Shopping Dan Buka Puasa Di Nando's Bangsar Village

Shopping Dan Buka Puasa Di Nando's Bangsar Village - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Time to shopping raya hehehe sempatlah jalan2 kat Bangsar Village hujung minggu lepas. Saja cari2 kuih raya sikit dan juga keperluan baju raya. Tak adalah shopping besar2an tapi just lite2 je nak rasa mood raya. Alang2 dah shopping kat situ terus plan nak buka puasa.





Kat Bangsar Village tu ada banyak juga pilihan bukan puasa, tapi hati ni tetap minat untuk buka puasa dekat Restoran Nando's lah. Sebab Maha pernah try hidangan buka puasa kat situ kerana dia ada pakej Ramadhan Platter. Kalau korang nak tahu khas untuk bulan Ramadhan sahaja promosi ini dah lak tu pakej boleh makan untuk dua orang. Sesuai sangat kalau datang dengan couple atau suami isteri hehehe.



Untuk Ramadhan Platter ini memang banyak juga hidangan. Maha dah booking awal untuk makan kat situ sebab dah tahu nak pergi shopping kat sanakan. Ni semua nak elak daripada tempat penuh sempena dengan bulan Ramadhan ni lain macam jer bila time buka puasa ni hehehe. Maha pun teruslah order untuk set Ramadhan Platter tu dan dalam set tu ada menu2 seperti ni.

2 x 1/4 Chicken with 2 sides
1 x Large PERI Chips
2 x Bottomless 
2 x Orange Bolo Cake

Sebab Maha datang ramai 4 orang jadi order set 2 senang mudah dan tak perlu nak fikir2 lagi. Kalau ayam tu Maha pilih pedas, sederhana pedas dan juga tidak pedas. Air pula boleh pilih antara Coca-cola, Ice Lemon Tea, Sprite dan Fanta Strawberry.  Kalau untuk 2 sides menu lak korang boleh pilih di antara Garlic Bread, Corn, Maditerranean Rice, Green Salad, Sweet potato, Coleslow dan banyak lagi.





So mudah bukan memang special buka puasa kat Nando's ni relax dan tak perlu fikir apa2 sangat. Paling syok makan boleh selfie dengan Ramadhan Platter ini dan sertai contest #IftarAtNandos. Setiap minggu ada pemenang yang akan di pilih untuk dapat voucher makan lah tu hehehe. So apa lagi kalau korang tak ada cadangan tempat buka puasa Restoran Nando's seluruh Malaysia boleh jadi pilihan. Selamat berbuka semua..







0 comment... add one now