PICC Jamu Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisi Warisan Budaya

PICC Jamu Berbuka Puasa Dengan Hidangan Tradisi Warisan Budaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat kali kedua Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi berbuka puasa iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. PICC memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.


 

Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Di antara hidangan utama yang menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang,  dan banyak lagi. 



 

Buat julung kalinya promosi Buffet Ramadhan kali ini  turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini. Seperti mana tahun yang lalu pengunjung yang datang berbuka di sini berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00.


Masih mengekalkan artis Rosma AF yang akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web  www.ticketonline.my/picc. PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
Twitter : @piccmalaysia
Pegawai : Cik Kumari Nahu 
Tel : 03-8887 6000 
Email : kumari.nahu@picc.com.my