AABC,

Yangshuo Pekan Dalam Guilin Kaya Dengan Kesenian Dan Kebudayaan

Ahad, Januari 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Yangshuo Pekan Dalam Guilin Kaya Dengan Kesenian Dan Kebudayaan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni nak sambung semula perjalanan Mahamahu di Guilin China yg di bawakan oleh AirAsia, penerbangan 4 kali seminggu. Kalau korang nak tahu perjalanan Mahamahu sebelum sampai ker sini boleh baca entry lepas kat sini [klik sini].



Kali ni kami sampai ke sebuah lagi pekan yg tidak berapa besar dan tidak berapa kecik tapi cukup lengkap dengan segala keperluan dan juga menjadi lokasi percutian paling diminati oleh org asing. Pekan yang di maksudkan adalah Yangshuo iaitu 2 jam perjalanan darat dari bandar Guilin. Kami kat sini untuk tinggal semalam kerana kat sini cukup popular dengan persembahan teater atas air, tu nanti Mahamahu cite ok.




Tapi bila anda sampai di sini menaiki cruse korang akan melalui kawasan pekan ini di bahagian yg banyak jualan cenderamata dan juga barang hiasan mereka. Mahamahu mula sampai pun tgk rambang mata juga kerana harga kat sini pun cukup murah nak banding dengan duit Malaysia. Korang boleh tgk sendiri semua barang2 di jual kat sini cantik2 bukan.



Tapi kata org kalau nak beli barang kat sini kena pandai tawar menawar dengan tukang jual cuma masalahnya komunikasi lah. Mereka tidak faham bahasa kita dan kita pun tidak faham bahasa mereka. Jadi kebanyakan menggunakan bahasa isyarat jer hehehe. Bahasa Inggeris lagi lah jauh. Apa pun kat sini korang boleh tawar semurah yg boleh tapi jgn lah melampau sangat murahnya berpada-pada lah yer.



Sepenjang korang jalan kat pekan ini nanti korang akan dpt tgk macm2 kedai menarik dan cukup istimewa kat sepanjang jalan di sini. Paling menarik adalah musium Patung Lilin yg di buat menyerupai pelbagai watak. Memang kat sini popular dengan patung lilin ni. Lepas tu lak kami jalan untuk check ini ker hotel. Yang Suo Jun Hao Hotel adalah merupakan hotel bertaraf 4 bintang memang suasana klasik masih di kekalkan di hotel ini. 





Malam tu kami makan di restoran yg di sediakan dengan makanan yg halal. Makan mlm tu memang menarik dan sungguh sedap. Malam ni kami makan itik yg di goreng rangup di luar dan masih sedap di dalam. Specialnya lagi makan mlm kali ini kami dapat makan sejenis manisan yg unik dan sedap rasa dah mcm ubi yg di gumpal dan di goreng rangup di sadur dengan manisan yg sungguh sedap.












Dah kenyang makan malam kami akan menuju ker sebuah persembahan teater atas air yg cukup popular di sini. Impression Sanjie Liu yg di persembahkan di sebuah teater atas air dengan berlatar belakangkan gunung ganang yg cukup popular di Yangshuo. Teater ini di arahkan oleh pengarah popular yg telah mengarah persembahan pembukaan sukan Olimpik Beijing China 2008 iaitu Zang Yimou.





Sedikit tentang sejarah pementasan teater ini, Sanjie Liu adalah seorang penyanyi dongeng dalam mitos dan legenda dari Zhuang etnik minoriti. Beliau adalah jauh indah, dan mempunyai suara untuk dipadankan dengan kecantikannya. Dalam Impression Sanjie Liu, apa yang anda lihat adalah kisah berasal dari kehidupan harian penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Li. Jadi dalam element persembahan ini menggabungkan3 warna utama iaitu merah, biru dan putih. 






Bila tonton memang rasa kagum dengan persembahan yg di lakukan di atas Sungai Li dan menggunakan tenaga pelakon seramai 600 org dalam satu persembahan selama lebih kurang 1 jam. Kalau korang peminat teater ini memang sesuai untuk anda tonton dan memang bagus nak tahu sejarah Guilin. Persembahan ni di lakukan pada setiap malam kalau nak masuk tiket boleh tahan juga harga CNY 198. Jadi bila habis persembahan kami blik hotel untuk tido dan rest sebab esok nak pergi gua cahaya sgt menarik, nak tahu kena tunggu next entry ok. Selamat bercuti....









0 Pandangan: