Citarasa Kampung Sambut Ramadan Di Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya

7:00 PG Maha Mahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun Ramadhan masih lambat lagi tapi sekarang ni tengok sibuk promosi untuk buffet sempena meraikan bulan penuh mulia ini. Termasuklah Armada Hotel Petaling Jaya yang Maha pernah menginap sebelum ini.



Bertempat di Utara Coffee House mereka dengan bertemakan "Citarasa Kampung", hidangan kali ini memenuhi selerasa tradisional dan antarabangsa. Lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Chef Sousnya, Alifah binti Kandar a.k.a Chef Mommy menjanjikan pelbagai pilihan hidangan yang memberi penekanan kepada pelbagai rasa dan aroma.




Kalau Maha nak senaraikan satu-satu memang banyak jadi Maha list jer menu utama yang pasti meransang selera buka puasa anda. Antara menu yang ada seperti Asam Laksa, Thai Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Ayam Palembang, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Kicap Berempah, Ikan Bawal Masak Terutup, Itik Kerutub, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan dan Siput Sedut Masak Cili Padi.







Khusus untuk peminat Kerabu, chef telah menghasilkan beberapa jenis ciptaan inovatif, setiap rasa lebih baik daripada yang berikutnya. Menikmati beberapa jenis kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.



Menu ini akan membawa kembali nostalgia balik kampung korang dengan manu seperti Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk serta Sambal yang menyengat. Paling menarik mereka ada sediakan Apam Balik, Roasted Lamb, Assorted Satay, Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Percik Panggang dan Roti Durian.



Bahagian pencuci mulut pula termasuk Kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan istimewa manis seperti Pengat Nangka dengan Sago, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Serawa Durian dengan Pulut. Terdapat juga pelbagai minuman yang disediakan untuk  korang menghilangkan dahaga anda seperti Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi



Kalau tanya harga bagi Maha sini sangat berbaloi dengan makanan tradisi yang nyata sedap. Harga bermula dari RM88.00+ untuk dewasa dan RM45.00+ untuk kanak-kanak. Promosi Ramadhan bufet ini bermula sepanjang bulan puasa dari 15 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 .


Tidak berakhir di situ sahaja mereka juga mengalu-alukan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di Utara Coffee House. Mereka menyediakan Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri dengan harga RM68.00++ bagi dewasa, RM48+ untuk warga emas dan RM33.00+ bagi kanak-kanak pada tarikh 15hb dan 16hb Jun 2018. Tak sabar lak nak meraikan bulan Ramadhan kali ini. Selamat menjamu selera semua.

Harga :-
RM88.00+ untuk dewasa
RM45.00+ untuk kanak-kanak
 
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi:-
Tel : (03) 7954 6888 ext. 4557






Anda juga suka post ini...

0 Pandangan: