Restoran Rebung Chef Ismail Kini Di Taman Botani Perdana Menyediakan Buffet Ramadhan

Restoran Rebung Chef Ismail Kini Di Taman Botani Perdana Menyediakan Buffet Ramadhan - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni kalau nak ker Restoran Rebung ni kena lalu jalan yang sesak dan parking yang susah bukan. Tapi sekarang tak lagi setelah mereka mula beroperasi Taman Botani Perdana. Kawasan ini sangat2 luas jauh luas daripada dulu dan juga parking yang bertingkat memang banyak.


Kalau sapa2 biasa pergi jogging atau photoshoot kat Taman Botani Perdana KL ni mesti tahu. Restoran ini berada di tingkat 5 bangunan parkir untuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan juga pengunjung taman ini. Bila Maha masuk jer ke Restoran Rebung milik Dato' Chef Ismail dan juga Datuk Dr. Sheikh Muszaphar ini warna dan konsep masih di kekalkan seperti mana yang lama. 





Warna terang seperti kuning dan merah menjadi kontras utama untuk menambah seri dalam hiasan restoran ini.
Paling menarik perhatian Maha adalah apabila kita sampai sahaja tingkat 5 tu keluar lif kita akan dapat lihat susun atur pinggan dan mangkuk lama pada dinding restoran sungguh unik dan menarik. Selain tu kat pintu dan juga pada kawasan kolam ikan semua unik mengekalkan suasana kampung dan tradisional.


Maha setiap tahu juga pergi restoran ini kerana suka akan masakan tradisional yang memang terasa keasliannya. Bukan nak puji lebih tapi kalau nak datang makan untuk hidangan tradisional tempatan sini adalah tempat yang paling berpatutan. Kali ini untuk Buffet Ramadhan pun mereka ada hidangkan masakan kampung. 






Kat sini mesti setiap kali buffet tak kira hari biasa atau bulan Ramadhan mesti akan ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Ayam, Sambal Udang, Asam Pedas Pari, Ayam Masak Merah, Daging Salai Masak Lemak dan juga ulam-ulaman kampung. Semua ini membuka selera tambah2 bila seharian berpuasa nanti.






Selain tu juga ada sambal2 kampung yang popular seperti Sambal Petai, Sambal Tempoyak, Sambal Pucuk Ubi, Sambal Terung dan banyak lagi. Semua hidangan kampun ini kalau balik ke kampung jer kita dapat rasa tapi kali ini chef cuba tampilkan semua ini dengan environment di kota. 






Kalau datang tak cuba bahagian pencuci mulut kat sini memang tak sah. Korang akan terasa nak makan hidangan seperti Roti Jala, Tauhu Goreng, Pulut, Karipap, Kuih Koci, Badak Berendam dan banyak lagi. Bubur pun ada kalau korang suka Bubur Jagung dan juga Pengat Durian terbaik makan dengan Pulut. 






Paling Maha ingat lagi adalah chef masih mengekalkan kawah besar yang ada Dodol dalamnya kerana ia mengekalkan trademark kepada restoran ini. So kalau korang rasa nak berbuka puasa kat Restoran Rebung ini harga sangat2 berpatutan iaitu hanya RM 79.50 bagi orang dewasa dan juga RM 53.00 untuk kanak-kanak. Tunggu apa lagi mai lah booking kat sini mesti tak menyesal. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan :
Tel : 03-2276 3535
        03-2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com








6 comments.. read them below or add one

Yanty Lee Yanty Lee 02 June, 2016
Ya Ampun.. sedapnya tengok dari sudut gambar ja baru ni... haihs
Cik Puan Eka Cik Puan Eka 02 June, 2016
menariknya. Lauk semua nampak sedap.
Nadia Johari Nadia Johari 02 June, 2016
menariknya pinggan-pinggan tu tersusun..heehe..semua makanan kampung..sedapnyaa
Maha Mahu Maha Mahu 02 June, 2016
Huhuhuh jangan sampai jilat monitor dah lah wakakaka....
Maha Mahu Maha Mahu 02 June, 2016
Sini antara lauk pauk yang sedap untuk makanan tradisional..
Maha Mahu Maha Mahu 02 June, 2016
Pinggan tu hiasan yang cantik kan unik kat sini....