Menyusuri Keindahan Sungai Li Menaiki Cruise Selama 5 Jam Di Guilin China

Menyusuri Keindahan Sungai Li Menaiki Cruise Selama 5 Jam Di Guilin China - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu. Tak habis lagi cite pengembaraan Mahamahu di Guilin China masih banyak lagi nak cerita ni. Tapi terima kasih kepada AirAsia kerana membawa kami untuk menjejak kaki ke kota Guilin ini dengan rasa seronok. AirAsia adalah penerbangan tunggal terus dari Malaysia ke Guilin China 4 kali seminggu. Korang boleh rujuk entry Mahamahu yg lepas untuk jadual penerbangan AirAsia dan juga lokasi2 menarik yg Mahamahu dan pergi [klik sini].



Kali ini hari kedua perjalanan kami di Guilin lebih menyeronokan kerana kami akan menyusuri sungai tercantik di dunia sepanjang 80km dan selama lebih kurang 5 jam perjalan menaiki cruise. Wow satu pengalaman yg tidak dapat di lupakan dan sangat2 lah teruja. Mahamahu nak cite apa yg dapat korang lihat sepanjang perjalanan di Sungai Li.



Perjalanan cruise kami bermula daripada jeti Zhujiang Wharf, iaitu adalah kira-kira 40 minit menaiki bas dari bandar Guilin. Kat situ tempat jual tiket untuk anda menaiki bukan lah cruise mewah tapi ia cukup luas dan di sediakan makan tghari untuk anda. Hanya bayar CNY285 atau duit kita lebih kurang RM145 kita boleh naik cruise ini bersama makan tghari.



Perjalanan Mahamahu bermula pukul 10pagi dan rasa teruja dengan keadaan cuaca yg redup dan juga air yg jernih mengujakan. Sepanjang perjalanan boleh tgk keliling sungai yg tidak di cemari di lindungi oleh bukit bukau dan juga pokok buluh yg cantik2. Rasa tenang sgt perasaan ini bila menaiki cruise ni. Sepanjang perjalanan ini ada perlu bermain dengan imaginasi yg tinggi apabila touris guide akan memberi penerangan tentang perkara menarik yg ada di kawasan tersebut.




Antara yg menarik Mahamahu sempat tgk sepenjang perjalanan cruise ini adalah bukit 9 ekor kuda. Kalau korang tgk bukit ni biasa jer seperti bukit2 yg lain tapi kalau lihat melalui imaginasi tinggi anda boleh nampak lakaran 9 ekor kuda. Mahamahu sendiri pun tak jumpa cuma nampak 3 ekor sahaja. Tu kena pandai anda nak tgk, cuba tgk gambar bawah ni nampak tak 9 ekor kuda.




Selain tu juga sepanjang perjalanan anda akan boleh lihat kg tradisional masyarakat pesisir sungai dan masih mengekalkan kebudayaan dan keasli warisan mereka. Kagum kerana melihat rakyatnya mengekalkan keindahan sungai yg sunggi cantik ini. Selain tu juga korang dapat tgk kehidupan org bukit yg menjadi petani di kawasan curam bukit dan bercucuk tanam di lereng2 bukit tersebut.




Penat juga rasa perjalanan 5 jam dalam cruise ini walaupun ada tempat duduk tapi bila dah duduk bangun mesti rasa nak rehat. Jadi bila sampi masa tghari pukul 12 kami di hidangkan dengan makanan tghari special untuk org muslim. Kat dalam cruise tu juga ada buffet untuk pelancong lain tapi untuk muslim trip akan di sediakan ala-cart. 





Tgk lah semua hidangan ini mcm2 ada tapi tak lepas mesti ada sayur-sayuran. Kalau makan makanan sungai seperti ikan memang segar kerana ia di hantar terus oleh melayan2 di sini ke dalam cruise. Biasalah makanan China ni tak pedas dan cuma dpt rasa kicap dan sos sahaja tapi masih boleh makan bagi org yg dah biasa. So daptlah mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan lagi di Sungai Li ini.





Lepas makan tghari perjalanan di teruskan kerana cruise ini tak akn berhenti mana2 kawasan sehinggalah sampai ke penghujung Sungai Li ini. Dalam perjalanan tu nanti anda jgn terkejut yer jika di lintas oleh boat2 kecil yg di buat menggunakan buluh. Memang banyak boat2 kecil dengan engen ini berada di sungi ini. Ia juga sebagai pengankutan utama org di sini dan juga daya tarikan pelancong untuk menikmati suasan sungai ini secara peribadi.



Paling menarik bila anda sampai ke destinasi paling menjadi kebanggaan warga Guilin iaitu bahagian bukit 20 Yuen. Hehehe Mahamahu di maklumkan di kawasan ini lah keindahan Sungai Li ini di abadikan belakang duit 20 Yuen China. Korang tgk sendiri gambar yg Mahamahu ambil dam juga gambar duit tu samakan. Kawasan ini memang cukup cantik dan cukup tenang di kelilingi bukit dan juga hutan buluh.




Bila di umumkan kami akan sampai dalam beberapa minit lagi oleh pemandu pelancong nanti akan akan di hadiahkan satu cenderamata special menandakan akan telah menaiki cruise ini. Dalam masa sama juga mereka membuat jualan minyak wangi special dari bunga yg cukup terkenal di Guilin. Mahamahu lupa lah nama bunga tu tapi wangi dan memang menarik.



Akhirnya perjalanan kami tamat selama lebih kurang 5 jam dan sampailah di Yangshou. Memang menarik dan menyeronokan sepanjang perjalanan di Sungai Li ini untuk sampai ke destinasi terakhir kami iaitu Yangshou. Yangshou adalah sebuah bandar kecil yg masih mengekalkan keindahan dan tradisi mereka dari segi reka bentuk dan juga budaya berniaga. Tu nanti Mahamahu akan ceritakan di episod akan dtg ok. Kalau korang nak rasa sendiri sungi yg cantik dan indah ini jgn lupa letak dalam kalender anda untuk ker Guilin China ini. Selamat bercuti semua bye...