Buffet Ramadhan,

Kalau Korang Nak Rasa 12 Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Kena Datang Buka Puasa Di PARKROYAL Kuala Lumpur

Selasa, Mei 24, 2016 Mahamahu 6 Comments

Kalau Korang Nak Rasa 12 Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Kena Datang Buka Puasa Di PARKROYAL Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalunya kita biasa dengan beberapa jenis redang sahaja seperti Rendang Tok, Rendang Ayam atau Rendang Daging. Tapi sebenarnya ada banyak rupanya rendang2 yang popular di Malaysia ini tapi kita tak ketahui.


Hanya berbuka puasa di ParkRoyal Kuala Lumpur tahun ini sahaja dapat menikmati semua jenis rendang2 yang popular ini. Maha sendiri terkejut juga sebab ada begitu banyak sangat rendang yang kita ada tapi tak pernah rasa semuanya. Dengan tema "Ramadhan Selera Kampung" memang betepatan untuk menikmati hidangan kampung di tengah kotaraya ini.







Di antara 12 rendang yang di nyatakan itu adalah Rendang Manis Puyuh, Rendang Kuning Paru, Rendang Berempah Rusa, Rendang Kupang Pedas, Rendang Ayam Lengkuas Sabah - Nassu Likkuk, Rendang Daging Tok, Rendang Kambing Kailo, Rendang Hati Johor, Rendang Ikan, Rendang Ketam, Rendang Ayam Nogori - Negeri Sembilan dan Rendang Daging Hitam Sarawak.





Tu baru bahagian rendang yang menjadi keutamaan bukan puasa di sini, sebenarnya mereka ada lebih dari 100 jenis hidangan yang di letak dalam 4 menu utama. Keempat2 menu ini akan di gilir setiap hari untuk memastikan korang dapat menikmati semua hidangan ini dalam bulan Ramadhan. Yang wajib ada di sini adalah bahagian Kerabu iaitu ada Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Ayam Daun Kesom dan Kerabu Jantung Pisang.





Selain itu juga ada bahagian untuk Jeruk dan makanan ringan seperti Ikan Sepat Masin, Paru Goreng Sambal, Hati Goreng Kicap, Sambal Tempe Berkentang, Lemang, Ketupat Palas dan Serunding. Bagi bahagian yang penuh dengan aksi seperti Roti Canai, Murtabak dan Capathi, Asam, Kicap Pedas, Thai Chili dan Kalasan, Mee Rebus, Asam Laksa, Laksa Johor dan Mee Udang.








Banyaknya Maha nak sebut semua jenis makanan yang ada kat sini tapi kalau korang nak tahu kena datang sendiri kat sini dan nikmati hidangan berbuka puasa yang di sediakan. Hidangan wajib mesti ada seperti Kambing Golek, Ayam Percik, Satay dan kuih muih buat korang jadi tak tentu arah untuk berbuka kat sini hehehe.






Buka puasa di Chatz Brasserie @ ParkRoyal Kuala Lumpur ini bermula dari 6 Jun - 5 July 2016 pukul 6.30 petang - 10.30 malam. Mesti nak tahu hargakan ok lah kat sini berbaloi harganya iaitu serendah RM128 nett seorang dewasa. Kalau ambil untuk dua orang harganya jadi RM208 nett dan kalau 3 orang pula akan jadi harga RM298 nett dan 4 orang RM392 nett. Kalau booking untuk 5 - 100 orang pula harga akan jatuh RM95 nett untuk seorang sahaja.




Wow murah bukan kalau yang early bird booking sebelum 31 May ini akan dapat harga lagi rendah hanya RM88 nett seorang. Jadi tunggu apa lagi ini masa untuk dapatkan tawaran hebat dari hotel2 yang mewah macam ini. Kalau nak booking atau sebarang pertanyaan boleh terus hubungi mereka seperti di bawah ini. Selamat berpuasa semua.

Tempahan dan pertanyaan :-
Tel : 03 2782 8389 / 03 2147 0088
Email : agnes.kok@parkroyalhotels.com
             chatz.prkul@parkroyalhotels.com







6 ulasan:

  1. Ya ampun! terliur tgk pagi2 nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maafkan saya bukan niat nak bagi terliur cuma bagi panduan untuk korang pilih buka puasa kat mana yang best jer hehehe..

      Padam
  2. Hadoiiii, pepagi dah tengok rendang, tak sabar pula nak makan time raya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe nak makan rendang tak perlu lah tunggu raya puasa dah boleh pergi kat sini...

      Padam
  3. Sedap gilss! Mintak sikit boleh? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe boleh mai lah datang sini...

      Padam