Promosi Istimewa Di Restoran On The Table TTDI Sempena Ramadhan

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni kita ke sebuah lagi restoran yang baru sahaja beroperasi dalam tahun ini juga bulan Februari macam tu. Restoran yang Maha maksudkan adalah On The Table yang terletak di dalam Plaza TTDI Kuala Lumpur.



Restoran ni mula-mula Maha masuk tengok dekorasi seperti sebuah restoran timur tengah dengan lampu dan juga beberapa perhiasan yang ada disekeliling restoran. Tapi ia adalah sebenarnya sebuah restoran menyediakan hidangan makanan nasi campur dengan menu-menu tradisi rakyat Malaysia.



Bestnya masa Maha datang tu kita sebenarnya boleh request kepada chef di restoran tersebut untuk sediakan hidangan masakan yang istimewa. Macam hari yang Maha datang tu ada makanan Masak Tempoyak Ikan Patin serta Char Kueh Teow. Tapi kena hubungi mereka awal supaya dapat mereka mencari bahan mentah dan menyediakan hidangan tersebut. 



Bagi Maha masakan Ikan Patin mereka sedap dan lengkap dengan segalanya terasalah Tempoyak cuma ia kurang pedas jer sesuai untuk semua bangsa. Selain daripada menu utama tu dah kata restoran ini ada masakan nasi campur menyediakan pelbagai masakan Melayu popular seperti Sambal Petai Udang, Kari Kambing, Rendang Ayam, Daging Masak Berlada, Pucuk Paku Masak Lemak dan macam-macam lagi.









Juga ada bahagian yang mereka sediakan hidangan seperti Mee Udang yang memang rasa udangnya dan sangat pedas. Lepas tu ada Sup Ayam dan juga bahagian pembuka selera seperti Tauhu Sumbat, Kerabu Mangga, dan juga ulam-ulaman kampung bersama Sambal belacan. 








Kalau nak makan pencuci mulut kampung kat sini ada banyak seperti Lai Chi Kang, Karipap, Kuih Bakar, Kuih Lapis, Agar-agar, Bubur Kacang Hijau, Payasam dan banyak lagi. Semua ini memang membuka selera Maha bila datang kat sini.

Promosi Istimewa Bufet Ramadhan


Istimewanya kat restoran ini mereka menyediakan bufet makan Melayu ini sempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk mereka yang datang bagi makan berbuka puasa bersama rakan pejabat atau keluarga.


Harga yang ditawarkan sempena bufet Ramadhan 2018 adalah seperti dibawah :-

Tempahan Awal
RM33.90 nett (Dewasa)- jika tempah sebelum 15th April 2018.
RM35.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 16 April – 5 Mei 2018
RM37.90 nett (Dewasa) – jika tempah antara 6 Mei – 10 Mei 2018

Harga Walk In
RM39.90 net (Dewasa),
RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 7 tahun percuma

Info mengenai tempahan:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.  

Hari-hari biasa restoran ini buka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Manakala untuk Ramadhan ini yang bermula 20hb Mei – 11hb Jun 2018 akan bukan dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.




Keseluruhan apa yang Maha dah rasa kat restoran ini memang semua sedap dan cukup rasa. Memenuhi kehendak tekak orang Malaysia yang suka kepada makanan tradisi kita. Juga pilihan makanan yang sangat banyak membuat kita rambang mata nak pilih.

Tempahan dan pertanyaan sila hubungi :-
Jay: 011 2653 2128
Taufiq: 019 385 2148
Alamat :
On The Table
B-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3
60000 Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Facebook : https://www.facebook.com/On-The-Table-806668626210546
Instagram : https://www.instagram.com/onthetable.ttdi

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Rawlins suka juadah kampung dan harganya pula memang menarik dan murah - sesuai jika nak bawa keseluruhan keluarga untuk berbuka kan.

    BalasPadam
  2. ramadhan da nak sampai. aduhai :) best nyer!
    aida nak survey hotel berdekatan dgn umah ni dah. nak reserve.
    dpt sekali berbuka kat hotel bwk anak-anak pun jadik lah.
    mr.asben payah skit nak dibawa berbuka luar, MahaMahu.
    dia selesa berbuka kat umah ajer :) hi hi hi

    BalasPadam
  3. Wahhh nampak sedap semua makanan yang disajikan.

    Menggiurkan betul. Teringin aku nak makan jugak.

    Harga pun not bad. Boleh dikatakan murah la dengan keadaan sekarang ni.

    BalasPadam
  4. Nak komen pasal gambar je. Tergugat nafsu kak irra tengok makanan tu. Boleh tak nak belajar ambil gambar dengan maha?

    BalasPadam
  5. Nanti kalau murah rezeki balik KL boleh la belanja mak mertua makan kat sini..eh kitorang 5 beranak baru 2 orang je kena charge..berpatutan juga kan..dengan lauk yang banyak camni..Patin tu kalau kat KL selalu RM15 dah sepotong..huhu..

    BalasPadam
  6. Berbaloi nya harga sebegitu dengan hidangan yg ditawarkan. Boleh lah bawa satu family berbuka puasa di sini. Murah dan sangat berbaloi

    BalasPadam
  7. Wahh bagus lah ada juadah berbuka murah dan simple camni. Bukan nak makan banyak pun. Cuma nak berbuka di luar setelah seharian berpuasa dan bekerja. Hahaha. Gantung kuali sebulan. Haha

    BalasPadam
  8. Aduh...Kecur air liur tengok gambar-gambar makanan di The Table TTDI ni. lambat pula rasanya nak kena tunggu sampai bulan puasa.

    BalasPadam
  9. malam-malam buta tengok gambar2 macam ni....adui...my perut won't keep quiet now..T.T all the cravings...that bubur looks so good though...

    BalasPadam
  10. Ya ampunnn.. tu dia, gambar2 makanan yang mengancam lagi! Teringin sangat nak mencuba. Tak sabar rasanya menunggung Ramadan. Ajak kawan-kawan sekali mesti suka diorang ni! Apalagi dengan masakan kampung yg menggamit kenangan ni!

    BalasPadam
  11. Gambar makanan madi mmg tak pernah tak buatkan sis terliur.
    Bila tgok gambar cam gini buatkan kita nak gi je tempat makan tersebut..haishhh

    BalasPadam
  12. Restoran On The Table yang terletak di dalam Plaza TTDI Kuala Lumpur. Kapan kapan sy akan berkunjung kesini jika melawat lagi ke KieL

    BalasPadam
  13. Menarik ruang dalam kedai ni. Kedai baru ke? sebab tak pernah perasanpula kat TTDI kedai ni. Btw, dekat dgn Hero, bolehlah pi jengah. Menu memang semua saya makan. Niceee!

    BalasPadam
  14. Sedap kan esp ikan patin tu. Pedas pekat memikat

    BalasPadam
  15. Ya Allah lauk2 dia...memang selera kitaaaa...harga pun murah..terbaik la tempat ni..tapi jauhhhh sangattt..hahahha

    BalasPadam
  16. uolls, patin tempoyak tuu.. mengancamnya. kita xleh tengok patin tempoyak. huhu. dah kebulur dah.

    BalasPadam
  17. Ok juga lauk dia ala ala masakan kampung and home cooked. The price is so reasonable and we can get to eat all we want. This place is great for family or department gathering during ramadan.

    BalasPadam
  18. The price is so cheap wei... unbelievable... I just booked my client's time to have buka puasa with her during the Ramadan month. lolz...

    BalasPadam
  19. Hmm...sedapnya masakan kp..kak memang suka lagi pun tgk semua varorite kita

    BalasPadam