AirAsia,

Tasik Ronghu Keindahan Di Tengah Bandar Guilin China

Sabtu, Disember 13, 2014 Mahamahu 0 Comments

Tasik Ronghu Keindahan Di Tengah Bandar Guilin China - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak sambung balik cerita perjalanan Mahamahu di Guilin yg di bawakan oleh AirAsia. Kalau anda nak tahu sebenarnya AirAsia menyediakan penerbagan 4 kali seminggu terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Liangjiang Guilin.


AirAsia adalah satu2nya penerbangan terus dari Malaysia ke Guilin. Jadi ia sangat membantu dan sangat memberikan kemudahan kepada kita rakyat Malaysia dan juga penduduk Guilin untuk ulang-alik. Waktu Mahamahu naik hari tu pun ramai juga rakyat Malaysia pergi sana. Tapi korang nak tgk apa yg Mahamahu buat dalam penerbangan tu boleh baca entry lepas kat sini [klik sini]. 



Ok tu yg lepas, so entry ni Mahamahu sambung lagi cerita kami punya perjalanan seterusnya. Setelah penat dan kenyang makan tghari pasti kami nak rest sekejap jadi kami check in di hotel yg di sediakan iaitu Hotel Universal Guilin yg terletak betul2 di tengah2 bandar Guilin dan juga Sungai Li. Kat situ juga adalah berdekatan dengan kawasan membeli belah Zhengyang dan Zhongsan. Jadi hotel ini memang cukup sesuai untuk anda berehat dan mengenali bandar Guilin lebih dekat.


Bila dah tahu bilik kami pun restlah petang tu kejap sebelum meneruskan perjalanan di sebuah tasik besar di tengah2 Guilin ini. Bila rehat2 kat dalam hotel yg selesa ini memang tak nak keluar tapi nak buat mcm mana jadual semua dah di sediakan kena ikut hehehe. Lepas rehat kami berkumpul untuk teruskan perjalanan di Tasik Ronghu iaitu tasik yg terdapat sejarah yg cukup terkenal bagi org China.




Kami sampai di tasik tu memang terpegun kerana apa, tasiknya cukup bersih dan cukup cantik. Penuh terjaga bukan sahaja air tasik malah landskap juga cukup kemas. Pokok2 yg besar dan juga reka bentuk dalam tasik tu mengujakan. Sebenarnya nama tasik ini di perolehi daripada nama sebatang pokok yg berusia 1000 tahun yg masih teguh dan membesar di tasik ini. Kat bawah ni lah pokok tu tgk siap kena tongkat lagi takut rosak.



Pokok ini di panggil Ronghu dan juga di kelilingi bangunan baru tapi masih kuat dan teguh. Kat tasik ini juga terdapatnya jambatan seperti di Amerika kalau korang tgk jambatan tu warna merah sama sangat, dan juga terdapatnya pintu gerbang seperti Arc de Triomphe de I'Etoile di Paris. Memang org China suka membina bangunan luar negara untuk di bawa ke negara mereka, lebih kurang sama je rupa cuma saiz kecik sikit je hehehe.



Kat tengah2 tasik ini juga ada pulau yg di hubungkan dengan jambatan yg cantik. Ada juga jambatan di panggil Bubble Bridge cukup cantik dan boleh di jadikan lokasi untuk wedding photo shoot. Luas sangat kawasan tasik ini kalau jalan memang penat satu petang tak habis, tapi org China ini memang dah kegemaran mereka untuk berjalan atau pun berbasikal. Untungnya org Guilin ini perbandaran mereka menyediakan basikal percuma untuk mereka berekriasi, bestkan.




Selain tu juga kat tengah2 tasik tu korang boleh tgk terdapat satu jambatan yg di bia dengan kaca. Keseluruhan jambatan di buat dari kaca kalau waktu mlm jambatan itu memang cukup bercahaya. Di waktu malam juga atas jambatan tu mereka akan buat persembahan kebudayaan untuk pelancong2 kat sana. Memang hebat dan menarik lah jalan kat tasik rasa penat dan tak puas. 



Lepas kami jalan di tasik kami terus pergi makan malam bersama dengan Biro Pelancongan Guilin yg di sediakan di Guilin Bravo Hotel. Kami malam tu di hidangakan dengan pelbagai makanan enak2 dan cukup menyelerakan. Makanan kat hotel biasalah bertaraf sikit ada class di hidangkan kepada kami. Nak tahu apa yg kami makan nantikan entry seterunya dari Mahamahu khas makan malam bersama dengan Biro Pelancongan Guilin. Selamat melancong kawan2...









0 Pandangan: