Ayam Penyet,

6 Tempat Makan Mesti Singgah Di Cyberjaya

Rabu, Disember 31, 2014 Mahamahu 0 Comments

6 Tempat Makan Mesti Singgah Di Cyberjaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu akan teruskan lagi untuk mencari tempat2 makan yg menarik dan sedap untuk di kongsikan di sini. Jadi kali ini Mahamahu senaraikan 5 tempat makan wajib singgah buat warga Cyberjaya untuk mencari makan.



TRULIA CAFE

Restoran berkonsepkan moden tapi masih menyediakan hidangan tempatan yg sedap dan unik. Ini kerena menurut kata pemilik restoran ini mereka menyediakan hidangan ala barat yg di masak mengikut selera tempatan. Bagi Mahamahu kalau org Cyberjaya nak cari kelainan boleh dtg sini makan. Tempat ini baru sahaja di buka oleh pasangan suami isteri dan menyediakan makanan Nasi Minyak yg kita hanya dapat di waktu kenduri kahwin sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut tentan menu dan hidangan boleh baca dalam review yg telah Mahamahu buat di bawah ini ok.

Rank makanan : 4/5
Rank harga: 4/5
Rank  restoran: 4/5



AYAM PENYET TERMINAL CYBERJAYA 

Ini adalah satu lagi gerai di kawasan food court Terminal Bas Cyberjaya. Ia cukup popular sebelum kebanjiran restoran2 lain di sekitar Cyberjaya ini. Bagi yg tengah berjimat cermat atau tgh2 bulan tak berapa nak ada duit boleh dtg sini dan nikmati makanan kat sini. Ayam Penyet ini antara yg popular dan menjadi siulan org2 di Cyberjaya. Apa pun makanan Ayam Penyet ni boleh di pilih sendiri dengan rasa ayam yg rangup dan sedap. Baca review Mahamahu di link yg di sediakan di bawah ni ok.

Rank makanan : 3/5
Rank harga: 5/5
Rank  restoran: 3/5



RASA UTARA 

Rasa Utara cawangan Cyberjaya ini adalah antara restoran frenchise yg menyediakan hidangan tempatan. Masakan sedap tapi harga agak boleh tahan mahal pun tak berapa mahal murah tak berapa murah tapi kalau nak cuba sekali sekala boleh lah. Hari2 nak makan sini kopak juga cuma warga Cyberjaya masih mampulah. Apa pun hidangan sini sedap dan menarik boleh tgk sendiri apa yg Mahamahu telah makan di restoran ini dalam review di bawah ok.

Rank makanan : 3/5
Rank harga: 3/5
Rank  restoran: 4/5



UNCLE K

Uncle K adalah berkonsepkan Kopitiam yg menyediakan semua jenis makanan daripada tempatan sehinggalah makanan barat. Tapi kalau Mahamahu tgk ia lebih kepada konsep Mamak kerana ada yg buffet dan ada ala-cart. Tapi makan kat sini boleh tahan kalau anda nak cuba lain dan cepat kat sini lah tempatnya. Uncle K ini ada banyak juga cawangan di seluruh KL kalau nak boleh baca apa yg menarik di link yg Mahamahu sediakan ok.
 
Rank makanan : 4/5
Rank harga: 3/5
Rank  restoran: 3/5



RESTORAN SABA

Ini adalah restoran makanan arab yg pertama di Cyberjaya dan ia memang menjadi antara tempat makanan Timur Tengah piliha warga Cyberjaya. Tapi kini dah ada banyak restoran makanan Arab di Cyberjaya. Cuma kat sini kalau anda dtg makan memang kenyang kerana makanan yg di sediakan banyak dan masih rasa rempah ratus. Cuma popular kat sini mesti lah Nasi Mandi Ayam atau Kambing. Nak tahu detail kena baca kat review link yg Mahamahu telah sediakan di bawah ni ok.

Link : http://www.mahamahu.com/2013/09/makan-ala-timur-tengah-di-restauran-saba.html
Rank makanan : 4/5
Rank harga: 3/5
Rank  restoran: 3/5



DOWNTOWN KLIA SEAFOOD RESTAURANT

Kita kuar sikit jer dari Cyberjaya tapi masih dekat sana juga lah cuma Mahamahu nak bagi tahu kat area KLIA tu masih ada juga restoran yg menarik untuk anda cuba. Restoran ini menyediakan hidangan Chines Muslim yg mana semua makanan adalah berkonsepkan makanan Chines. Memang sedap dan membuka selera untuk anda makan tak kira tghari atau pun malam. Tapi nak senang buat reservation takut penuh. Makana dan harga berpatutan dan memang sesuai untuk warga Putrajaya/Cyberjaya dan Sepang nak cuba. Baca review Mahamahu kat bawah ini ok.

Rank makanan : 4/5
Rank harga: 4/5
Rank  restoran: 3/5

Kalau anda ada cadangan tempat makan menarik tak kira kat mana2 sahaja anda boleh hubungi Mahamahu di laman Facebook atau di email Mahamahu. Nanti Mahamahu akan dtg buat review dan akan masukan dalam list sepertimana yg Mahamahu telah buat ini. Jadi lepas ni senang nak ccari tempat makan sedap sekitar kawasan anda. Ok selamat menjamu selera...










0 Pandangan: