Bila Ikan Menari Di Rasa Utara Cyberjaya

Salam sejahtera kepada pembaca dan rakan2 blogger sekalian untuk sekian kali kita bertemu lagi di ruangan blog Mah@mahu ini. Rasa tak puas nak buat review pasal makan sebab seronok dpt makan sambil tgk tempat makan yang menarik. Kali ni satu lagi tempat makan yang sempat Mah@mahu pergi bersama rakan setugas. Time lunch kita org kuar pergi makan kat area Cyberjaya. Ia terletak di tingkat 2 SHAFTSBURY Square Cyberjaya, senang nak cari restauran Rasa Utara.


Kalau ikutkan restauran ni ada byk cawangan seluruh lembah klang ni dan juga selangor. Tapi sempat pergi kat Cyberjaya ni kebetulan ada kat sana. Restauran Rasa Utara ini menyediakan menu masakan melayu sepenuhnya terutama dari negeri2 belah utara. Paling special menu kat sana bila org dtg mesti nak cari "Dancing Fish". Hehehe mula2 Mah@mahu dgr nama menu ni pun pelik tapi bila tgk menu ni sebenarnya menarik. Ikan talapia yang di goreng garing dengan kunyi dan garam bersama dengan dua jenis sos menarik iaitu sos pedas dan juga sos hijau. 




Selain tu juga menu kat sini ada menu2 tambahan lain seperti lauk pauk dan kuah. Hari tu Mah@mahu sempat makan kuah Masak Lemak Pucuk Paku, Masak Sambal Terung dan juga masak Sambal Udang dengan Petai. Memang semua menu ni sesuai sgt makan tghari membuka selera. Kena dengan pedas dan juga rasa makanan melayu mengenyangkan perut sgt. 


Inilah Menu Ikan Menari




 

Kalau nak makan menu hidangan lain pun turut ada kat sana seperti Ayam Goreng Berempah, Ayam Kari Kapitan, Ayam Rendang Utara, Gulai Ayam, Sup Ekor Utara dan byk lagi tak terkira. Tgk menu tu tak tahu nak pilih mana yg sedap kalau ikut nafsu nak jer makan semuanya hehehe. Kalau kawn2 nak makan selain nasi ada juga makanan seperti Mee dan juga Meehun. Ada Laksa Kedah, Laksa Penang, Mee Soto, Mee Rebus, Mee Bandung, Mee Kari Udang dan mcm2 lagi lah nak sebut kat sini telan air liur jer heheheh..

 


Bila dah makan pasti nak minumkan, kat sini minuman daripada tradisional kepada minuman softdrink semua ada. Paling best mestilah Cendol Rasa Utara. Terbaik lah kat sini cendolnya sedap and santan byk berlemak sgt. Kalau korang nak makan pencuci mulut tradisional pun byk kat sini ada Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Hijau dan Karipap Ubi. Semua sedap2 belaka tak terkata nak tahhu sedap kena dtang sendiri kat sini ok rasai kehebatan rasa original masakan utara. Singgah di Restauran Rasa Utara Cyberjaya sekrang gak jommm...








0 comment... add one now