Espetada,

Nando's Pavillion Klasik Tapi Menarik Hidangan Espetada

Khamis, Ogos 27, 2015 Mahamahu 0 Comments

Nando's Pavillion Klasik Tapi Menarik Hidangan Espetada - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau Maha jalan2 beli belah atau windows shopping mesti akan singgah kat Nando's cawangan Pavillion. Walaupun cawangan sini nampak seperti klasik tapi masih kekal makanan yang sama rasa dan citarasanya.




Kalau nak cari restoran Nando's cawangan Pavillion ni betul2 berapa kat kawasan bawah sekali sebaris dengan Food Court Pavillion dan bahagian hujung sekali. Selalu juga kat Pavillion ni buat fashion show atau apa2 event kat main stage Maha mesti singgah makan kat Nando's bawah tu senang dan mudah nak pergi.



Kat Nando's banyak menu menarik tapi paling best kalau dapat cuba Espetada. Espetada ini adalah hidangan dibuat dari daging ayam yang disapu dengan rempah ratus yang telah tersedia dan dimasak di atas bara api atau serpihan kayu. Hidangan ini dihidangkan seperti satay tapi di selangi dengan daging dan sayur dan tergantung dari cangkuk di atas ke bawah bila di hidangakan kepada anda.



Sedap kalau di makan panas2 kerana ia memberikan rasa rempah dan juga daging ayam yang di panggang bersama dengan sayur-sayuran. Boleh di pilih dengan pelbagai rasa iaitu Extra Hot, Hot, Mild dan Lemon & Herb. Kalau korang pilih set ini ia ada datang dengan 2 side dish atau satu side dish mana2 yang korang mampu untuk makan. Satu set tu boleh lah untuk makan sorang memang kenyang sangat.


Jadi lepas ni kalau datang kat Nando's korang tahulah mana nak pilih dan menu mana menarik. Nando's ada banyak cawangan seluruh Malaysia jadi tak ada sebab korang tak dpat pergi untuk makan sedap2. Korang boleh baca beberapa cawangan yang Maha telah pergi untuk nikmati Nando's terbaik lah. 









0 Pandangan: