Buffet Ramadhan,

Godaan Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional Di TEMPTATIONS Restaurant @ Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Jumaat, Mei 13, 2016 Mahamahu 0 Comments

Godaan Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisional Di TEMPTATIONS Restaurant @ Hotel Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Biasa bila masuk bulan puasa nanti godaan mestilah datang bila masa nak berbuka. Kalau pergi Bazar Ramadhan kita rasa semua makanan sedap dan nak beli semuanya. Bergitu juga bila datang ker Hotel Renaissance Kuala Lumpur kerana lebih daripada 100 hidangan kegemaran Malaysia serta hidangan tradisional yang biasanya dinikmati semasa berbuka puasa.


Buffet buka puasa di sini berharga RM145.00nett seorang dan RM72.50nett harga untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Manakala RM170.00nett seorang bagi koran yang pencinta durian boleh menikmati kedua-dua buffet buka puasa serta stall Durian yang di sediakan. Tapi kalau tak nak makan buffet hanya nak makan Durian sahaja kena cas RM99.00nett seorang ok gak kan.



Kalau korang buat tempahan awal akan menikmati penjimatan hebat bufet berharga RM145.00nett seorang termasuk semua korang boleh makan juga durian ok dan RM110.00nett seorang untuk buffet buka puasa sahaja hanya dari 7 Jun hingga 12 Jun dan 1 Julai-5 Julai 2016.







Ok sekarang kita masuk bab menu makanan pula yang ada kat sini. Pasti makanan trasdisional seperti Kerabu, Jeruk dan Sambal, Ulam-ulaman. Juga pelbagai jenis nasi yang disediakan khas seperti Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Bukhari dipadankan pula dengan pelbagai jenis gulai lauk pauk yang membuka selera.







Selain tu juga kat sana pasti ada Gado-gado, Rojak buah, Pasembor, pelbagai jenis keropok dan tidak lupa Kambing Golek dengan sos percik dan sayur-sayuran panggang. Paling wajib ada kat buffet Ramadhan mesti ada Bubur Lambuk yang boleh didapati setiap malam diseluruh bulan puasa di sini.






Kalau korang pergi stesen tengah tu ada gaya kampung makanan laut bakar disertakan dengan sos pedas dan berempah dan satay ayam dan daging lembu bersama kuah kacang klasik. Di bahagian stesen mee menawarkan Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kelantan atau Nyonya Laksa. Tidak akan lengkap buka puasa tanpa di akhiri dengan pemanis. Pemilihan pencuci mulut menawarkan pelbagai kuih Melayu, kek, puding dan ais krim dan macam2 lagi.








Di luar pula terletak di Sayap Timur - Level Lobby Hotel Renaissance Kuala Lumpur godaan paling kuat Buka Puasa dimana disediakan stall khas untuk Durian. Ia dibuka setiap hari dari jam 06.30petang - 10.30malam sepanjang bulan Ramadan. Jadi makan lah puas2 untuk nikmati raja buah ini ok. Semua harga atau caj adalah termasuk 10% Caj Perkhidmatan dan 6% Goods & Services Tax (GST).

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Tel :  03 2716 9388
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com
Instagram : @RenaissanceKualaLumpur






0 Pandangan: