Alam Semulajadi,

Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah

Isnin, Februari 13, 2023 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Orang sibuk time nak bercuti adalah hujung tahunkan tapi Maha sibuk nak bercuti awal tahun. Yer lah mana tidaknya hujung tahun ni negara kita tengah menghadapi cuaca yang tidak menentu. Ada tempat banjir teruk, ada yang tempat tanah runtuh sehingga kehilangan nyawa. Kemudian tempat yang dilanda ribut dan macam-macam lagi.



Jadi Maha dan kawan-kawan pun rancang percutian penghujung bulan Januari baru-baru ini. Tempat kami pilih ini adalah tempat yang pernah dirasai sendiri oleh Cik Lily and friend. Jadi tengok pada keadaan dan suasana hutan yang masih terjaga dan juga masih terpelihara serta mencabar jadi kami pun terus nak juga rasai duduk semalam kat sini. Tak lama pun hanya nak ambil pengalaman tapi sangat seronok dan menarik gilerrrr menyesal lak tak ambil 2 malam kat situ.



Tempat yang kami pergi kali ini adalah Sekeping Serendah yang terletak di kawasan Rawang Selangor sahaja tak jauh pun. Tapi ia adalah kawasan hutan alam semulajadi yang masih terpelihara dan kawasan sekitarnya didiami oleh keluarga orang asli. Jadi semua makin terujalah nak juga cuba bermalam kat sini dengan rumahnya yang style terbuka.

Tempahan Dibuat Secara Dalam Talian Sahaja


Masa kami nak pergi tu kami servay terus kat laman sesawang https://www.sekeping.com/serendah dan tengok gambar yang ada kat situ juga kami explore kat laman sosial mereka seperti Facebook dan juga Instagram Sekeping Serendah link nanti Maha kongsi kat bawah sekali. Bila dah tengok kat laman sesawang tu ada banyak jenis rumah yang boleh pilih. Ini kerana kami datang dalam kuantiti yang ramai 9 orang mula plannya jadi kami sangat sesuai dengan Warehouse1 yang mana ia tulis situ boleh memuatkan 10 orang dan paling maximum boleh pergi sampai 14 orang.



Ada satu lagi yang Warehouse2 tapi yang tu dah ada orang booking jadi tak sempat. Dua-dua ni dekat jer sebelah sahaja tapi diasingkanlah dengan kongsi satu kolam renang. Itu juga menjadi faktor kenapa kami pilih rumah ini. Ia ada parking yang berasingan dengan orang lain juga. Jadi semua tempahan dibuat melalui dalam talian sahaja kat laman sesawang. 



Setelah kami pilih tarikh yang kosong dan tiada orang booking jadi semua perbualan dan juga pembayaran dibuat atas talian sahaja. Paling penting email kena valid kerana meraka akan hantar semua booking dan juga pengesahan korang melalui emel. Semua rumah kat sini kena buat bayaran pendahuluan yang ditetapkan oleh pemilik. Macam kami hari tu kena bayar separuh harga untuk booking kerana waktu tu sangat pick time cuti hujung bulan.



Setelah buat pembayaran separuh tu dapat email pengesahan daripada pemilik dan juga seperuh lagi kami buat bayaran secara cash semasa dah nak check in nanti. Cuma kalau dah buat bayaran booking tu kena ingat ada syarat kalau nak cancel akan dikenakan charge 20%-50% ikut pertimbangan pemilik. Jikalau pembatalan kurang dari 7 hari tiada pemulangan diberikan kepada duit tempahan tersebut.



Dalam email pengesahan bayaran pendahuluan akan diberi tahu detail apa yang boleh buat dan juga apa yang tak boleh buat. Juga kemudahan apa yang ada kat dalam rumah yang kami pilih tu pun dinyatakan sekali secara detail kena baca kerana ia penting sebab kita berada dalam kawasan hutan. Semua orang teruja lah nak pergi dan memang excited gilerrrr heheheheh. Kami buat tempahan sebulan awal dari tarikh kerana situ ada jadual yang mana tarikh dah ada booking dan kosong senang korang rujuk.

Barang Yang Disediakan Dan Juga Yang Kami Bawa Sendiri


Ikut pada list kat situ dalam satu rumah Warehouse1 yang kami pilih tu dah ada kemudahan seperti dua bilik dengan 3 katil queen dan juga 4 katil single. Setiap katil ada kelambu sendiri kerana kawasan rumah tu terbuka tiada dinding hanya ditutup sikit-sikit sahaja dengan kayu dan jaring. Bilik air ada 3 dengan ruang mandi dan ruang membuang sekalilah. Bilik air besar luas dan ada yang open kat atas hehehehe. Ada juga dapur untuk memasak kerana kat situ tidak disediakan makan semua kena bawa sendiri makanan. 



Dapur ni best kerana kami suka masak sendiri dan ia lengkap ada periuk, kuali, pinggan, cawan, peti sejuk, dapur gas, cerek elektrik, juga singki untuk membasuh. Hari tu kami bawa bahan mentah sahaja tapi periuk nasi dan periuk multicooker kami bawa sebab nak masak steamboat hehehe. Kalau bahan elektrik lain nak bawa boleh sahaja. Penting plug extension kena bawa banyak kerana kat situ power plug sangat terhad. 



Bahan BBQ malam mereka ada sediakan tempat membakar termasuk jaring dan juga arang 2 kotak. Kalau korang nak bawa sendiri lebih banyak terpulang. Bahan untuk BBQ semua kami sediakan sendiri perap siap-siap kat rumah. Kat situ ada meja makan yang boleh muat 10 orang sangat bagus. Juga ada meja untuk ruang lepak yang disediakan. Cuma nak ingat barang untuk mandian bawa sendiri dan juga penjagaan diri bawa sendiri termasuk tuala mandi kerana mereka tidak sediakan tuala mandi disitu. Bestnya mandian ada air sejuk dan panas tau. 

Suasana Malam Sangat Sunyi


Kami dah dimaklumkan awal bahawa kami masuk kawasan hutan jadi memang sunyi sangat nak bawa radio atau tv boleh tapi tak boleh pasang kuat-kuat sehingga mengganggu jiran lain. Juga tidak boleh buat bising dengan ketawa atau cakap kuat-kuat. Kalau ada aduan dari jiran-jiran faham-faham sahajalah. 



Check in petang pukul 2 kami sampai tepat waktu dan sampai tu kami terus tour kawasan ini sebab teruja tengok tempat dalam hutan yang betul-betul dalam hutan. Jalan petang tu keliling kawasan ikut track yang disediakan memang best ada berbukit dan juga ada yang kat kawasan paya. Cuma tak boleh nak masuk dalam rumah orang lain lalu kat tepi boleh lah. Di situ ada dua kolam renang yang utama kat bawah untuk orang kawasan berdekatan. Kami yang duduk kat Warehouse atas bukit sikit ada kolam renang asing. Boleh mandi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam sahaja.



Sekitar kawasan hutan ni memang sangat sesuai untuk OOTD dan bagi mereka yang instagrammable memang suka lah kerana banyak tempat boleh ambil gambar. Nak healing kat dalam kolam renang dan juga nak santai duduk kat bawah pokok pun boleh ikut kreativiti masing-masing. 



Bagi kami yang mula plan 9 orang akhirnya tinggal 7 orang nak tukar rumah lain semua dah penuh jadi terpaksa juga ambil rumah yang besar tu. Memang besar sungguh tidur satu bilik sahaja semua muat hehehe. Kawasan luas tu memang best dan rasa duduk dalam dunia tiada gangguan. Bunyi kenderaan pun tiada serta kawasan tu tiada signal telefon. Mereka ada sediakan WiFi percuma tapi kadang-kadang bagus kadang-kadang tak dapat langsung. Jadi memang duduk dalam hutan layan bunyi unggas sahajalah. 



Apa pun kalau korang nak rasa jauh dari segala kesibukan sini boleh dijadikan tempat yang menarik untuk beriadah. Tapi tak sesuai datang sendiri melainkan korang betul-betul kuat hehehe. Nak cari tempat ni tak susah Waze sahaja Sekeping Serendah dala lebih kurang 40 ke 50 minit dari KL. Waze memang terus bawa kat kawasan melalui kampung orang asli. Moga sedikit sebanyak dapat bantuk kalau korang nak cari alam semulajadi untuk berehat. Selamat berehat dan selamat bercuti. Ok kalau nak komen pengalaman korang boleh tinggal kat ruang komen bawah ni ok.

Info lanjut boleh ke laman sosial Sekeping Serendah :







4 ulasan:

  1. yang baju merah tu kenapa. hahah terpaling memeriahkan suasana. kalau dia takde, mesti gambar tak menarik hahha. best juga serendah ni. selalu je search. tp harganya. takpe la. xjadi nak tengok . kena pergi ramai2 untuk jimat kn. suasana best. malam seram sikit la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat kat sini menarik kalau ramai2 baru meriah hehehehe cuba lah

      Padam
  2. Rawlins suka sangat percutian ini. Simple and memang healing. Cam nak pergi lagi plak kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi lagi ramai lagi bestkan rindunya masa ni...

      Padam