Buffet Ramadhan,

Dari Dapur Ummi Konsep Buka Puasa Di Sunway Putra Hotel Ramadhan Tahun Ini

Khamis, Mei 19, 2016 Mahamahu 0 Comments

Dari Dapur Ummi Konsep Buka Puasa Di Sunway Putra Hotel Ramadhan Tahun Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu yang setia dan juga rakan2 sekalian. Kita sentiasa rindu akan masakan ibu kita bila berjauahan terutama hidup sebagai perantau ni kan. Kalau boleh hari2 nak rasa masakan ibu kita. Tapi tak semudah yang dimahukan jadi di Sunway Putra Hotel mengembalikan semua itu Ramadhan ini.



Semua barisan chef executive di sana menampilkan kelainan hidangan dengan membawa masakan hebat ibu mereka ke dapur hotel. Sebab tu tema tahun ini adalah "Dari Dapur Ummi" menampilkan hidangan terbaik yang dihasilkan ibu semua barisan chef ini. Jadi kalau korang perasan kat sini semua ada kelebihan masing dalam hidangan yang di sediakan. 





Di sini mereka tampilkan 40 lebih hidangan kerabu yang berlainan mengikut selera rakyat Malaysia. Di antara kebaru yang ada adalah Kerabu Isi Kelapa Daun Selasih, Kerabu Tembikai, Kerabu Isi Ikan Pedas dan Kerabu Rampai



Di sudut lain pula tersedia hidangan seperti kampung style di mana menyediakan masaka Sup Gear Box dan juga di bahagian bakar-bakar akan ada Kambing BBQ dan juga satay ayam dan daging. Kali ini mereka tampilkan pula stall Celup-celup kalau selalu kita tengok kat atas truckkan tapi kali ni kat stall. 


Kemudian ada pula bahagian goreng2 yang menyediakan pelbagai jenis cucur seperti Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa, Cucur Sayur dan Cucur Pisang. Semua ini mengingatkan kita pada hidangan ibu di dapur setiap petang sangat sesuai bukan. 


Yang menjadi signature dish kat dalam buffet Ramadhan kali ini adalah Nasi Ayam Kampung. Ini adalah resepi turun temurun keluarga chef yang ada di situ. Chef2 lain juga membuat hidangan masakan ibu mereka seperti Peha Ayam Kicap, Ikan Patin Tempoyak, Perut Masak Lemak dan Rebung.



Paling menarik juga adalah hidangan betul2 kampung iaitu bahagian menyediakan pencuci mulut tradisional seperti Lompat Tikam, Badak Berendam, Ubi Kayu Rebus dengan kelapa dan banyak lagi. Semua ini akan membuatkan korang rasa tak puas nak nikmati sekali mesti nak berulang kali makan. 



Semua buffet ini akan bermula dari 22 Jun hingga 4 July dari pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam. Harga pula adalah dari RM138.00 nett untuk dewasa manakal RM69.00 nett untuk kanak-kanak usia 5 hingga 12 tahun. Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh hubungi mereka seperti di bawah.

Tempahan hubungi :-
Tel : 03 - 4040 9888
Email : dinesph@sunwayhotels.com








0 Pandangan: