaknya iaitu melalui Bandar Ipoh, Tapah, Gua Musang dan Kuala Lipis. Nak naik kapal terbang takde airport lagi kat atas tu so jangan buat hal nak pergi buat booking kapal terbang. Di antara pekan yang terdapat di Cameron Highland ialah Kampung Raja, Taman Tringkap, Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Lembah Bertam. Nak ke Cameron Highland ni korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dari Ipoh, KL, Gua Musang atau Kuala Lipis terus ke Tanah Rata. Kalau menggunakan kenderaan sendiri melalui lebuhraya PLUS korang boleh exit Tapah kemudian ikut route 59 dan dalam sejam setengah korang akan sampai ke Ringlet. Selain tu korang boleh ikut Simpang Pulai dan akan sampai dalam sejam ke Kampung Raja. 


Di antara kawasan yang wajib korang explore di sini ialah Gunung Brinchang. Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki kenderaan di Malaysia. Kat atas tu ada stesen radio dan TV serta kat atas tu korang boleh menyaksikan pemandangan yang menakjubkan seluruh Cameron Highland. Jikalau korang menaiki teksi cuba ayat sikit driver teksi untuk bawak korang ke Mossy Forest dan Boh Tea punya tempat yang berada kat Sungai Palas. Korang boleh jugak berjalan untuk ke Waterfall Parit. Pastikan korang pakai baju yang sesuai sebab perjalanan menggunakan lalu pejalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Kat area sini juga sebenarnya korang boleh tengok bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ia adalah pemangsa serangga.


Di puncak ini juga korang boleh melawat Time Tunnel, iaitu sebuah muzium yang ada banyak memori tentang sejarah Malaysia. Ada bayaran masuk yang dikenakan. Selain itu juga, korang boleh pergi ke Butterfly Farm, yang terdapat banyak jenis spesies rama-rama dan korang boleh bergambar bersama rama-rama tersebut. Kat sini pun ada bayaran juga untuk masuk. Lokasi paling wajib pergi kat sini adalah ladang Strawberry. Kat sini mereka membuat aiskrim strawberry, jus strawberry dan memetik buah strawberry untuk korang beli and bawa balik segar dari ladang. Termasuklah kalau korang nak beli sayur pun ada. Pada malam hari akan ada pasar malam kat sini korang boleh beli macam-macam jenis sayur yang segar dengan harga sangat murah berbanding korang beli kat supermarket area rumah korang wakakaka.



Lokasi semua korang dah tahu tapi macam mana pula dengan penginapan korang kat sini. Kalau korang nak cari Cameron Highlands hotel untuk korang bermalam cadangan Maha adalah korang install apps Traveloka dan dari situ korang boleh search hotel apa yang ada kat Cameron Highland. Traveloka boleh bantu korang untuk bandingkan setiap hotel yang ada dari segi reviews, lokasi dan juga harga yang sesuai untuk korang. Dari situ juga korang boleh buat research dulu sebelum pergi, dan juga lepas dah yakin dengan hotel mana yang korang nak duduk korang boleh book terus dari Traveloka. Dijamin senang dan selamat. Kalau nak dapat harga lagi murah korang boleh register dengan Traveloka dan akan dapat diskaun 25%. Best tak? Sangat mudah untuk bercuti.


Moga beberapa tips dan panduan yang Maha sediakan ini dapat memberi pengalaman menyeronokan bila korang pulang dari bercuti. Ini kerana bercuti adalah masa untuk merehatkan dan mecari ketenangan bukan kesusahan. Selamat merancang percutian dan selamat bercuti semua.



*Gambar dari laman visitmalaysia.info






  

Menu Sembang-Sembang Petang, Makan Tengahari Dan Bufet Ramadan Di Hotel Kings Green Melaka

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha dah cerita tentang keselesaan dan kepuasan menginap di Hotel Kings Green Melaka untuk panduan korang. Kali ni Maha sambung pula dengan makanan yang hotel ini ada tawarkan kalau korang menginap sini atau nak datang cuba.


Kita teruslah kepada satu menu baru diperkenalkan oleh pihak hotel ini kepada penghuni atau mereka yang nak buat meeting petang-petang kat sini. Masih kat level G hotel ini iaitu Hibiscus Cafe menyediakan set yang dipanggil Sembang-Sembang Petang. Selalu kalau petang kita suka minum dan makan apa?

Sembang-Sembang Petang Di Hibiscus Cafe


Kali ini Hibiscus Cafe membawakan menu istimewa tempat lain tak pernah buat hotel ini buat iaitu makan petang dengan Chicken Chop atau Breaded Chicken Chop. Special kat sini hidangan ini didatangkan dengan sos istimewa tiada tempat lain iaitu Salted Egg dan juga pilihan lain iaitu Black Pepper dan juga Mushroom sos. Memang bagi Maha ia adalah satu gabungan yang sangat sesuai dan padu bila minum pula bersama Chilled Juice yang diberikan sekiranya kita order menu ini.

Chicken Chop

Breaded Chicken Chop

Salted Egg, Black Pepper dan Mushroom Sauce

Harga sangat berpatutan hanya dengan RM18.00 nett satu hidangan Chicken Chop dapat pula minuman sekali ok lah tu kan. Selain tu juga mereka ada sediakan beberapa lagi menu makan petang yang ringan seperti Keropok Leko, Goreng Pisang, Cucur Udang, Cucur Ikan bilis atau Keledek Goreng.

Keropok Leko

Goreng Pisang

Cucur Udang

Cucur Ikan bilis

Keledek Goreng

Semua set menu ini korang kalau order boleh dapat sekali dengan pilihan minuman seperti Teh Tarik, Kopi Tarik, Nescafe Tarik atau Milo Tarik. Memang sangat sesuai kalau nak buat bincang petang sambil makan ringan-ringan. Harga pun untuk satu set makanan dan minuman hanya RM8.00 nett sahaja. Memang berbaloi dan tak dapat harga ni tempat lain boleh isi perut dalam suasana cafe yang luas, tenang dan sejuk ni.

Makan Tenghari Gaya Chinese Dan Nyonya


Kali ni pula kita nikmati makan tengahari yang jauh sangat berbeza dengan tempat lain kerana kat hotel ini mereka ada satu restoran gabungan masakan Chinese dan Nyonya. Restoran yang Maha maksudkan adalah Jia Restaurant yang berada di tingkat M1 dalam hotel ini. So sekali sekala nak bawa kelainan makan bersama keluarga atau rakan-rakan boleh pilih sini.




Kat sini memang korang boleh pilih banyak set sebab selalu memang style makanan restoran China kat luar sana tapi jangan bimbang restoran ini ada sijil Halal daripada JAKIM. Kalau korang datang dalam kumpulan 2 hingga 10 orang mereka ada beberapa set iaitu Set A, Set B dan Set C.

Pai Tie (RM12)

Home Made Beancurd (RM19)

Telur Cincalok (RM12)

Cuma kalau korang tak nak makan ikut set yang mereka sediakan boleh pilih menu ala-cart yang ada seperti yang Maha makan ni. Hari tu memang sangat kenyang kerana kami makan ada 8 jenis hidangan seperti paling popular iaitu Pai Tie. Kemudian ada pula Home Made Beancurd serta masakan Nyonya style iaitu Telur Cincalok. Ini memang menarik Maha akan cuba kat rumah buat telur dadar dan masukkan sikit cencalok yang popular di Melaka ni.

Deep Fried Squid with Five Spices (RM25)

Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce (RM24)

Deep Fried Seabass Fish With Chili Garam (RM70 1kg)

Stir Fried Prawns with Salted Egg Sauce (RM32)

Lagi kami order Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce, Stir Fried Prawns with Salted Egg Sauce yang sangat rangup diluar dan lembut didalam. Tambah lagi menu dengan Deep Fried Seabass Fish With Chili Garam serta Deep Fried Squid with Five Spices. Last sekali akhir hidangan kami dengan Pancake istimewa mereka ini.

Pancake (RM10)

Memang sangat puas makan untuk tenghari kat restoran ini suasana pun selesa. Ada ruang yang terbuka serta juga beberapa bilik exclusive untuk mereka yang nak buat acara makan yang tesendiri. Harga pun boleh tahan semua berpatutan dan memuaskan korang boleh tengok sendirilah. So tak perlu nak cari kat luar dalam hotel ni pun dah ada semua makanan sedap-sedap macam ni.

Citarasa Muhibbah Iftar Sempena Ramadan


Promosi istimewa yang dibawakan kali ini untuk Ramadhan yang tak lama lagi akan tiba iaitu bufet Ramadhan mereka di Hibiscus Cafe. Kalau korang bermalam kat hotel ni pada bulan Ramadhan nanti boleh lah cuba bufet buka puasa mereka yang ada pelbagai masakan Melayu tempatan.


Pembuka selera yang ada kat dalam bufet Ramadhan di sini seperti ulam-ulaman kampung bersama sambal belacan, Kerabu Taugeh, Rojak Petis, Bubur Lambuk dan juga istimewa masakan Nyonya iaitu Sambal Timun. Ini korang kena cuba sebab memang tak ada tempat lain kat hotel ini jer tau.





Lepas tu makanan utama bufet buka puasa kat sini akan mereka selalu tukar setiap minggu mengikut set yang telah ditetapkan chef. Apa yang Maha sempat cuba hari tu adalah Tom Yam Seafood, Nasi Beringin yang warna kuning, Gulai Daging Kawah, Udang Lemak Nanas, Ikan Jenahak Asam Pedas special masakan orang Melaka, Sotong Sambal, Ayam Goreng Belacan, Stir-fried Broccoli Mushroom dan Satay.




Tu baru sikit tak masuk lagi pilihan makanan pencuci mulut yang ada seperti kuih-kuih tradisional yang pelbagai rasa serta 2 jenis pastry. Itu akan ditentukan oleh chef apa yang ada pada hari korang datang berbuka di hotel ini. Harga pula untuk tempahan early bird iaitu sebelum 10 Mei 2018 hanya RM58.00 bagi dewasa dan RM48.00 untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun serta warga emas.





Kalau harga biasa korang walk-in atau lepas tarikh tadi akan jadi RM68.00 bagi dewasa dan RM58.00 untuk kanak-kanak dan warga emas. Kalau korang datang dalam satu kumpulan 10 orang dewasa akan dapat lagi 1 kupon percuma untuk seorang dewasa. Jadi bagi Maha sangat-sangat berbaloi harga kat sini bagi sebuah hotel bertaraf 4 bintang ini.



Korang kalau ada plan nak buat rumah terbuka terutama bagi orang Melaka hotel ini ada sediakan pakej istimewa. Rumah Terbuka Aidilfitri dengan tawaran harga dari RM55.00 untuk minimum 50 pax tetamu. Banyak keistimewaan akan dapat dalam set ini seperti Meja VVIP dan Pelayan, PA Sistem serta LCD Projector bersama white screen.


So apa lagi memang kat hotel ni banyak menyediakan tawaran makan-makan sebeb tu masa Maha bermalam kat sini tak keluar mana-mana sangat hanya duduk kat bilik sebab semua ada. Bilik yang selesa dan juga makanan yang banyak jadi nak apa lagi. Kalau pergi pun mungkin waktu malam keluar jalan-jalan kat Jonker Walk cari barang-barang murah. Jadi lepas ni boleh lah korang cadang untuk pilih hotel ini bermalam di Bandar Bersejarah Melaka ini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan semua menu ini atau pertanyaan hubungi:-
Tel : 06-2881091 ext 629/3
Email : fnb@kingsgreenhotel.com.my





Bercuti Ke Melaka Bandar Bersejarah Boleh Menginap Di Hotel Kings Green Bilik Sangat Luas

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pening sebenarnya kalau nak cari hotel atau tempat bermalam bila bercuti atau jalan-jalan kat Melaka sebab hotel sana boleh tahan harganya. Tapi Maha temui satu hotel bertaraf 4 bintang dengan harga berpatutan dan selesa.



Hotel Kings Green yang terletak di Jalan Tun Perak begitu dekat dan berhampiran tengah bandar Warisan Dunia UNIESCO ini. Kalau jalan naik kereta hanya ambil masa dalam 15 minit sahaja untuk ke Bandar Hilir. Malam kalau nak ker Jongker Walk pun dekat hotel ni hanya 10 minit jer cuma kena datang awal sebab ramai orang. Jalan kat depan hotel ni tak jem walupun korang datang hujung minggu.


Maha sendiri dah duduk hotel ni hujung minggu lepas walaupun hanya satu malam tapi sangat puas hati. Ini kerana bilik yang Maha ambil adalah Delux Room yang ada 1 queen bed dan 1 Super Single Bed mampu muat untuk 3 hingga 4 orang. Memang sangat luas bilik ini dan korang boleh pilih yang ada balkoni atau tidak. Semua konsep bilik kat sini memang macam ni ada banyak katil dan luas. 







Dalam bilik semua kemudahan ada macam seterika dan iron board juga ada mini fridge dan ada kelengkapan untuk buat minuman macam teh atau kopi serta air mineral. Orang kita mesti paling penting kena ada wifi dan hotel ni ada kemudahan tu percuma sahaja. Masuk bilik air pula sangat besar sebab bukan sahaja ada shower tapi ada bath tab yerrr tu paling best boleh berendam. Kelengkapan toiletries pun ada kalau korang lupa bawa boleh guna. 




Kat sini sangat selesa nak tidur untuk mereka yang datang bercuti dengan keluarga. Masa masuk kat kaunter pendaftaran tu ada mereka pamerkan persijilan bangunan hijau. Apa yang Maha baca hotel ini mengamalkan konsep bangunan hijau yang menggunakan sistem seperti penapisan air hujan untuk penggunaan sistem pemanasan dan taman, juga LED lightings yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak 30%.




Pulak tu masa parking kat luar hotel mereka ada sediakan parking khas untuk kereta elektrik serta juga tong sampang kitar semula yang menggalakkan pengguna mengitar semula bahan boleh kitar. Paling penting hotel ni adalah 100% kawasan larangan merokok didalam bilik mahupun kat kawasan yang berhampiran. 



Jadi memang seronok tinggal hotel ni rasa tak nak keluar. Sebab bukan sahaja bilik yang besar mereka juga ada beberapa kemudahan lain seperti pusat ginasium yang besar serta kolam renang bagi buat aktiviti sihat kalau tak nak jalan keluar. 





Bagi yang nak buat majlis atau aktiviti pejabat di hotel ini boleh sangat sebab masa Maha round-round sekeliling hotel ni masuk juga beberapa bilik yang ada. Kat tingkat satu hotel ni ada 3 bilik mesyuarat yang mampu memuatkan sehingga 50 hingga 100 orang dalam satu masa. Hotel ni juga ada Ballroom yang sangat luas boleh memuatkan sehingga 800 orang bagi majlis seperti perkahwinan atau makan malam koperat. 





Bab makan pula tak perlu risau kerana kat hotel ini ada Hibiscus Cafe kat level G menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Juga kalau yang suka makanan Chinese dan Nyonya mereka ada satu restoran khas untuk semua hidangan itu iaitu JIA Restaurant di level M1. Makan-makan ni nanti Maha akan cerita kat post yang seterusnya sebab banyak makanan sedap kat hotel ni. Nak tahu kena tunggu next posting nanti ok. 



So lepas ni kalau korang rasa nak pergi bercuti atau ada urusan kerja kat Melaka Maha cadangkan untuk bermalam kat hotel ini. Sangat selesa dan sangat seronok kerana buat tidur malam diulik mimpi indah. Parking kat sini sangat banyak jadi datang naik kereta tak perlu bimbang. Ini semua dari pengalaman Maha tinggal kat hotel ni jadi kongsi bersama korang. Moga ia bagi manfaat pada semua. Selamat bercuti semua.  

Post Makan-Makan di Hotel Kings Green Melaka 


Tempahan dan pertanyaan hubungi:-
Alamat : Kings Green Hotel 
               No 28, Jalan Tun Perak,
               75300 Melaka.

Laman web : http://www.kingsgreenhotel.com.my
Tel : 06 – 288 1091
Fax : 06 – 288 1092
Email: sales@kingsgreenhotel.com.my