Hanya Serendah RM29.00 Untuk Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort Pasti Puas

Hanya Serendah RM 58 Untuk Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort Pasti Puas - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang kalau nak cari buffet Ramadhan ini mesti utamakan harga bukan. Nak cari makanan yang sedap tapi harga murah. Jadi Maha cadangkan korang datang ke Bangi Golf Resort ini kerana pakej buffet Ramadhan serendah RM58.00 untuk dewasa dan RM29.00 untuk kanak2.



Jangan risau kalau harga murah tapi kualiti makanan memang terjamin dan pasti puas hati. Lagi penting kat sini dapat certificate Halal daripada JAKIM sejak tahun 2009 sampai sekarang. So tak perlu risau tentang halal dan tak perlu risau harga Maha dah bagi tahu korang punya pilihan lak nak pergi atau tidak.



Jom kita tengok apa antara hidangan yang disediakan di sini oleh barisan chef2 profesional mereka. Di sini mereka mengutamakan konsep makanan "Selera Pantai Timur".
Kalau sebut Pantai Timur tak lain tak bukan mestilah Nasi Kerabu itu adalah kekuatan kepada buffet yang ada di sini. Yang penting Nasi Kerabu kat sini mengekalkan penghasilan secara tradisional dan keaslian masakan Terengganu. 



Kemudian mereka juga menghidangkan menu lain yang juga tidak kurang hebatnya seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang. Juga ada Oriental cuisines seperti Butter Prawns, Black Paper Beef dan Fish Fillet with Lemongrass Sauce




Mereka juga ada bahagian hidangan barat seperti Cream of Smoked Chicken, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, Beef or Chicken Lasagna dan BGR Restaurant Classic Spaghetti Carbonara. Mereka ada juga bahagian live station iaitu menyediakan hidangan seperti Kambaing Bakar, Sup Kambing Mamak, juga Satay Ayam dan Daging, Kuey Teow Goreng serta Mee Goreng Mamak.





Paling unik tahun ini adalah mereka memperkenalkan hidangan di kawasan lapang tepi padang Golf yang menarik dan luas. Kat kawasan ini mereka sediakan Gelato yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Paling best Gelato ini berperisa Cendol yang menjadi kegemaran kita. Kat situ juga ada sediakan ruang makan untuk menikmati makanan sambil menghirup udara segar.




Bahagian dessert pula mereka banyak menyediakan hidangan barat seperti Italian Tiramisu, Assorted Cheese Cake, Red Velvet Cake, Brownies, Young Coconut Jelly, Creme Caramel dan Mix Berry Panna Cotta. Mereka juga menyediakan perisa Nangka dan juga Durian yang memang unik.

 







Jadi dah tahu harga dan dah tahu menu makanan apa tunggu lagi booking sekarang di Bangi Golf Resort kerana menurut chef memang tempat ini akan sentiasa penuh orang. Jadi mulalah booking kerana mereka sediakan buffet ini bermula daripada 9 Jun 206 hingga 4 July 2016 sahaja. Memang rugi tak buka puasa sini Maha tiap2 tahun akan datang sini. Jom kita berbuka sama. Selamat berpuasa semua. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03 8925 3728 / 03 8210 2288








4 comments.. read them below or add one

mama tisya mama tisya 31 May, 2016
tkdpt jemputan hehe...tkpe rezeki jemputan buffet tmpt lain
Maha Mahu Maha Mahu 31 May, 2016
Tu lah rezeki ada jer jgn risau.. tapi ada masa dtg lah sini ok..
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 01 June, 2016
Memang agak murah juga compared tempat lain dengan menu makanan pun nampak sedap
Maha Mahu Maha Mahu 01 June, 2016
Betul antara tempa Maha pergi yang murah. Tapi ada lagi nanti Maha update senarai tempat buka puasa yang murah..