Agro Pelancongan,

Anggur Temin Destinasi Agro Pelancongan Terbaru Di Jerantut Pahang

Isnin, Februari 26, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasini sekalian. Selalu kita akan makan buat anggur import dari luar negara. Tapi kita tidak percaya bahawa buah ini mampu untuk berbuah pada cuaca dan suasana di negara kita Malaysia. Semua itu tidak mustahil lagi sekarang ini dengan segala teknologi dan juga konsep tanaman yang betul sebenarnya anggur mampu tumbuh subur dan berbuah sama seperti negara luar.



Macam mana tu? Maha sendiri juga tidak percaya tapi setelah tengok sendiri depan mata dan masuk sendiri ladang anggur yang ditanam di Pusat Pertanian Temin Jerantut Pahang baru terbuka mata ini. Segala tidak mustahil dan mampu menjana pendapatan baharu kepada orang Malaysia. Mungkin 5 tahun lagi kita akan beralih kepada pertanian yang lebih memberi keuntungan besar ini.




Kalau korang masih tidak yakin lagi dengan apa yang Maha cerita ini korang boleh datang sendiri ke ladang yang ada Pusat Pertanian Temin Jerantut dan tengok depan mata. Ladang ini telah diusahakan oleh En Syed Norhaimi Al Yahya sejak lima tahun lalu dan kini telah mula mengeluarkan hasil buah yang sedap dan manis.

En Syed Norhaimi Al Yahya


Kalau korang datang situ En Syed sendiri akan menjadi tour guide kepada korang untuk menerangkan bagaimana pengusahaan tanama anggur boleh di buat di Malaysia. Bayaran masuk dikenakan RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak sangat bermakna. Korang dapat ketahui daripada penyediaan tanah dan juga anak pokok, serta kepada penanaman dan penjagaan semua di terangkan. Tapi nak lebih detail kena masuk kelas latihan yang beliau sediakan.




Menurut En Syed kat ladang yang diusahakan ini ada pelbagai jenis varian buah anggur yang telah ditanamnya. Ianya seperti Heliodor, Jubilee, Velez, Dixon, Rumba, Baikonur, Jupiter, Lorano, Beauty Krasotka dan Krasava. Juga anak pokok ada juga dijual di sini untuk mereka yang nak berjinak-jinak tanam secara kecil-kecilan di rumah pun boleh. Pokok Anggur di sini boleh menghasilkan buat untuk dua tahun sekali.




Selain daripada hasil buah anggur yang segar beliau juga mengusahakan kafe yang juga turut menjual makanan yang dihasilkan daripada buah anggur. Kalau korang nak cuba Nasik Lemak Anggur dan juga Laksa Anggur boleh datang kafe sini memang menarik rasa sedap sangat. Makan sini kena bayar lain lah tapi berbaloi. 



Nanti Maha nak cuba tanam kat rumah juga buah anggur ni nak tengok hasilnya. Masa pergi hari tu geram tengok buah yang naggur yang berjuntai-juntai tapi tidak boleh petik. Hanya boleh tengok dan bergambar sahaja. Korang nak datang lah best rasa termotivasi sangat untuk menanam buah anggur ini.









0 Pandangan: