Anugerah,

Tahniah Pemenang Malaysia Social Media Week Awards'16 Pemangkin Semangat Untuk Blogger

Khamis, Mac 10, 2016 Mahamahu 10 Comments

Tahniah Pemenang Malaysia Social Media Week Awards'16 Pemangkin Semangat Untuk Blogger - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Minggu ini masih lagi berlangsung forum dan workshop Malaysia Social Media Week 2016 bertempat di Lim Kok Wing University. Kali ke 5 penganjurannya kali ini lebih banyak perkongsian dan ilmu dalam dunia media sosial dari penggiat luar negara.


Kalau sapa nak join masih lagi boleh pergi hari ini ada sesi Smarketing, ada Social Campaign dan macam2 lagi berguna terutama mereka yang menjalankan perniagaan online melalui media sosial ini. Maha pun kalau berkesempatan nak pergi juga tapi al maklumlah terikat dengan tugasan hakiki. Korang yang ada masa boleh pergi dan daftar di MSMW2016 dan program ni sampai hari Jumaat ni.



Maha cuma dapat join malam tadi punya program iaitu MSMW Awards'16 yang berlangsung di Glasshouse @ Seputeh. Ini pun kerana Maha tercalon untuk kategori Best Foodie Blog. Terima kasih pada yang mencalonkan blog makan yang tak seberapa ini. Ini adalah tahun ke 3 Maha tercalon dalam MSMW Awards'16 ini.




Tapi tak sangka pula tahun ini rezeki menyebelahi blog makan yang baru berjinak2 ini. Nak kata ramai follower pun tak adalah sehebat blog lain cukup2 makan jer. Tapi betullah kata orang kalau dah rezeki tak kemana. Tahun ini rezeki Maha, tahun depan rezeki korang pulakkan. Ada 9 kategori khas untuk blog dalam majlis anugerah tahun ni. Untuk senarai penuh pemenang kategori blog korang boleh tengok kat sini.

Best Foodie Blog (www.mahamahu.com)

Best Lifestyle Blog (www.ruby.my)

Most Entertaining Blog (www.huseinrider.blogspot.com)

Most Engaging Blog (www.kisahemasputih.com)

Best Content Blog (www.cikguhailmi.com)

Promising Blogger of the Year (www.viramon.com)

Best Blog of the Year (www.pembina.com.my)

Best Travel Blog (www.runawaybella.com)

Best Video Blog (www.youtube.com/user/pojiegraphy) 
*Alamak gambar tak ada sorry

Tahniah Maha ucapkan kepada semua blog yang menang pada malam tu memang meriah sangat. Ramai tetamu yang hadir meraikan pemenang dan juga tak duga Maha boleh berada dalam majlis anugerah seperti ini. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi Maha untuk kategori ini. Tanpa korang semua Maha tak merasa kemenangan ini terima kasih sekali lagi.


Selain daripada anugerah kategori blog ada juga kategori korporat yang menobatkan semua syarikat2 besar yang banyak melibatkan diri dalam dunia media sosial ini juga. Antara pemenang kategori korporat seperti Maybank, NU Sentral, Kenny Roger Roaster, Petronas dan banyak lagi. Paling dapat perhatian adalah kemenangan Sazzy Falak dalam kategori Social Media Celebrity of The Year. 


Bagi Maha program seperti MSMW 2016 ini sangat2 bagus jika diteruskan setiap tahun. Bukan sahaja dapat bagi anugerah tapi yang pentingnya dapat perkongsian ilmu dunia media sosial yang meluas tanpa batas ini. Banyak lagi cara dan kaedah yang diguna pakai oleh meraka diluar sana untuk maju melalui media sosial yang kita kadang2 tak perasan.



Pada semua masih belum terlambat untuk menuntut ilmu dalam dunia maya ini kerana sekarang semua dihujung jari jer. Best sebenarnya kalau kita tahu bagaimana jana pendapatan melalui media sosial ini tak susah. Selamat mencuba semua dan selamat berforum.






10 ulasan:

  1. tahniah tuan, jadi inspirasi kepada blogger lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lah tuan2 ngan saya biasa.. ni semua sokongan semua orang terima kasih..

      Padam
  2. Tahniah kepada semua yang berjaya menang anugerah. Memang hebat. Memang layak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bro.... bro pun menang dihati pembaca bro...

      Padam
  3. tahniah bro..kipidap the good work..

    BalasPadam
  4. Tahniah tuan...saya suka bertandang ke blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak2 kerana sudi membaca.. Nanti share2 lah mana artikel yang suka ok hehehe...

      Padam