Memaparkan catatan dengan label Product. Papar semua catatan

Precious Masa Untuk Nikmati Popcorn Dengan Rasa Premium

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat rumah memang selalu kalau Maha tonton movie atau rancangan drama yang best kat TV mesti ada ditemani dengan Precious Premium Flavored Popcorn. Barulah rasa seronok dan tak sedar diam-diam boleh habis satu balang popcorn tu.


Popcorn ini mempunyai rasa yang premium maksudnya rasa daripada kualiti yang luar biasa atau nilai yang lebih tinggi daripada popcorn yang korang pernah rasa kat luar sana. Selalunya kalau popcorn biasa mereka akan campurkan dengan gula biasa yang dicairkan tapi yang ini menggunakan proses Tree Nuts.




Maha suka popcorn ini sebab ia tiada rasa yang terlalu manis dan kita boleh lihat semua bahagian popcorn disaluti penuh tanpa ada yang tertinggal. Mereka juga menggunakan biji jagung non-GMO iaitu biji jagung tulen yang tiada pemanis tiruan. Maha baru tahu yer yang GMO ini bahaya untuk kesihatan boleh sebabkan kemandulan dan juga penyakit barah, takut kan. 



Precious Premium Flavored Popcorn ini datang dengan dua perisa premium iaitu Crunchy Caramel dan Chock-full Chocolate. Ia adalah produk buatan Malaysia tak silap Maha kilang mereka terletak kat Shah Alam. Sebab tu Maha yakin untuk makan popcorn ini dan memang menyengatlah. 


Mana Maha beli popcorn ini korang boleh order secara online kat Facebook atau juga kat Instagram mereka. Harga pun tak mahal untuk bekas 250gram ini harga semenanjung Malaysia RM20.00 dan manakala bagi Sabah dan Sarawak RM25.00 sahaja. Jadi masa untuk korang nikmati popcorn dengan rasa premium waktu bahagia dan bersama keluarga. Selamat menjamu selera semua.

Pembelian dan promosi terbaru sila layari :
Whatsapp : 019-3589390





Lepas Berkahwin Fazura Suka Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Strawberry

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi yang cukup mendapat perhatian media sekarang ini kerana perkahwinan meletop mereka. Siapa lagi kalau bukan Fazura, baru-baru ini Maha dapat bersama dengan dengan beliau dalam satu majlis iaitu Haagen-Dazs Experience Extraordinary yang bertempat di WORQ Glo Damansara.



Fazura adalah salah seorang tetamu dan panel yang bersama menceritakan pengalaman extraordinary dalam hidup beliau. Sedih juga dengar cerita beliau bagaimana dari kecil gadis kampung yang akhirnya berpindah ke KL untuk menjadi penyanyi selepas kematian ayahnya. Masa tu lah Maha tahu yang beliau ni suka dengan aiskrim perisa strawberry orang perempuankan.


Sebelum ni pernah cuba tak aiskrim Haagen-Dazs gabungan Latte Maha pernah cerita kat blog. Tapi kali ni Maha paling suka perisa Macadamia Nut iaitu perisa baru yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. Kalau makan aiskrim perisa ni kat dalam tu memang dapat rasa ketulan kacang memang tak kedekut. 


Masa event tersebut mereka juga memperkenalkan packaging baru bekas aiskrim ini lebih menarik dan segar. Paling best kami semua diberi peluang untuk menikmati semua perisa Haagen-Dazs sampai sebu perut makan aiskrim. Selain perisa yang Maha suka tu, buat pecinta coklat kena cuba perisa Belgian Chocolate ini memang sangat pekat rasa coklat dalamnya. 




Lepas tu ada pula Matcha Green Tea memang sapa suka kepada teh hijau ini memang akan habislah makan yang ini. Perisa biasa lain seperti Vanilla dan juga Strawberry yang mana dalamnya korang boleh rasa ketulan buah strawberry bila masuk kunyah kedalam mulut tu.

Pengacara Melissa bersama panel Fazura, Jane dan Raja Nadia Sabrina


Semasa event tu juga bukan sahaja Fazura tetapi mereka ada menjemput beberapa wanita yang menjadi inspirasi dalam kehidupan yang extraordinary. Diantaranya adalah Jane Chuck seorang sosial media influancer juga bersama dengan lawyer iaitu Raja Nadia Sabrina yang sekarang menceburi bidang fesyen apabila memenangi Kuala Lumpur Fashion Week 2015


Pada hari tu juga Aere adalah label Malaysia bagi pakaian kontemporari yang diasaskan oleh Raja Nadia turut mempamerkan rekaan mereka. Menggabungkan warna Kuning, Biru dan juga Putih dalam rekaannya ini sangat menarik. Fazura juga turut mengayakan rekaan keluaran Aere ini pada hari terebut.



Lepas ni boleh lah ke mana-mana kedai untuk dapatkan perisa yang Maha ceritakan tadi. Semua Maha suka sedap menawan hati nak makan aiskrim. Layari Facebook mereka Haagen-Dazs Malaysia untuk sebarang promosi.





Mengantuk Ketika Memandu Heed Energy Drinks Pilihan Terbaik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahu musim cuti sekolah atau musim perayaan semua orang akan ambil peluang untuk pulang ke kampung. Ada yang jauh perjalanan sampai lebih daripada 4 jam memandu kereta jadi risiko untuk mengantuk ketika memandu sangat tinggi.


Maha sendiri pun kalau memandu lebih masa pun akan cepat penat dan mengantuk. Kadang-kadang perlu kunyak sesuatu untuk mengurangkan rasa mengantuk tu. Tapi sekarang ni dah ada satu minuman tenaga yang boleh membantu untuk kesegaran berpanjangan. HEED Energy Drink kini dah ada di pasaran Malaysia.

Kalau bab makanan dan minuman ni korang mesti akan teliti pasal Halal ini dan jangan bimbang minuman ini telah mendapat pengesahan Halal daripada IIDC Austria yang juga badan Halal diiktiraf oleh JAKIM. Korang boleh rujuk artikel yang Maha pernah tulis senarai badan Halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.


Produk ini daripada negara Eropah jadi mereka memang mengutamakan kualiti dan juga kesihatan kepada pengguna. Produk minuman ini dijamin tiada bahan pengawet dan produk ini adalah jenama ke-3 pengeluar tebesar minuman tenaga di dunia dan pilihan lebih 40 buah negara diseluruh dunia.

Pelakon Hollywood Bruce Willis Mengamal HEED


Sekarang produk ini telah melantik duta mereka bagi tahun 2018 iaitu Bruce Willis iaitu pelakon yang penuh dengan aksi hebat dan bertenaga. Walaupun pada usia 63 tahun pelakon Hollywood ini cukup lincah dalam aksi lakonan beliau.


Kini produk HEED Energy Drink ini mula boleh didapati dibeberapa pasaraya yang popular di Malaysia seperti Hero Market, Pasaraya Haniffa, de-Market dan beberapa pasaraya lain. Minuman ini dijual pada harga RM2.50 untuk satu tin 250ml dan jauh bebeza dengan beberapa harga minuman tenaga yang ada di pasaran. Tahun ini Heed akan mengadakan sampling dan juga promosi di beberapa pasaraya serta stesen minyak seluruh Malaysia untuk anda cuba dan kenali minuman ini.

Jadi Maha dah mula beralih kepada minuman HEED untuk mengurangkan rasa penat dan mengantuk ketika memandu dalam perjalanan yang jauh. Juga boleh dijadikan minuman tenaga sewaktu bersukan atau beriadah ia mampu memberikan tenaga tambahan kepada kita. Jadi mulalah cuba minuman Heed sekarang.






Ayamas Kitchen Lancar Lagi 3 Produk Rangkaian Ready-To-Eat Untuk Kehidupan Lebih Mudah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun lepas Ayamas Kitchen telah melancarkan 3 produk Ready-To-Eat (RTE) iaitu Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Korang dah cuba ker semua produk yang mudah disediakan dan pastinya sedap ini.


Baru-baru ini Ayamas Kitchen telah melancarkan lagi 3 produk baru untuk melengkapkan set RTE mereka. Tapi kali ini lebih memberikan variasi rasa tempatan dan antarabangsa. Korang boleh makan hidangan dari Thailand hingga ker Korea. 


Koleksi produk RTE yang baru dilancarkan adalah Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa.



Teruja tak nak cuba produk baru mereka ini dengar nama pun dah sedapkan. Maha sendiri dah cuba ketiga-tiga menu ini dan memang sangat puas hati rasanya. Ini kerana mereka masih mengekalkan kualiti yang tinggi dan kadar nutrisi yang tepat untuk memberi produk yang sihat kepada pelanggan mereka.

Nasi Bijan Ayam Bulgogi

Maha paling suka sekali adalah Ayam Bulgogi tu sebab dapat rasa daging ayam yang lembut dan empuk serta kemanisan kuah seperti original. Kemudian yang Kari Hijau tu pun menarik juga dan pasti produk ni tak susah untuk disediakan.

Nasi Ayam Kari Hijau Thai

Bihun Goreng Istimewa

Ini kerana produk ini adalah sejuk beku ia tidak perlu di nyah bekukan lepas keluar daripada peti sejuk hanya perlu menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama  4 - 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.



Maha faham rumah bujang kebanyakan tak ada gelombang mikro kan korang boleh gunakan periuk kukus untuk masak menu ini. Selepas beberapa minit sahaja dah boleh terus nikmati hidangan ini panas-panas sangat sedap.


Harganya pula mampu beli iaitu Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Semua produk rangkaian RTE ini boleh didapati di Kedai Ayamas seluruh Malaysia. 


Kalau nak maklumat lebih lanjut pasal produk rangkaian RTE ini atau lokasi Kedai Ayamas sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau pergi ke Facebook Kedai Ayamas - Ayamas Roasters. Korang kena cuba sebab memang sangat sedap tak menyesal.







Kopi Hijau Alana Lebih Memberi Kesihatan Luar Dan Dalam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita minum green tea sahaja tapi pernah kita cuba kopi hijau pula. Kali ini apa kata kita cuba satu minuman baru yang dihasilkan daripada kopi hijau iaitu kopi yang belum dipanggang.


Kelebihan kepada kopi ini ia memiliki kandungan asam klorogenet yang tinggi berbanding dengan kopi biasa. Asam klorogenet ini mampu meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu juga ia sangat bagus untuk membakat lemak lebih cepat dan selamat. Terbukti mengamalkan minum kopi hijau ini dapat menurunkan berat badan 1 minggu dalam 2kg hasil dari testimoni.


Dalam minuman Kopi Hijau Alana ini campuran 4 element utama iaitu kopi hijau, Habbatus Sauda, Chia seeds dan susu kambing. Macam mana yang kita tahu Habbatus Sauda ini sangat bagus untuk badan ia bersifat antibakteria, mengawal kadar gula dalam darah, mengatasi masalah pencernaan dan macam-macam masalah dalaman badan. 

Chia seeds pula semua orang suka masuk dalam makanan kerana kebaikannya iaitu mampu melawan diabetis, mengandungi serat yang banyak, kaya dengan Omega 3, kaya dengan protein dan banyak lagi yang bagus untuk tubuh.


Susu kambing pula kaya dengan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin B2, Vitamin C, Vitamin D, laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan juga protein. Salah satu minuman sihat untuk menjaga kesihatan jantung dan paru-paru adalah susu kambing. Susu kambing kaya dengan kalsium yang dapat membantu anda untuk melancarkan peredaran darah, mengurangi risiko strok serta menstabilkan tekanan darah
 

Maha ni bukanlah pecinta kopi tapi bila dapat mencuba minuman yang menarik dan sihat ini baru rasa kelainan. Setakat ni dah amalkan minum air ni setiap hari dapat memberi kesegaran dan tenaga lebih untuk pergi kerja setiap pagi.


Satu kotak kopi hijau Alana ini mengandungi 15 sachet harga pula berpatutan RM42.90 untuk semenanjung Malaysia manakala Sabah & Sarawak RM52.90. Produk buatan Malaysia ini mudah untuk diambil hanya perlu tuangkan 1 sachet kopi hijau kedalam cawan yang mengandungi air panas. Jadi lepas ni sapa nak cuba boleh dapatkan dari pengedar yang sah seluruh Malaysia. Cuba jangan tak cuba.

Tempahan dan info lanjut layari :-
Tel : 018-355 7010 (Ika)
        018-236 6332 (Ema)







Kerepek Mission Multigrain Serta Jagung Dan Beras Yang Berkualiti Untuk Masa-masa Bahagia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak tahu produk Mission Foods yang cukup dikenali ramai sebagai antara jenama snek sihat. Sekarang ni mereka menampilkan kerepek dengan dua perisa baharu iaitu Multigrain serta jagung dan beras.


Diperbuat 100% daripada jagung, kedua-dua perisa baharu ini mengandungi 30% kurang minyak daripada kerepek kentang, tiada bahan pewarna, perasa tambahan atau pengawet dan kerepek Mission pastinya memberi korang kelebihan untuk menikmatinya lebih daripada satu paket. 

Bertambah meningkatnya minat masyarakat hari ini dalam semua perkara yang melibatkan kesihatan seperti pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makanan yang berkhasiat, hari ini orang ramai dilihat mencari makanan yang diperkaya dengan bahan-bahan nutrien seperti oat, kacang soya dan bijan hitam yang semakin popular. Serat, asid lemak omega-3, vitamin dan mineral adalah kata kunci bagi mereka yang ingin menikmati makanan ringan.


Di sinilah kerepek Mission Multigrain serta jagung dan beras memainkan peranan - kerepek Mission multigrain diperbuat daripada jagung yang diperkaya dengan khasiat seperti oat, kacang soya, bijan putih dan hitam, serta biji rami yang memberikannya rasa kacang yang tersendiri dan teksturnya yang kasar menjadikannya makanan ringan ideal dengan gaya yang sendiri dan juga kesihatan yang seimbang.

Oat yang sememangnya mengandungi banyak manfaat kesihatan turut membantu mengawal tahap gula dalam darah dan untuk membuang toksin di dalam badan. Oat juga dapat meningkatkan penghadaman dan merupakan sumber protein yang baik. Kacang soya yang membantu memberi tenaga dalam badan dan jantung turut memperbaiki pencernaan dan kesihatan tulang, dan turut meningkatkan fungsi metabolik.


Bijan hitam dan putih yang menambah rasa kacang pada kerepek terbukti menggalakkan kesihatan, bersifat anti penuaan dan turut mengandungi lemak yang sihat seperti Omega-6 dan asid lemak. Biji rami yang mengandungi asid amino dan Omega-3 juga dilihat dapat membantu meningkatkan kesihatan otak.

Bagi mereka yang mencari makanan ringan bebas gluten, anda bolehlah mencuba kerepek Mission jagung dan beras. Diperbuat daripada jagung yang dicampur bersama limau dan juga beras, ia memberikan rasa ringan dan anda boleh menikmatinya tanpa rasa ragu-ragu. Rasa kerepeknya yang ringan dan seimbang membolehkannya dinikmati dengan apa juga jenis pencicah sama ada yang pedas, berkrim atau pekat.


Kedua-dua kerepek Mission multigrain serta jagung dan beras ini juga boleh dinikmati bersama sos pencicah buatan sendiri atau dibeli di kedai untuk dikongsi bersama ahli keluarga semasa musim perayaan atau apa juga majlis keraian.

Mission Food juga akan mengedarkan sampel percuma di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian. Selain itu untuk promosi musim perayaan, dengan setiap pembelian dua paket kerepek perisa terbaharu ini anda akan mendapat bekas ketuhar gelombang mikro secara percuma.


Selain kerepek multigrain serta jagung dan beras, perisa-perisa lain yang boleh dapati ialah asli, keju, tomato, bbq, mentega dan bawang putih, serta pedas dan berempah. Boleh didapati dalam dua bungkusan bersaiz 65g dan 170g, masing-masing dijual pada harga RM2.99 dan RM6.99. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kerepek Mission anda boleh layari laman sesawang www.missionfoods.com.my.








Korang Pernah Makan Snack Rangup Dari Kulit Ikan Produk HOFU

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tanya lagi sekali korang pernah makan snack yang dihasilkan daripada kulit ikan. Selalu snak atau kerepek kita makan dari kentang atau dari ubi lain betul tak. Tapi kali ini pasti korang akan suka makan tanpa henti tak caya.


HOFU adalah satu gaya makanan snack yang mudah daripada Jepun tapi kini kat Malaysia boleh dapat. Snack ini lebih sedap dan sihat kerana ia menggunakan kalau kulit ikan itu adalah Ikan Salmon yang diimport dan juga yang kentang pula mereka menggunakan kentang US Russet jadi saiz lebih besar. 


Maha dapat rasa sebab nak tahu sangat snack daripada kulit ikan tak pernah rasa kalau ada pun keropok ikan tu adalahkan. Produk ini peling penting bebas bahan pengawet, pewarna tiruan, MSG dan GMO. Setakat ini Hofu untuk kulit ikan dan kentang ini ada 5 perisa yang menjadi pilihan ramai.


Perisa Nasi Lemak

Ini yang Maha maksudkan tadi bahawa korang tak tahun pun mereka boleh hasilkan perisa Nasi Lemak untuk snack ini. Kalau korang makan korang akan dapat rasa kacang, ikan bilis dan sambal dalamnya memang gabungan menarik dan menghasilkan rasa yang sedap.


Perisa Telur Masin

Bagi Maha untuk telur masin ini Maha suka lagi kulit ikan daripada kentang dan korang memang akan dapat rasa telur masin kerana mereka gunakan egg yolk. Tapi Maha suka yang ni makan dengan nasi kosong atau makan dengan nasi lemak sedap.


Perisa Bonito Seaweed  

Ini pula kalau korang buka dalam bekas tu akan ada potongan rumpai laut dalamnya jadi memang kena makan sekali baru dapat rasa menarik. Kalau korang suka rumpai laut memang ini pilihan terbaik.


Perisa Spicy Korean

Kalau korang yang suka kepada rasa pedas ini memang bagus untuk korang cuba. Tapi jangan makan bersulam air kosong cuba habiskan satu balang tu kalau boleh hehehehe. Ia sangat pedas macam makan Ramen pedasnya.


Perisa Katsu Curry

Ini lebih rasa kari tapi bukan kari tempatan ia adalah campuran kari yang terbaik serata dunia mereka buat. Ni juga Maha suka yang kulit ikan makan pula dengan nasi putih sedap sebab rasa karikan.


Jadi mana yang korang rasa nak cuba atau dah mula teretarik nak rasa. Korang boleh dapatkan semua snack HOFU yang kini dah ada jual dalam Ben's Independent Grocer di Publika Solaris Dutamas, Plaza Batai, Damansara City Mall, Glo Damansara dan Ikano Power Center. Manakala orang Sabah boleh dapatkan di Chokolatte - The Coffee Ministry.


Harga pula untuk kulit ikan ini RM34.00 satu botol dan untuk kentang pula RM28.00 sebotol. Selamat mencuba semua mana tahu nak makan sambil tonton tv bersama keluarga atau sambil minum petang dengan kawan-kawan. Kita hidangakan yang lain dari lain mesti di akan nak beli juga.

Juga boleh beli di sini :
HOFU Outlet
No.32G, Jalan Teknologi 3/6C, 
The Core Sunsuria, Taman Sains Selangor 1, 
Seksyen 3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor.
Facebook : https://www.facebook.com/hofujapanesesnacks
Instagram : https://www.instagram.com/hofu_japanese_snacks