The Venue Shah Alam Bufet Ramadan Dari Chef Nabil Dengan Tradisi Masakan Malaysia

7:00 PG Maha Mahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun asalnya ia adalah lokasi di mana orang nak buat majlis seperti pertunagan, perkahwinan, pernikahan, harijadi, Aqiqah, makan malam, seminar dan macam-macam lagi. Tapi sempena dengan Ramadhan akan tiba mereka menawarkan bufet buka puasa dengan menu masakan tradisi Malaysia.


Tempat yang Maha maksudkan adalah The Venue Shah Alam yang terletak di Tiong Nam Park Seksyen 15. Kat sini senang kalau ada majlis macam ni sangat selesa sebab kawasan parking yang banyak kat luar. Masa Maha datang ingat ia kawasan indutri tapi rupanya ada satu bangunan setinggi 5 tingkat dijadikan lokasi yang mewah dan menarik.

Chef Nabil Md Salleh bersama En Yaafar Operation Manager The Venue Shah Alam

Bercerita tentang bufet Ramadhan kat sini disediakan oleh seorang selebriti chef juga lah sebab kalau korang tengok beliau ini selalu keluar TV Alhijrah dengan program masakan. Beliau ialah Chef Nabil yang memasak sendiri dengan lebih daripada 100 hidangan masakan Melayu kita. 






Special menu daripada chef ini adalah Ayam Semor iaitu masakan dari Jawa serta Nasi Syamin yang berasal dari Johor. Gabungan dua ini cukup sedap first time Maha rasa semua ini. 




Selain itu juga kat sini ada beberapa menu dari negeri Kelantan seperti Beef Kuzi yang makan bersama Nasi Briyani. Kemudian ada lagi paling menarik iaitu Masak Lemak Cili Padi, Patin Masak Tempoyak, Ayam Kampung Goreng dan Chicken Tikka Masala




Lepas tu ada juga bagi mereka yang tak makan nasi boleh cuba bahagian mee seperti Meehun Sup Tulang, Mee Kari, Asam Laksa dan juga Char Kuay Teow. Bagi melengkapi semua hidangan ini ada juga ulam-ulaman kampung bersama dengan sambal belacan serta juga ikan masin pelbagai jenis di goreng garing.






Station makanan ringan juga ada seperti Keropok Leko, Keropok Udang dan Keropok Sayur. Serta bagi pencuci mulut mereka ada sediakan beberapa jenis kuih tradisional, bubur seperti Bubur Cha-cha serta Pengat Pisang yang sedap. Paling menarik bufet kat sini adalah konsep station makanan di mana tetamu yang nak ambil makanan tidak perlu berbaris panjang dan menunggu lama untuk orang depan ambil makan. 




Kat sini mereka sediakan station atau hub makanan ini bentuk bulat jadi dan banyak station memudahkan kita untuk mencapai semua jenis makanan tanpa perlu bebaris lagi. Cuma jangan berebut dah lah ok sopan sebab nak buka puasakan kena jaga adab. 




The Venue Shah Alam ini ada beberapa tingkat di mana tingkat 2 adalah Event Hall yang mampu memuatkan 250 orang dalam satu-satu masa. Manakala kat tingkat bawah dikenali sebagai Grand Ballroom yang mampu memuatkan sehingga 400 orang dalam satu-satu masa. Kemudahan lain ada kat sini ialah surau serta tandas yang besar dan bersih. 


Bufet Ramadhan di sini akan bermula dari 18 Mei hingga 12 Jun 2018 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Harga pula mesti korang nak tahukan ia sangat berbaloi iaitu RM58.00 nett bagai dewasa, RM35.00 nett untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun serta RM50.00 nett bagai warga emas umur 55 tahun ke atas. Ini kalau korang buat tempahan awal sebelum tarikh 10 Mei 2018 sahaja tau.



Harga asal kalau korang tempah lepas tarikh tu atau walk-in adalah RM68.00 nett bagi dewasa, RM40.00 nett bagi kanak-kanak dan RM60.00 nett bagi warga emas. So tunggu apa lagi tempah sekarang masih awal lagi dan sempat ni. Orang area Shah Alam ini peluang anda untuk bawa keluarga atau rakan pejabat berbuka kat luar sekali sekala. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 019-8585825
        019-8585375
Email : thevenueshahalam@gmail.com







Anda juga suka post ini...

8 ulasan:

  1. Wahhh terliurnya tengok menu dia sedap2 dan macam macam pilihan.harga pun serius paling murah yang airah pernah tengok

    BalasPadam
  2. Aduhhh!!..semua menu kegemaran bonda ni...mana satu jadi pilihan hati??... tengok gambarpun dh terliur apatah lagi merasainya...nak jugak pergi berbuka puasa kt sana

    BalasPadam
  3. Wah ada ayam semur. Sedapnya. Fav ana juga tu. Bila tengok menu-menu tu rasa macam semua menu negeri dalam Malaysia ni ada dekat sini. Dengan harga serendah tu memang lah Berbaloi-baloi. Venue pun nampak selesa dan mewah.

    BalasPadam
  4. Lapar terus rasa tengok gambar-gambar di buffet ramadan kat Venue Shah Alam ni. Semua yer menarik dan menyelerakan. Harga pun berbaloi sangat.

    BalasPadam
  5. sedapnya oiii..aduh..masuk blog madi mesti makanan..hahaha..macam-macam lauk ade ye..tak sabar nak bulan puasa

    BalasPadam
  6. So many Ramadan food review. I also lapar lah

    BalasPadam
  7. What a beautiful venue and setting. The food looks so mouth-watering but of course, The Venue is not only suitable for berbuka puasa.

    BalasPadam
  8. This place seems good to host parties and wedding receptions. Foods looks delectable too.

    BalasPadam