Gunung Yaoshan Gunung Tertinggi Di Guilin China

Gunung Yaoshan Gunung Tertinggi Di Guilin China - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Mahamahu dah cite banyak tentang perjalanan sepanjang berada di Guilin China. Kalau korang nak baca boleh tgk kat link2 ini [klik sini]. Kali ni pula Mahamahu akan menaiki cable car untuk ke puncak paling tinggi di Bandar Guilin. Di panggil gunung Yaoshan yg terletak di pinggir timur Guilin.


Puncak gunung setinggi 909 meter ada gunung yg tertinggi di antara deretan gunung yg ada di Bandar Guilin. Jadi sapa2 yg nak melihat keindahan Bandar Guilin secara keseluruhan dengan jelas kena memanjat gunung ini. Tapi tak adalah memanjat dengan kaki walaupun ada trek pejalan kaki tapi ada cara lebih mudah dan cepat iaitu menaiki cable car.




Pejalanan cable car dari bawah dasar mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kepuncak. Kalau naik cable car ini memang mencabar keberanian dan kekuatan jiwa kita kerana ia bukanlah cable car seperti mana yg ada di negara kita. Ia adalah cable car yg simple sngt dan tiada bumbung atau dinding hanya ada tempat duduk dan juga penghalang sahaja.





Korang boleh tgk sendiri lah mcm mana2, berani atau tak jer nak naik cable car ini hehehe. Apa pun beranikan diri nak naik sampai ke puncak. Tak risau lah memang sepanjang pejalanan anda akan di sajikan dengan suasana yg cukup cantik dan keadaan gunung yg indah hanya di liputi dengan tumbuhan renek sahaja. Kata meraka kalau musim salji akan di penuhi dengna salji kat kawasan bukit ini mesti cantikan tapi sejuklah.


Selepas sampai kat atas puncak tiada apa yg menarik sgt kerana sebenarnya puncak ini sebelum ini di jadikan kuil untuk mereka. Tapi kini lebih di kenali dengan pusat pelancongan. Kat atas ni tak sangat pun tapi boleh lihat pemandangan Guilin secara keseluruhan, cuma nampak kecil jer lah.





Kalau tadi anda naik dengan menggunakan cable car tapi kalau nak turun anda boleh gunakan gelongsor yg di sediakan. Percaya tak ada gelongsor untuk turun bukit dengan kelajuan yg boleh di kontrol oleh anda. Kalau naik cable car tu anda ada nampak laluan untuk gelongsor kecik jer tapi laju juga bila tgk org turun menaiki gelongsor. Satu pengalaman yg menarik dan unik tapi Mahamahu tak naik sebab tak biasa takut juga, turun guna cable car jer lah.




Tu lah perjalanan pada petang hari kami di hari ke tiga berada di Guilin China ni. Kami pun balik semula ke hotel untuk berhat dan menunggu untuk makan malam di sebuah restoran halal di Guilin. Penat ada tapi seronok hari tu dengan perjalanan yg pelbagai di Bandar Guilin.


 


Makan malam kami pula di sebuah restoran halal dekat dengan masjid di Bandar Guilin. Maaf lah tak tahu nama restoran ni tapi korang boleh tgk papan tanda restoran ini ok. Makan malam kami mcm biasa mesti mengandungi hidangan yg pelbagai dengan masakan China. Ada telur, sayur dan sup. Tapi restoran ini nampak lebih besar dan kemas sesuai untuk pelancong muslim datang makan.









Mahamahu dan kawn2 semua mlm tu makan dengan kenyangnya kerana lapar setelah berjalan seharian di banyak tempat. Kalau korang dtg sini boleh cari restoran halal ini untuk makan malam atau makan siang. Lepas ni perjalanan akan di teruskan untuk hari ke empat. Kemana lagi kami pergi nantikan Mahamahu update kat blog ini ok. Hari terakhir kami di Guilin. Selamat bercuti semua.