Cafe,

Hidangan Nasi Minyak Terbaik Di Trulia Cafe Cyberjaya

Selasa, Disember 02, 2014 Mahamahu 0 Comments

CAFE SUDAH DI TUTUP


Hidangan Nasi Minyak Terbaik Di Trulia Cafe Cyberjaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu kalau kita nak makan nasi minyak mesti kena tunggu hujung tahun atau cuti sekolah. Ye lah mana tak nya mesti kena tunggu time musim perkahwinan baru byk org buat nasi minyak. Tapi kali ni anda boleh makan hari2 nasi minyak yg lain daripada lain. Mahamahu sendiri dah pergi cuba memang unik hanya boleh dapat di Trulia Cafe.

 

Kat mana lak Trulis Cafe ini? Untung untuk warga Cyberjaya kerana Trulia Cafe ini terletak di kawasan baru CBD Perdana 2 Cyberjaya. Kalau korang lalu Jalan Persiaran Flora tu korang akan nampak dah bumbung merah yg terang jelas terpapang tulisan Trulia Cafe. Mana dtg nama Trulia ini menurut kata pemilik cafe ini iaitu pasangan suami isteri ia adalah nama Apulian iaitu pondok batu tradisional kering dengan bumbung berbentuk kon. Gaya mereka pembinaan khusus kepada Lembah Itria, di kawasan Murge di rantau Itali di Apulia.

 



Tu lah dia asal nama cafe ini memang pemilik ini suka travel seluruh negara dan nikmati makanan yg enak2 lepas tu bawa balik ke Malaysia untuk rakyat Malaysia nikmati sendiri. Kebanyakan masakan di sini di sediakan dan di hasilkan oleh pemilik sepertimana yg mereka sediakan hari2 di rumah. Jadi sebab tu Mahamahu kata nasi minyak ni memang antara yg unik dan special.

Nasi Minyak Set

Selain daripada nasi minyak ada juga makanan tradisional lain yg boleh anda nikmati seperti Nasi Ikan Bujang Kaya ni. Kenapa nama dia nasi ikan bujang sebab special untuk org bujang nikmati makanan pada harga yg berpatutan dan rasa sedap. Kalau agak2 tgh2 bulan tu tak berapa ada bajet korang boleh dtg sini makan hidangan Nasi Telur Dadar Bujang memang kenyang pada harga yg murah.

Nasi Ikan Bujang Kaya

Bagi yg nak makan hidangan barat di sini juga menyediakan hidangan barat yg menggunakan sos lain daripada lain. Di sini kalau korang pilih hidangan seperti Herbs Lamb Chop atau Grilled Chicken Chop korang akan dpat bersama sos lada hitam yg di garap dengan beberapa herbs menjadikan ia sos unik dan sedap. Di makan bersama dengan daging dan ayam yg di panggang enak memang korang akan kata ia satu hidangan lain.

Herbs Lamb Chop

Grilled Chicken Chop

Kalau yg suka pada makanan seperti paratha atau spaghetti kat sini pun ada juga. Paratha Rolls yg di sediakan di dalamnya bersama dengan cheese dan juga telur dan boleh di cicah bersama dengan kuah kari dan sambal memang memberangsangkan. Kalau Aromatic Thai Spaghetti pula adalah hidangan special lain dari lain dan tak ada kat tempat lain kerana ia adalah menu yg di hasilkan sendiri oleh pemilik. Nak tahu kesedapannya kena dtg sini Mahamahu rasa ia adalah hidangan yg korang mesti cuba di sini.

Paratha Rolls

Aromatic Thai Spaghetti

Cafe ini juga ada sediakan minuman special untuk bukan sahaja makan tghari tapi untuk minum petang. Nama pun dah cafe mesti ada minuman kopi special seperti Cappuccino, Cafe Latte dan juga Long Black. Banyak lagi kopi kat sini korang nak rasa kena dtg. Kepada yg tidak minum kopi boleh cuba ais blanded seperti Tiramusi dan juga Manggo Shakes. Minuman ini pilihan Mahamahu terbaik sedap dan segar. Kalau nak rasa original Teh Tarik pun boleh juga bersama biskut kering layannnn...






Korang nak cuba boleh dtg sendiri di sini terutama warga Cyberjaya yg mencari kelainan dan juga makanan local yg lain daripada lain. Trulia Cafe ini beroperasi dari pukul 9.00pagi hingga 9.00malam dari hari Isnin hingga Sabtu, Ahad mereka tutup. Kalau nak order untuk buat event atau majlis pun boleh booking cafe ini yg mampu memuatkan sehingga 50 org dalam satu2 masa. Jadi tak perlu pergi jauh kat sini pun dah ada pilihan anda warga Cyberjaya. Selamat menjamu selera.

TRULIA CAFE
Email : truliacuisines@gmail.com
Tel : 019 - 790 6972

CAFE SUDAH DI TUTUP







0 Pandangan: