Dapur,

Resipi Pajeon a.k.a Pancake Daun Bawang Korea Yang Viral Dari K-Drama

Jumaat, Oktober 10, 2025 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang sikasi sekalian. Korang pecinta makanan Korea? Mesti ramai yang dah tonton K-Drama cerita Bon Appétit, Your Majesty tambah-tambah bahagian bila Yoona Girls’ Generation masak pancake Korea. Terus menu tu jadi viral kat Malaysia ramai yang cuba.



Termasuklah Maha juga nak cuba. Hehehehe nak rasa macam mana masakan Korea ni. Selalu makan kat kedai jer kan. Kali ni cuba masaka sendiri resipi yang diberi nama Pajeon a.k.a Pancake Daun Bawang Korea. Ni cara Maha tapi tak jauh beza pun mungkin lagi sedap wakakakaka (perasankan). Kalau korang nak cuba buat kat rumah boleh jom kita masak.

Bahan-bahan (Untuk Pancake)

1 genggam Daun Bawang
1/2 cawan Tepung Beras 
1 biji Cili Merah
1 sk Garam
1 cawan Air Sejuk
1 biji Telur
2 sudu besar Minyak Masak

Bahan-bahan (Untuk Sos Pencicah)

1-2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu besar Cuka
½ sudu teh Serbuk Cili 
½ sudu teh Bijan Putih
1 sudu teh Minyak Bijan
1 ulas Bawang Putih (tumbuk halus)

Cara-cara nak masak

1) Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk perasa.
2) Masukkan sikit demi sedikit air sejuk, kacau hingga adunan menjadi tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3) Panaskan kira-kira 1 sudu besar minyak masak dalam kuali leper non-stick ber di atas api sederhana.
4) Gaulkan daun bawang dalam adunan tepung tadi dan susun atas kuali. 
5) Gaulkan pula isi udang dalam tepung dan susun atas daun bawang dalam kuali tadi.
6) Cedok lebihan tepung dan tuang atas kuali tadi.
7) Taburkan cili merah dan juga tuang telur yang telah dipukul atasnya.
8) Masak lebih kurang 6 minit sehingga bahagian bawah perang keemasan
9) Balikkan pancake perlahan-lahan, masak lagi 6 minit hingga garing sekata. Siap untuk dihidang dengan sos.

Cara buat sos pencicah:
1) Dalam mangkuk kecil, campurkan kicap cair, cuka, diji bijan, daun bawang dan bawang putih.
2) Kacau rata dan hidangkan bersama pancake.

Tak banyak bahan cuma step tu agak banyak. Tapi rasa sedap wei. Sihat jer makan patutlah orang Korea cantik-cantik makan macam ni jer. Kalau kita lebih kurang buat cucur sayur tapi kecil-kecilkan. Moga korang dapat mencuba ok. Selamat mencuba nanti tinggal di ruang komen hasilnya.








0 Pandangan: