Grandmama's Menyajikan Buka Puasa Yang Berbeza Iaitu Set Lobster Yang Sangat Besar

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bosan juga asyik semua buka puasa makan yang hampir sama. Apa kata kali ni kita cuba pula satu yang memang jauh berbeza dari kebiasaan iaitu berbuka puasa makan Lobster. Maha nak bawa korang ker Restoran Grandmama's yang menyajikan juadah special ini.


Walaupun ia adalah lobster tapi cara masakan untuk menu berbuka diserlahkan dengan citarasa Malaysia. Sempena Ramadhan yang akan datang restoran ni ada 2 set lobster yang boleh makan bukan untuk seorang tapi beramai-ramai. Dimana Set A yang boleh dinikmati untuk 2 hingga 3 orang makan dan manakala Set B pula untuk 4 hingga 5 orang sekali makan.


Dalam set buka puasa ini lobster itu disediakan dalam dua pilihan masakan iaitu Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah . Memang dua-dua ini sedap belaka Maha dah cuba masakan ini kari mereka sangat pekat dan masak merah mereka ada rasa masam manis tau. Sesuai untuk makanan lobster ni bersama dengan hidangan sampingan lain. 

Lobster Curry Hot Pot

Lobster Masak Merah

Bukan makan lobster tu saja tau ada menu sampingan lain yang korang boleh pilih melengkapi set ini. Bagi Set A boleh pilih 3 Sedap Dishes dan bagi Set B tadi boleh pilih 5 Sedap Dishes. Menu dalam Sedap Dishes ini adalah masakan Ala-Carte bagi mereka yang selalu makan kat sini. Ada 22 jenis pilihan Sedap Dishes kalau Maha nak senaraikan memang tak habis tapi korang tengok antara yang Maha dah pilih kat ini. 

Asam Pedas Fish Fillet

Deep Fried Spice Chicken

Ayam Masak Merah

Burung Puyuh Homemade Chili Sauce

Deep Fried Chicken Drumstick

Beef Rendang

Foo Yong Fried Eggs

Paku Sambal Belacan

Stir Fried Kailan

Braised Beancurd With Minced Meat

Korang juga boleh add-ons lagi beberapa menu yang mereka sediakan limit untuk satu menu bagi satu set sahaja. Yang ini ada 4 menu Add-ons dimana kena tambah harga tapi ianya jauh lebih murah dari order secara Ala-Carte. Sebab tu banyak sangat menu Maha sendiri pun tak tahu nak pilih mana satu semua sedap-sedap.

Sea Bass With Sweet & Sour Sauce (RM52.00+)

Homemade Tomato Chili Prawns (RM36.00+)

Tak habis lagi setakat ni set untuk buka puasa ini juga ada pilihan dessert dan minuman yang special. Ini kena tambah harga lain lah kalau korang nak tapi harganya sangat murah sebab korang dah ambil set lobster tadi. Dessert yang ada ialah Lin Chee Kang dan juga minuman Coconut Ice Blended dan juga Bandung Sagu. Maha suka sangat kelapa ice blanded mereka memang original dapat rasa segar kelapanya.

Coconut Ice Blended (RM13.90+) dan Bandung Sagu (RM9.90+)

Lin Chee Kang (RM8.90+)

Kalau korang pilih menu buka puasa lobster ini akan datang sekali dengan hidangan wajib ini iaitu Kuih-muih, Kurma, Nasi Putih, Keropok Ikan dan Cili Belacan. Ini diberi secara percuma kalau korang order set ini lah. Jadi berapa semua menu yang korang ada sebab tu makan bukan untuk seorang tau kena bawa keluarga atau kawan-kawan join sekali baru boleh habis semuanya.

Kurma

Keropok Ikan dan Cili Belacan

Kuih-muih Tradisional


Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall sahaja ok. So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua.

Harga :
Set A (2-3 orang) = RM238.00+
Set B (4-5 orang) = RM388.00+

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :-






Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Memang sepadan dengan harga, menunya pun sedap-sedap ya ampuuuunnnn!

    BalasPadam
  2. Wahhh, buka-buka blog Maha terus nampak menu Lobster kesukaan Bonde nih, Tak pernah makan dekat grandmamas ni Maha, nampak sedap makanan-makanan yang disajikan. Kena datang sinilah boleh cuba Lobster kari tu dengan Lobster masak merah.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, kalau dah makan macam ni nanti, boleh lemak dalam lautan lobster. Harga dia murah tau untuk set macam tu. Boleh share pula tu.

    BalasPadam
  4. Bestlah buka puasa makan lobster. Memang sedapkan lobster tuh. First time dengat pasal Grandmama's ni. Nampak menu yang disediakan semua menyelerakan dan sedap. Kena try nampak gayanya nih

    BalasPadam
  5. Wahh kira berbaloi lah dengan harga dia! Makanan pun banyak. Nampak sedap-sedap pulak tu! Tak pernah dengar juga ni. Bolehlah cuba nanti!

    BalasPadam
  6. Konsep sangat la menarik..dengan hidangan set macam ni walau untuk 2-3 memang sangat berbaloi pada pandangan akak..set A ni pun macam dh banyak sangat pilihan..entah boleh habis entah tidak kan..

    BalasPadam
  7. First time dengar nama restoran ni. Bolehlah cuba nanti, tengok hidangan pun very the mengancam sangat. Lobster memang harga dia mahal...tapi berbaloi lah kalau ambik set tu. Hidangan lain pun nampak yummy sangat. Tak sabar pulak nak sambut puasa dan nak cuba bermacam hidangan di beberapa lokasi yang sis dah savekan..hehehe

    BalasPadam
  8. Ya allah.. sedapnya lobsterrrrrr tu.. kena cuba ini..

    BalasPadam
  9. Lobster!!!! My fav ni...harga dia pun berbaloi. Tengok semua menu makanan yang ada semua sedap sedap. Rasa nak p try skrg jek. Bab makan ni iolss kalah...hantu makan 🤣🤣

    BalasPadam
  10. Wah terasa bahang Ramadhan dah. Banyak cafe dan restaurant mahupun hotel tawarkan menu buffet Ramadhan. Namun Kali ini. Ika sanagt tertarik dengan Lobster masak merah. Sedap nampak!

    BalasPadam
  11. Dah lama Bella tak gi Grandmama's ni. Dulu kerap juga ke Grandmama's bila parti Pavillion, sebab makanannya sedap dan kena dengan selera. Wow Bella tengok Lobster Curry Hot Pot tu rasa terliur la pulak malam2 ni. Yummmm

    BalasPadam
  12. tak pernah makan lagi dekat sini. Tapi tengok lobster perghh mengancam betul. First time tengok menu lobster kari..mesti sedap yang hamatt

    BalasPadam
  13. Syioknya tengok lobster tu. First time tengok lobster masak kari. Mengancam habis.

    Not bad, banyak juga menu best dekat Grandmama's. Awak bila nak belanja saya?

    BalasPadam
  14. Wow ! Banyak sungguh hidangan yg ditawarkan dalam satu set tu. Mmg puas makan nie. Suka ambil hidangan set sebabnya elakkan diri dari pembaziran. Kalau buffet, selalunya akan berlaku pembaziran kan. Tp of course dua nie ada pros n cons dia. Anyway, selalu nampak restoran grandmas nie. Tapi takut nak masuk sbb nmpk mcm have2 sangat. Tp sbenarnya xde lah mahal mana pon. Affordable jugak

    BalasPadam
  15. Saje la bg kita terliur tgk lobster tu.. lobster curry lagi..uisskkk mmg memanggil je makanan ni. Nama pun unik. Nak je pergi sekarang hihihi

    BalasPadam
  16. Weyhhh lobster dia nampak sedap gilaaa. Meleleh ayaq liur haa. Ni kalau mak2 mengandung yang tengok ni, mahunya terus mengidam. Haha. Emi dah lama sangat is tak makan lobster.

    BalasPadam
  17. Agak rare jga menunya... Tapi macam dekat je dengan rakyat Malaysia... Nak lobster.. Tempoh hari ada makan dekat satu tempat tue, lobster dia tak fresh langsung T-T

    BalasPadam
  18. Wow the food looks so yummy, I think I can visit and try out the set, I can't wait to try the beef rendang!

    BalasPadam
  19. Omg, the food really drooling. I like it combine Chinese and Malay cuisine together. The lobster is big. Buka puasa with nice food at Grandmama is the best.

    BalasPadam
  20. Suka makan di Grandmama Pavilion. Memang best dan menyelerakan. Kalau ke Pavilion bulan Ramadan ni, Ruby InsyaAllah rsvp utk makan di sini. Harga berpatutan sebab kalau ikut kan set Ala carte memang mahal. Tp mereka dah buat pakej lg jimat. Hehe

    BalasPadam