Halal,
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, arahan itu dikeluarkan susulan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berjaya mengesan ketidakpatuhan serius terhadap piawaian pensijilan halal dalam pemeriksaan dijalankan.
Menurutnya, ia sekali gus menjadi kes pertama Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ditarik balik melibatkan penggunaan berus bulu babi tahun ini.
Semalam, portal rasmi di bawah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Halal Malaysia melaporkan dua buah syarikat beralamat di Melaka, Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd tersenarai dengan status “Sijil Telah Ditarik Balik”.
“Selain penarikan SPHM kedua-dua syarikat turut diarahkan menghentikan penggunaan logo halal Malaysia serta menarik balik semua produk yang telah dikeluarkan di pasaran serta merta."
Sijil Halal Dua Syarikat Kopi Dan Biskut Di Melaka Ditarik Balik
Kecoh dihalaman berita dan media sosial dua syarikat melibatkan pengeluar kopi dan biskut di negeri ini diarahkan menarik balik semua produk dari pasaran selepas sijil halal mereka ditarik kerana disyaki menggunakan berus bulu yang mempunyai ciri fizikal bulu babi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, arahan itu dikeluarkan susulan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berjaya mengesan ketidakpatuhan serius terhadap piawaian pensijilan halal dalam pemeriksaan dijalankan.
Menurutnya, ia sekali gus menjadi kes pertama Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ditarik balik melibatkan penggunaan berus bulu babi tahun ini.
Semalam, portal rasmi di bawah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Halal Malaysia melaporkan dua buah syarikat beralamat di Melaka, Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd tersenarai dengan status “Sijil Telah Ditarik Balik”.
“Selain penarikan SPHM kedua-dua syarikat turut diarahkan menghentikan penggunaan logo halal Malaysia serta menarik balik semua produk yang telah dikeluarkan di pasaran serta merta."
Senarai produk biskut yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
1. Almond Cookies/ Biskut Badam
2. Biskut Kacang Hijau Pandan/ Pandan Tow Sar/ Pandan Salty Peacake Dragon Phoenix
3. Biskut Kacang Tradisional
4. Biskut Kacang/ Peanut Puff
5. Black Sesame Sweet Pastry / Biskut Bijan
6. Charcoal Sweet Pastry / Biskut Bijan Charcoal
7. Chocolate Cookies / Biskut Coklat
8. Coffee Sweet Pastry / Biskut Bijan
9. Double Yolk Lotus Moon Cake/ Kuih Bulan Lotus 2 Telur Masin
10. Egg Yolk Pies/ Pai Telur Masin
11. Fragrant Sweet Pastry/ Biskut Bijan Dragon Phoenix and Flying Horse
12. Kuih Bulan Kacang Hijau Masin/ Salted Green Bean Mooncake
13. Kuih Bulan Kacang Merah/ Red Bean Mooncake
14. Kuih Bulan Lapan
15. Kuih Bulan Mini Kacang Merah/ Red Bean Mini Moon Cake
16. Kuih Bulan Mini Lian Yong/Lotus Mini Moon Cake/ Pure Lotus Mooncake
17. Kuih Bulan Pandan/ Pandan Mooncake
18. Kuih Bulan Teh Hijau/ Green Tea Mooncake
19. Kuih Gulung (Love Letter)
20. Kuih Isteri/ Honey Cake
21. Kuih Kacang Hijau (Manis)/ Sweet Tow Sar/ Sweet Peacake
Senarai produk kopi yang keluaran syarikat tersebut.
1) Kopi O 2 in 1 Cap Cikgu
2) Kopi Kaw Cap Cikgu
3) Kopi-O-Bag Cap Cikgu
4) Kopi Cikgu
5) Coffee Mixture/Kopi Campuran
6) Instant Coffee Mix 3 In 1/Kopi Pracampur Segera 3 dalam 1
7) Kopi WOW 2 in 1 (Uncang kopi campuran dengan Gula)
8) Kopi Campuran
9) Copi Cikgu Kopi Campuran
10) Kopi Kaw Kopi O Bag
11) Kopi O Bag (Uncang Kopi Campuran)
12) Penyu Kow Kopi O Bag




0 Pandangan: