Tempat-tempat Menarik Yang Korang Kena Pergi Di Krabi Thailand Dari Pengalaman Maha Sendiri

Tempat-tempat Menarik Yang Korang Kena Pergi Di Krabi Thailand Dari Pengalaman Maha Sendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah dah lama sebenarnya tak jalan luar negara ni last 2 tahun lepas masa tu pergi Guilin China. Kalau korang nak baca pengalaman Maha kat China boleh tengok entry2 yang lepas di sini.

Anda boleh baca artikel penuh percutian Maha di Guilin China di sini.
Tapi kali ni Maha nak cite pengalaman 2 minggu lepas di mana Maha dan kawan2 office seramai 13 orang pergi ke Krabi Thailand. Sebenar kami dah plan sejak last year lagi kumpul duit sikit2. Tips bagaimana nak simpan duit kena lantik seorang akauntan kutip duit setiap bulan bila time gaji. In Shaa Allah akan dapat simpan duit untuk preparation korang jalan2 tak adalah rasa beban sangat. Maha dan kawan2 office pergi time tu menaiki penerbangan tambang murah AirAsia sajo.


Sebelum pergi tu dah servay beberapa perkara iaitu mana lokasi nak tinggal yang murah? Mana pakej2 murah untuk jelajah pulau2 kerana Krabi terkenal dengan pulau2 dan laut yang cantik sangat. Bila kami sampai hari Ahad kat sana agak awal iaitu around 9.00pagi jadi dari airport untuk ker Ao Nang kami ambil van besar. Kami ramai jadi sesuai untuk satu van dan ambil kat area aiport jer tak mahal pun.


Korang kalau nak tinggal paling best dan meriah baik pilih pantai Ao Nang kerana kat sana semua ada tak bosan. Penginapan kami sepanjang 3 hari kat Krabi ini adalah White Sand Krabi Hotel tempat yang selesa dan juga tak jauh nak jalan2 tepi pantainya. Korang tengok sendiri bilik selesa luas dan juga tidak begitu sesak. Turun bawah jer ada kedai makan, urut dan macam2 lagi lah area tu. Tapi kat area tu banyak hotel yang juga cantik dan murah korang boleh pilih kalau semalam around RM120-RM150 semalam jer. 



Bila sampai hotel kami simpan barang kejap tak boleh check in lagi sebab pukul 9.00pagi baru awal sangat. Jadi pagi tu kami terus plan untuk pergi mandi air kolam yang biru gila. Jadi kami sewa van juga untuk ke Emerald Pool. Tapi memang perjalanan jauh mengambil masa lebih kurang 1jam setengah juga nak sampai ingat dekat sampai tertido2 dalam van. Bila sampai sana dengan keadaan cuaca panas memang tak sabar nak berendam kata orang air cantik. 



Masuk kawasan kolam ni di cas 200bath atau RM20 sajo. Memang mereka menjaga kawasan ni dari sebarang sampah kerana semua makanan tidak dibenarkan masuk kena gantung kat luar ni ok. Sebab tu kawasan ni susah nak jumpa sampah.
Nak masuk mandi air kolam ni bukan dekat kena jalan lagi 800meter ke dalam yer hehehe. Tu baru sampai ke Emerald Pool tempat yang boleh mandi tapi ramai orang nak datang tengok kolam air biru iaitu Blue Pool tapi kena panjat bukit lagi sejauh 866meter ke atas waaaaa.



Tak apa lah Maha mandi kat bawah je lah tak pergi ke atas tu tak daya dah penat. Kawan2 lain pergi lah naik. Tapi memang ramai gila orang kat pool tu kalau korang tengok tak ada tempat nak mandi. Mula ingat airnya sejuk tapi sebab dah ramai jadi air keruh dan juga agak suam2. Tapi tetap juga mandi walaupun panas juga masa tu hehehe. Puaslah dapat mandi selema lebih kurang sejam juga kami kat situ. 




Lepas tu ingat nak pergi mandi Hot Spring yang ada dekat2 juga area tu tapi sebab dah panas kena cancel kan tak daya tengahari panas nak mandi kan hehehe. Kat situ banyak tempat makan yang korang boleh pilih juga ada cenderamata. Jangan risau nak makan kat Krabi ni kalau korang nampak orang Islam masak memang boleh makan jangan was-was ok.


 


Habis kat pool kami balik area pantai Ao Nang saja nak jalan2 tepi pantai waktu petang. Nak tengok suasana di kawasan yang agak meriah penuh dengan kedai2 dah juga pelbagai aktiviti. Lepas tu baru balik hotel rehat kejap untuk tunggu malam sebab penat sehari bejalan2. Maha tak cite lagi pasal makan kat sini sebab banyak tempat makan yang best. Tu kena tunggu entry khas untuk makan nanti ok nantikan. Kemudia sampai belah malam pula masa untuk jalan2 dan beli belah sikit. Hari pertama dah beli belah kat Night Market. Yang kami pergi ni kat area Ao Nang dekat depan masjid besar area tu. 


Market malam ni tak banyak gerai pun hanya ada beberapa baris jer. Kebanyakannya jual pakaian dan juga cenderamata. Jadi memang tu je lah untuk kita beli kat pasar malam ni. Yang penting korang kena pandai tawar menwar kat peniaga tu meraka ada yang bole faham ada yang buat2 tak faham. Tapi mereka akan letak harga semahalnya sehingga kita tawar menawar ok. Kalau dari hotel kami tu boleh jalan kaki jer dalam 10minit sampai dan tak letih sebab sepanjang tepi jalan tu macam2 kedai ada termasuk kedai urut hehehe.


Lepas tu esok harinya kami nak pergi pulau2 untuk snorkeling nak tengok ikan dan air yang jernih di sini. Kami dah pilih pakej dengan agensi ni kedainya warna merah jambu ini kerana ramai kawan2 rekmen sebab harga murah dan pakej juga lengkap. Ramai orang ambil dengan agensi ni namanya  Tourist Information. Kami ambil pakej 6 pulau iaitu Phi Phi Island. Kami akan snorkeling di dua pula manakala 4 lagi hanya singgah ambil gambar dari atas boat jer.

 



Perjalanan dari pantai Ao Nang tu nak sampai ke tempat snorkeling pertama ambil masa sejam juga ok kalau naik speed boat. Kami sampai ke Maya Bay dulu tempat lokasi pengembaraan filem lakonan Leornado satu masa dulu. Tapi situ kalau nak turun kena bayar lain kalau tak hanya ambil gambar dari atas boat jer. Bila sampai tempat pertam untuk snorkeling memang air jenir dan boleh nampak karang2 didasarnya memang banyak. Ikan pun ada juga tapi tak banyak sangat lah.






Kemudian kami berhenti untuk makan tengahari di Phi Phi Island. Jangan risau pakej ni dah lengkap dengan makan tengahari serta untuk rehat2 dan mandi manda di persisir pantai yang pasirnya putih. Best kat sana kena cuba aiskrim kelapanya sedap dan segar sangat sambil rehat2 tepi pantai ok. Kemudiah perjalanan di teruskan lagi ke lokasi kedua untuk snorkeling. Tak tahu apa namanya tempat ni tapi snorkeling jer sebab pengalaman pertama Maha buat aktiviti ini. 




 


Habis semua aktiviti mengembara ni lebih kurang pukuol 5.00petang tapi biasalah dah penat sangat sampai jer kat tepi pantai tu turun terus nak balik hotel untuk tido tak daya dah. Malam last tu kami bercadang nak naik Tut Tut untuk ker Krabi Town. Harga hanya 700bath untuk pergi balik satu kenderaan. Saja nak jalan2 malam hari nak tengok angin malam kat sana. Bandar Krabi tak terlalu besar sangat dan kalau dah lewat malam sikit agak sunyi. Best juga kat tepi pantai Ao Nang tu banyak boleh buat.



Biasalah malam2 lepas penat seharian mandi manda masa untuk massage. Memang ada kat sini kena cuba massage mereka. Korang kena pandai pilih tempat massage kerana ada banyak dan boleh tawar menawar. Lepas tu balik tido dan esok nak dah nak balik KL tak puas lagi nak jalan2 Krabi. Tapi pengalaman 3 hari 2 malam di sana memang satu pekara yang baru dan menarik dalam hidup. In Shaa Allah ada masa dan rezeki akan datang lagi ke Krabi.






{ 7 comments.. read them below or add one }

YB Shehan YB Shehan 12 April, 2016
aduh aduh.. bestnya. bila nak boleh smpai ni..
Maha Mahu Maha Mahu 12 April, 2016
Hehehe best sgt.. tak apa slow simpan duit In Shaa Allah sampai satu hari nanti...
Lensa nasrul Lensa nasrul 13 April, 2016
yuhuuu asik bang artikelnya,...
Ashrafff Najib Ashrafff Najib 06 September, 2016
Salam saya nak tanya berapa bhat ye pakej yg encik amik tu?
ainal arif ainal arif 23 October, 2016
Ya saya pun nak tahu berapa bath pakej island hopping yang awak amek tu
ainal arif ainal arif 23 October, 2016
Ya saya pun nak tahu berapa bath pakej island hopping yang awak amek tu