Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Harga Bufet 2018. Papar semua catatan

Hidangan Iftar Yang Mewah Untuk Buka Puasa Di Ramada KLCC

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu lagi lokasi pilihan untuk buka puasa tahun ini iaitu Ramada Hotel KLCC . Hidangan disediakan di restoran mereka iaitu Hugo's KL, yang terletak di tingkat lobi hotel.





Mengalu-alukan bulan suci, Chef di restoran hotel ini menggabungkan satu set Buka Puasa mewah, yang menampilkan masakan Melayu tempatan yang asli. Tetamu yang datang berbuka di sini akan dapat menikmati pilihan hidangan tradisional seprti Nasi Briyani Ayam, Nasi Tomato dengan Ayam Merah, Sambal Udang dengan Nasi Putih dan Sayuran, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik dan Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi. Semua set dihidangkan bersama Sup Herbal, pilihan menu sampingan antara Samosa atau Murtabak Daging, Buah Kurma dan minuman Milky Rosewater Syrup atau Teh Tarik.

Nasi Tomato dengan Ayam Merah

Nasi Kerabu dengan Ayam Percik

Jadi kat sini memang sangat mudah kalau korang datang untuk buka puasa mereka sedia 5 pilihan menu yang Maha nyatakan tadi. Semua set tadi harganya hanya RM25.00 setiap satu. Jadi kalau korang datang berdua bagi Maha set ini boleh kongsi, tapi kalau dah lapar sangat bolehlah habiskan satu set seorang.

Ikan Merah Masak Asam Pedas Bendi

Sambal Udang dengan Nasi Putih dan Sayuran

Nasi Briyani Ayam

Set buka puasa ini dah boleh dinikmati bermula 17 Mei hingga 14 Jun 2018 dari pukul 6.00petang hingga 8.00malam setiap hari. Suasana restoran juga sangat selesa luas dan banyak tempat duduk. Cuma hotel ini agak tersorok sikit kalau korang pertama kali datang memang susah nak cari, ia berada di Lorong Ceylon, Bukit Ceylon belakang kawasan Bukit Bintang. 

Harga: RM25.00 satu set

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 603-23869288 ext 9218








Promosi Bufet Ramadan Kat Lazada Rupanya Jauh Lebih Murah Kena Beli Sekarang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok lah selain daripada blog Maha mana lagi tempat yang korang selalu rujuk untuk dapatkan promosi Bufet Ramadan tahun ini. Selain daripada blog atau juga laman sosial media yang ada. Kali ni Maha nak bawa korang satu lagi tempat rujukan terbaik untuk korang pilih Bufet Ramadan.


Bukan setakat banyak pilihan tapi harganya jauh lebih murah daripada promosi yang korang selalu tengok. Mana lagi kalau bukan kat Lazada. Laman web membeli belah secara dalam talian ini rupanya dah ada jual baucer untuk buka puasa. Maha pun terkejut yang Lazada juga ada buat promosi untuk Bufet Ramadan juga.


Murah tahap macam mana semua promosi mereka ada potongan sehingga 40% kot. Korang boleh pilih lebih daripada 60 baucer buka puasa serata Malaysia tau. Bukan tertumpu kat KL sahaja malah negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan banyak lagi lah. Sini Maha senaraikan beberapa tempat yang luar KL korang boleh cuba.


NEW YORK HOTEL JOHOR BAHRU


Kat sini kalau korang nak cuba mereka punya signature dish iaitu Durian Goreng, pernah cuba tak. Memang banyak pilihan makanan kat sini hanya pada harga RM90 sahaja bebaloi sangat. 



A'FAMOSA RESORT MELAKA


Ini satu lagi lokasi menarik yang cukup popular kalangan warga kerja. Harga untuk bufet Ramadannya hanya serendah RM68 sahaja seorang. Tempat berbuka menarik korang makan sampai menikmati padang golf yang luas menghijau.



MH HOTEL IPOH


Ini hotel paling murah yang ada kat sini untuk bufet buka puasa hanya RM46 sahaja seorang. Untung sangat lah kalau orang yang ada kat sana, hotel ni sediakan lebih daripada 100 hidangan untuk berbuka puasa.


Kenapa Maha tulis yang luar dari KL sebab selalu kalau orang masuk blog Maha semua promosi buka puasa kat KL jer. Kali ni orang luar pun boleh beli baucer murah di Lazada. Malah bukan sahaja makanan Melayu yang ada tapi ada juga restoran masakan Arab, masakan barat dan banyak lagi pilihan. Paling penting restoran yang disenaraikan kat sini adalah Halal.


Jadi pilihan kat tangan korang ada beberapa hari sahaja lagi untuk berpuasa masih sempat kalau nak buat tempahan sekarang. Caranya korang hanya perlu layari laman web Lazada.com.my dan kemudian pilih baucer yang nak beli lepas tu nanti boleh tebus menggunakan telefon sahaja mudah. Maha dah bagi cara terpulang kepada korang sendiri orang kata apa 'Tepuk Dada Tanya Selera'. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat untuk berbuka puasa semua.







Lokasi Berbuka Puasa Seluruh Malaysia Yang Murah Dan Sedap Untuk Tahun 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama seluruh umah Islam di Malaysia dan dunia berpuasa. Syukur sangat sebab kita masih diberikan kesempatan lagi untuk terus bertemu Ramadhan tahun ini. Harap tahun ini kita boleh tambahkan amal jariah dan juga ibadah.


Semasa kita meraikan puasa dalam masa yang sama tak salah juga kita menikmati hidangan yang menyelerakan untuk berbuka puasa. Ini kerana Malaysia cukup kaya dengan makanan yang sedap-sedap dan mewah. Di sini Maha senaraikan lebih daripada 30 lokasi berbuka puasa di seluruh Malaysia. Nak tahu kat mana korang boleh rujuk list yang Maha sediakan kat bawah ni ok.

PENANG


Harga :
RM110.00 untuk dewasa
RM90.00 untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga : 
RM 70.00 nett untuk dewasa (17 - 23 May 2018)
RM 78.00 nett untuk dewasa (24 - 30 May 2018)
RM 98.00 nett untuk dewasa (31 May – 14 June 2018)
RM70.00 nett untuk warga emas
RM50.00 nett untuk kanak-kanak 

SELANGOR

Harga :
RM33.90 untuk dewasa
RM17.00 untuk kanak-kanak 

Harga :
RM88.00 untuk dewasa
RM52.00 untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga :
RM120.00 nett untuk dewasa
RM74.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga :
RM135.00 nett seorang (Hari biasa)
RM99.00 nett seorang (Hari minggu)

Harga :
RM70.00 nett untuk dewasa
RM35.00 nett untuk kanak-kanak

Harga :
RM69.00 nett untuk dewasa
RM35.00 nett untuk kanak-kanak

Harga :
*Minggu pertama dan keempat Ramadhan
RM50.00 nett untuk dewasa
RM27.50 nett untuk kanak-kanak

*Minggu kedua dan ketiga Ramadhan
RM55.00 nett

Harga :
RM88.00+ untuk dewasa
RM45.00+ untuk kanak-kanak

Harga :
RM68.00 nett bagi dewasa
RM60.00 nett bagi warga emas
RM40.00 nett bagi kanak-kanak 


BBQ Lamb KL Kemensah
Harga :
RM168.00 Bird Set
RM188.00 Seafood Set
RM188.00 Meat Set

Bunga Lawang Cafe Bangi
Harga :
SET A1 RM45.00 untuk 1-2 orang
SET A2 RM55.00 untuk 1-2 orang
SET A3 RM65.00 untuk 1-2 orang
SET A4 RM90.00 untuk 1-2 orang
SET B1 RM125.00 untuk 3-4 orang
SET B2 RM155.00 untuk 3-4 orang

KUALA LUMPUR


Harga :
RM95.00 nett untuk ahli kelab
RM110.00 nett untuk bukan ahli kelab
RM47.50 nett untuk kanak-kanak

Harga :
RM88 bersih untuk dewasa
RM75 bersih untuk warga emas
RM45 bersih untuk kanak-kanak

Harga : 
RM68.00 untuk dewasa
RM58.00 untuk warga emas
RM34.00 untuk kanak-kanak

Harga :
Dewan Perdana Felda : RM88.00 nett
Orchard Villa Gombak : RM58.00 nett
Red Carpet Avenue Kota Damansara : RM48.00 nett

Harga :
RM68.00 nett untuk dewasa
RM40.00 nett untuk kanak-kanak

Harga :
RM128.00 untuk dewasa
RM78.00 untuk kanak-kanak

Harga :
RM128.00 nett untuk dewasa
RM64.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas


Restoran Arina Skyview Kuala Lumpur
Harga : RM68.00

Harga :
RM39.90 net untuk dewasa
RM25.00 net untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga :
RM238.00+ untuk Set A (2-3 orang)
RM388.00+ untuk Set B (4-5 orang)

Harga : 
RM98.00++ untuk dewasa
RM49.00++ untuk kanak-kanak dan warga emas

Warung Makcik Kiah Sri Petaling
Harga :
RM29.90 untuk Set Menu A (2-3 orang)
RM59.90 untuk Set Menu B (4-5 orang)

Ramada Hotel KLCC
Harga : RM25.00 satu hidang

PUTRAJAYA / CYBERJAYA


Harga :
RM98.00 untuk dewasa
RM49.00 untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga:
RM78.00 untuk dewasa
RM39.00 untuk kanak-kanak

Harga :
RM120.00 untuk dewasa
RM60.00 untuk kanak-kanak

Harga : 
RM138.00 nett untuk dewasa
RM78.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga :
RM149.00 nett untuk dewasa
RM100.00 nett untuk warga emas
RM75.00 nett untuk kanak-kanak

NEGERI SEMBILAN


Harga :
RM70.00 nett untuk dewasa
RM28.00 nett untuk kanak-kanak

Harga :
RM48.00 nett untuk dewasa
RM30.00 nett untuk kanak-kanak 

MELAKA


Harga
RM68.00 untuk dewasa
RM58.00 untuk kanak-kanak dan warga emas

Harga : 
RM90.00 nett untuk dewasa
RM45.00 nett untuk kanak-kanak

PAHANG


Harga :
RM68.00 bersih untuk dewasa
RM40.00 bersih untuk kanak-kanak

KELANTAN


Harga :
RM59.00 nett untuk dewasa
RM28.00 nett untuk kanak-kanak


Cuma nak mengingatkan pada diri sendiri dan juga kawan-kawan semua yang nak makan berbuka tu orang kata berpada-pada jangan membazir. Ini kerana kita tahu membazir tu amalan syaitan dan bulan puasa ni syaitan semua kena ikat, silap-silap nanti kita yang jadi syaitan lak yer minta jauh. Apa pun selamat berpuasa semua dan selamat berbuka puasa.