Buka Puasa,

Buka Puasa Ala Kampung Di Warung Makcik Kiah Sri Petaling

Rabu, Mei 23, 2018 Mahamahu 10 Comments

SUDAH TUTUP


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni tak silap Maha dah masuk hari ketujuh kita semua umat Islam di Malaysia berpuasa. Meriah puasa tahun ini kerana ada banyak tempat buka puasa yang menarik dan sedap. Satu daripadanya adalah Warung Makcik Kiah yang teletak di Jalan Radin Bagus 9 Sri Petaling.




Hari tu Maha sempat berbuka puasa kat sini dengan nikmati masakan tempatan dan juga masakan Thailand. Restoran ini tak silap Maha baru sahaja buka 5 bulan yang lalu. Kata pemilik restoran ini diilhamkan oleh daripada Allahyarhamah ibunya sendiri iaitu Cik Kiah. Kalau sebelum ini dikenali ramai restoran di Kuatan Pahang selama lebih 4 dekad.


Kini semua kesedapan makanan ini dibawa ke Kuala Lumpur untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Sempena bulan puasa ini mereka menyediakan dua set menu iaitu Menu A dan Menu B. 

Set Menu A

Hidangan : 2-3 orang
Harga : RM29.90
Makanan : Kurma, Nasi Putih, Daging Padprik, Sayur Campur, Tom Yam Ayam, Sirap dan buah-buahan potong.






Set Menu B

Hidangan : 4-5 orang
Harga : RM59.90
Makanan : Kurma, Kuih-muih, Nasi Putih, Ayam Padprik, Sayur Campur, Tom Yam Campur, Telur Dadar, Sirap dan buah-buahan potong.







So kat sini korang boleh jimat datang dengan kawan-kawan dah boleh kongsi bayar jadi tak adalah mahal sangat betul tak. Sesuai juga untuk yang datang dengan keluarga yang besar. Tak perlu nak susah pilih semua menu mereka dah sediakan. Kalau nak tambah lauk boleh tapi akan ada tambahan hargalah. 




Suasana kedia ni pun selesa bagi Maha tak terlalu padat dan juga senang untuk makan kalau tak nak duduk kat meja mereka sediakan juga ruang makan bersila, maklumlah kita orang Malaysia memang suka makan bersila. Kat sini juga ada kemudahan seperti tandas dan juga ruang solat kalau nak sembahyang Maghrib selepas berbuka. 


Parking sini kata orang memang susah tapi kalau korang datang boleh parking kat kawasan sekitar kedai ada banyak jangan risau. Lepas Ramadan nanti restoran ini akan memperkenalkan pula masakan laut segar dari Sandakan. Diantara makanan laut yang akan disajikan di sini seperti Ikan Kerapu, Ikan Jenahak, Ikan Merah, Ikan Tenggiri, Ikan Siakap Liar, Ikan Pari, Udang Laut, Ketam Bunga dan banyak lagi.


Selamat berbuka Maha ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan selamat meraikan bulan Ramadan yang mulia ini. Kalau korang nak tempah untuk buka puasa boleh hubungi mereka seperti di bawah ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel: 017-2767273 (En Rizal)
Email : info@premia.com.my


SUDAH TUTUP





10 ulasan:

  1. Tak pernah plak dengar nama restoran di Kuantan

    BalasPadam
  2. Huaaa... kenapa tak ajak I sekali? Lazatnya makanan ni semua! Mau makan bertambah-tambah kalau Rawlins pergi.

    BalasPadam
  3. Menu masakkan kampung memang sentiasa dicari.. Alamak ternampak patin tempoyak cam mana ni dahlah fav.. Dengan sambal ala2 ayam penyet tu... Set menu dia mur mur mur sangat berbaloilah makan ramai-ramai..

    BalasPadam
  4. can visit d, sedap nampaknya dan kedai tu dekat opis I ja. Time suruh suami bawa makan

    BalasPadam
  5. ingatkan warung la rupanya kedai makan dalam rumah kedai ek.. nampak sedapnyeee

    BalasPadam
  6. Although this is hidangan warung but the set up is coffee shop style. Love the way patrons have to sit, like Japanese. These traditional Malay dishes look very mouth-watering! The pricing is very reasonable as well.

    BalasPadam
  7. Wah memang sedap memu masakan kampung yang dihidangkan banyak pilihan menu..masakan kampung memang sentiasa mendapat tempat di hati orang Melayu

    BalasPadam
  8. So many delicious food in this post! I really love Malay food especially those masakan kampung! I don't mind to berbuka puasa in here.

    BalasPadam
  9. The tasty dishes and an unusual way to serve them are the main advantages of this restaurant, which attract the visitors. This place is very tempting.

    BalasPadam
  10. wahhhh.. menu kampung ni kalau kena dengan nasi panas-panas memang bertambah la jawabnya...

    BalasPadam