Buffet Ramadhan,

Bufet Berbuka Puasa Dengan Azam Pandan Bertempat Di Kajang Perdana Avenue

Jumaat, Mei 11, 2018 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan Ramadhan dah makin menghampiri kita tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tarikh untuk tengok anak bulan pun dah ditetapkan. Jadi adakah kita bersedia untuk menempuh bulan penuh kemuliaan ini dengan ibadah dan segala amal jariah yang baik.


Sambil-sambil kita beribadah untuk berbuka puasa juga kita perlu beri perhatian takut nanti puasa tak buka-buka lak hehehehe. Kali ni Maha nak bawa kepada korang suasan berbuka puasa di sebuah dewan yang besar iaitu Kajang Perdana Avenue. Ini lokasi berbuka puasa kali ini tapi untuk hidangan makanan buka puasa ini semua disediakan oleh Azam Pandan Sdn Bhd.



Orang Kajang sapa tak kenal dengan penyedia makanan yang cukup popular ini. Kali ini untuk bufet buka puasa mereka membawakan bukan sahaja hidangan tradisi Melayu tetapi juga gabungan hidangan barat dan juga authentic Malaysia dan termasuk juga hidangan masakan China, Indian dan Arab.


So bermula 17 Mei hingga 12 Julai 2018 bufet ini akan berada di lokasi yang Maha sebut tadi. Harga juga sangat berpatutan iaitu RM50.00 nett untuk dewasa, manakala RM27.50 nett untuk kanak-kanak bagi minggu pertama dan keempat Ramadhan. Manakala harga bagi minggu kedua dan ketiga Ramadhan RM55.00 nett. Rasanya sangat berbaloi dengan banyak juga hidangan yang menarik dan sedap-sedap kat sini. 






Di antara menu yang ada semasa Maha datan cuba hari tu seperti Tetal Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh ini memang favourate Maha hehehe, kemudian ada lagi Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak masakan orang Pahang dan Pucuk Manis Lemak Keledek.





Tu baru hidangan utama bahagian appertizer pula ada seperti ulam-ulaman kampung selalu orang kita mesti kena makan dengan sambal belacan, budu, cencalok atau tempoyak. Sedapnya meleleh air liur kejap tapi ada lagi seperti kerabu, acar, telur asin bersama dengan ikan kering terangkat beb.





Itu bahagian makanan tradisional yang memang selalu kita jumpa tapi ada sudut untuk hidangan seperti Kambing Golek, Arab Cuisine Nasi Mandy dan Kambing, Grilled Grab, Stay, Ayam Golek Madu, Ikan Bakar bersama Kuah Asam, Nasi Ayam Hainanese, Cucur Udang dan Apam Balik. Semua ini mereka sediakan di bawah konsep gerai yang ada disusun keliling kawasan dewan ini. 





Banyak lagi sebenarnya makanan yang ada Maha nak senaraikan semua memang tak habis boleh korang booking bermula sekarang kerana sini selalu dapat sambutan. Orang area Kajang, Bangi, Putrajaya dan sewaktu dengannya nak cari kelainan boleh cuba di sini ok. Sini kemudahan lain seperti surau untuk solat Tarawih, tandas, dan juga parking percuma yang luas. Maha dah cuba korang mesti kena cuba juga ok. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selesa semua.

Harga :
*Minggu pertama dan keempat Ramadhan
RM50.00 nett untuk dewasa
RM27.50 nett untuk kanak-kanak
*Minggu kedua dan ketiga Ramadhan
RM55.00 nett 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-78400516
        03-78430617
Laman web : www.azampandan.net 






0 Pandangan: