Padi Bukit Longji Dan Mee Tarik Guilin

Padi Bukit Longji Dan Mee Tarik Guilin - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tibalah hari terakhir perjalanan Mahamahu di Bandar Guilin. Jenuh dah bercerita tentang keindahan dan keunikan yg ada di Bandar Guilin ini. Kalau korang nak baca entry Mahamahu yg lepas tentang bandar ini boleh baca di sini [klik sini]. Hari ini adalah hari ke empat perjalanan kami di Guilin dan hari ini kami akan pergi menyaksikan padi bukit yg luas dan cantik. 


Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan pergi ker sana dengan membawa bekal makan tghari kerana kat sana tak ada makan halal. Kawasan ini di panggil lembah pergunungan padi Longji. Dinamakan Longji kerana apabila sawah penuh dengan air pada musim panas, ia dikatakan menyerupai skala pada badan naga. Korang boleh tgk sendiri nanti apa bila Mahamahu sampai di sana. 




Setelah sampai sahaja di kaki bukit ini kami akan menaiki bas kecil menyusur lorong jalan yang sempit dan jurang setinggi 1,000 meter untuk sampai ke puncak lavel pertama. Ada beberapa level kat kawasan Longji ini di mana kawan level pertama adalah level yg mudah untuk di daki. Manakala level ke dua adalah level yg agak rumit kata org di sana. 




Pemandangan menakjubkan terasa seolah-olah kembali ke zaman dahulu tatkala melihat perkampungan mereka yang diperbuat daripada kayu dan cara hidup yang masih kekal seperti dulu. Semasa kami sampai di sana kawasan adalah bekabus tebal dan sangat sejuk. Musim yg kami sampai itu adalah musim padi yg sudah di tuai dan hanya tinggal kawsan bendang bukit yg kosong dengan air bertakung sahaja. 




Perkampungan Tian Tou adalah perkampungan di lereng bukit paling dalam dan tertinggi di lembah pergunungan padi Longji dan kebanyakan penduduk kampung ini adalah daripada keturunan etnik Yao. Wanita Yao terkenal dengan mempunyai rambut terpanjang di dunia. Mereka tidak pernah memotong rambut sebaliknya membalut rambut itu dalam ban di atas kepala menyerupai serban India. Kalau anda terserempak dengan mereka dan nak begambar kena hati2 kerana anda akan di cas hanya untuk bergambar sahaja. 


Tapi mereka ini adalah antara etnik yg tidak kenal penat untuk memanjat bukit dengan membawa barang tanpa rasa berat. Memang mereka membawa barang hanya dengan memikul barang di belakang badan mereka sahaja. Apa pun kawasan ini memang tenang dan sunyi sangt sesuai untuk anda dtg, kalau anda dtg pada musim salji atau musim bunga kawasan ini memang cukup cantik dan menarik pemandangan yg luas mata memandang.



Setelah beberapa jam kami di puncak bukit hanya bergambar sahaja tidak boleh buat apa2. Selepas tu kami makan tghari yg di bawa dari bandar tadi untuk kami. Kami pulang mengambil masa 3 jam juga untuk sampai ke Bandar Guilin. Kami sampai sana pun rehat sekejap di hotel dan mlm nanti kami akan makan mee tarik original di Bandar Guilin


Sebenarnya tengah2 kota Guilin ini dalam deretan kedai2 makan yg ada di situ anda akan jumpa satu kedai makan Mee Tarik Original Guilin. Anda akan jumpa kedai makan MZD The Brand of Beef Noodle. Kat situ mereka akan menghasilkan mee tarik original special dengan mee yg di buat sendiri menggunakan kepakaran tungkang masak di sana. 




Kalau anda biasa makan mee tarik di Malaysia ia sama lebih kurang jer tapi kat sini menggunakan rempah ratus negara China, jadi anda akan rasa lebih original dan tidak begitu pedas. Mee tarik kat sini di sediakan panas2 untuk anda yg dtg jadi sesuai untuk makan mlm yg sejuk di Guilin. Mahamahu telah order Mee Tarik Daging Ayam dan kawn2 lain order Mee Tarik Daging yg sedap di sana. Kalau anda suka yg berkuah boleh order Mee Tarik Sup yg memang juga sedap dan menarik.






Tapi kalau makan mee tarik kat sini tak pedas tau cuma panas. Kuantiti mee dan juga bahan2 yg ada dalam hidangannya pun banayk korang boleh tgk sendiri. Panas2 memang sedap cuba jadi korang kalau sampai Guilin kena cuba makan mee tariknya. Yg pasti ia adalah halal kat sini jgn bimbang. Org China lain pun juga turut makan kat sini juga. Jadi tu lah aktiviti terakhir Mahamahu berada di Guilin ini. Selepas ni mana lagi Mahamahu nak pergi sapa nak bawa hehehe. Apa pun selamat bercuti semua kawn2...

Anda boleh baca artikel penuh percutian di Guilin China di sini.







0 comment... add one now