Avenue K,

Apa Ada Di Avenue K Untuk Korang Makan?

Khamis, Ogos 13, 2015 Mahamahu 0 Comments

Apa Ada Di Avenue K Untuk Korang Makan? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang makan kat satu lagi cawangan menarik untuk Restoran Nando's. Di kawasan begitu padat dengan manusia dan juga kenderaan mana lagi kalau bukan Avenue K. Nando's ini telah lama di buka dan mempunyai daya tarikan tersendiri.




Bila korang penat berjalan2 dan membeli belah kat KLCC atau Avenue K sendiri korang boleh nikmati hidangan ayam yang menarik di sini. Dekorasi dalam restoran ini bagi Maha unik kerana korang boleh makan kat pelbagai meja yang lain2 bentuk juga di bahagian ruang siling atas ada susunan kayu yang di potong memang best.




Lepas tu kalau korang perasan bila datang mana2 cawangan Nando's korang cuba tengok bahagian cuci tangan atau shinki memang lain macam2 rupa. Ada yang keluar dari kayu, ada yang ada tempayan tapi menariklah walaupun hanya tempat cuci tangan. Maha baru perasan tu tau. 




Kalau sentuh bab makanan memang tak boleh di bandingkanlah. Semua cawangan memang menghidangakan yang terbaik. Kalau ada promosi pun mengikut bulan macam bulan puasa yang lepas promosi Ramadhan Plate mereka. Tapi kat sini Maha baru tahu ada satu hidangan yang unik iaitu hati ayam yang di masak kicap kot. Tapi sedap dan menarik nama menu ni Chicken Leaver sedap makan bersama roti bulat tu.

Chicken Leaver


Kemudian hidangan lain macam biasa kami order ada ayam separuh dengan perasa pedas. Lepas tu ada pula Chicken Wings yang korang boleh pilih dari 3, 5 dan 8 ketul chicken wing. Ikut kemampuan korang nak makan banyak ker atau cukup2 kenyang jer hehehe. Lagi menu menarik kat sini Wraps, Pita dan Burger.


Kalau korang order air minta Bottomless kerana air ni boleh refill tau so boleh minum puas2 hehehe. Tapi terpulang lah nak makan apa kerana kat Nando's ni Maha memang suka semua hidangan terbaik. Apa pun cawangan dekat Avenue K ni menarik dan tertarik. So nanti datang2lah singgah sini ok. Selamat menjamu selera.





0 Pandangan: