Istimewa Ramadhan Di Me'nate Steak Hub Tampilkan Daging, Kambing Dan Ayam Bersama Nasi Me'nate

Istimewa Ramadhan Di Me'nate Steak Hub Tampilkan Daging, Kambing Dan Ayam Bersama Nasi Me'nate - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang kalau baca tajuk tempat makan kat Me'nate semua orang sorak gambira. Ye lah mana taknya nak makan steak terbaik dari pilihan daging paling berkualiti. Tu yang cuba ditampilkan di restoran yang pernah controversi satu masa dulu.


Me'nate Steak Hub yang kini telah ada 4 cawangan utama di Lembah Klang iaitu Ampang, Setapak, Wangsa Maju dan Bandar Baru Bangi.
Bila datang sini memang kena makan steak sahaja dari pelbagai bahagian daging yang exclusive. Untuk Ramadhan kali ini mereka tampilkan pula konsep hidangan set yang sesuai untuk makan 4-6 orang sekali. Jadi datang ramai2 kat sini untuk buka puasa memang sesuai.






Ada 6 set untuk istimewa Ramdhan kali ini yang buat korang rasa nak mencuba semuanya sekali. Paling menarik adalah set Heaverly Beef iaitu Short Rib dan juga Wagyu Spare Ribs. Korang tengok sendiri betapa besarnya pinggan yang disediakan untuk set buka puasa ini. Dengan Nasi Me'nate dan juga sayur2 dalamnya. Nasi ini pula seperti nasi Biryani yang dihasilkan dengan menggunakan Beras Basmati istimewa.

Short Rib - Hidangan per set 4-6 pax (RM 300.00)

Wagyu Spare Ribs - Hidangan per set 4-6 pax (RM 400.00)

Kemudian dua lagi pula adalah set Heaverly Lamb buat pecinta daging kambing. Dalam set ini ada bahagian Lamb Shoulder dan juga Lamb Shank. Sama macam set lain satu pinggu di sediakan dengan Nasi Me'nate dan juga sayur segar.

Lamb Shoulder - Hidangan per set 4-6 pax (RM 350.00)

Lamb Shank - Hidangan per set 4-6 pax (RM 350.00)

Last sekali set Heaverly Chicken yang mengandungi Grill Chicken dan juga Nasi Me'nate. Tengok satu pinggi dibaginya korang seekor ayam golek dalam tu hehehe. Satu set lagi adalah Group Steak yang mengandungi pelbagai bahagian yang di grill iaitu Daging Lembu, Lamb Steak dan Grill Chicken. Tapi dalam set last ini ada pelbagai element lain yang menarik juga iaitu ada Aglio E Olio, Mashed Potato, Coleslaw, Salad dan sos special.

Grill Chicken - Hidangan per set 4-6 pax (RM 99.00)

Group Steak - Hidangan 4 pax (RM 80.00)



Tapi apa yang best untuk set Ramadhan ini korang boleh dapat Bubur Lambuk Menate, Buah-buahan dan Kurma serta minuman yang boleh di tambah selalu secara percuma. Jadi tunggu apa lagi ni masa nak cuba makanan steak kat Me'nate Steak Hub. Korang tidak akan menyesal dan puasa hati harga pun berpatutan bukan.

Alamat cawangan :
Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang, Ampang Selangor

Setapak
D-02-01 Starpac Point Jalan Genting Klang,
Taman Ibu Kota 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Sek 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Wangsa Maju
No 25, Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Link, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur








4 comments.. read them below or add one

Afif Rayyan Afif Rayyan 07 June, 2016
Nampak sedap sungguh..
mama tisya mama tisya 07 June, 2016
aah nanti ada kesempatan nk try juga
Maha Mahu Maha Mahu 07 June, 2016
Memang sedap hehehe makanan banyak lak tu..
Maha Mahu Maha Mahu 07 June, 2016
Kena try ok pergi mana2 cawangan semua ada hehehe..