Restoran Nando's Kini Telah Dibuka Di Sunway Putra Mall

Restoran Nando's Kini Telah Dibuka Di Sunway Putra Mall - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat peminat makanan ayam peri-peri yang popular dari negara Africa kini boleh nikmatinya dengan lebih kerap. Ini kerana restoran terbaru telah di buka di Sunway Putra Mall. Kat mana lak Sunway Putra Mall ni? Dulu di kenali sebagai The Mall depan PWTC.


Kini telah di ambil alih oleh Sunway Group dan kini di kenali sebagai Sunway Putra Mall. Kalau korang pergi kat sini memang totally sudah berubah dan lain sangat daripada dulu. Kini lebih modern dan lebih cantik decoration dalamannya lebih selesa. Kalau korang yang nak datang boleh naik LRT turun station PWTC atau naik bas. 





Dalam Sunway Putra Mall ini lah adanya Restoran Nando's yang baru sahaja di buka. Korang yang memang suka makan Nando's boleh datang cawangan baru ini. Decoration dalaman yang lebih menarik dan lebih segar dalam ini pasti korang suka. Maha yang pertama kali masuk mall tu dan makan kat Nando's pun rasa teruja.



Tapi hidangan dalam ni semua sama tak ada berubah semua hidangan ada seperti mana cawangan lain. Set2 ayam yang menarik dengan harga berpatutan memang best makan kat Nando's ini. Kalau korang datang beli-belah di sini boleh singgah makan kat Restoran Nando's di aras LG. Kalau ada event atau acara kat PWTC tu korang boleh juga datang singgah makan di restoran ini. Senang mudah dan dekat sangat.

Espetada

Butterfly Burger



Kalau datang Restoran Nando's ini Maha mesti akan pilih menu Espetada. Yang ini unik sikit sebab daging ayam yang di panggang dan di gantung. Special kot tinggi makanan ni hehehe, pulak tu datang dengan side dish yang pelbagai. Selain tu juga Maha akan pilih set Butterfly Burger besar menarik sangat. Apa pun korang ada pilihan sendirikan bila datang restoran ini jadi jangan lupa untuk cuba makana di cawangan baru Restoran Nando's Sunway Putra Mall.

0 comment... add one now