Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur, Thai Street Mart
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Last sekali Maha pergi bercuti ke negara gajah putih ini pada bulan Februari lepas bersama kawan-kawan pepon. Masa tu kami pergi kat kepulauan paling popular iaitu Phuket. Memang meriah dan penuh dengan pelancong dari pelbagai negara dan disesakkan lagi dengan cuaca yang sangat panas. Sangat mencabar datang bercuti di sana pada masa tu.