Mahamahu,

Makan Ala Timur Tengah di Restauran Saba

Sabtu, September 28, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga penilai blog Mah@mahu ini moga anda terus menjadi pembaca setia blog yg entah apa2 entah ni hehehe.. Nak share lagi tempat makan hebat dan best kat negara kita, tapi kali ni bukan makanan tempatan tetapi makanan ala2 timur tengah negara arab lah. Mah@mahu tak pernah makan kat restauran konsep arab ni jadi ni firt pengalaman dan sgt teruja. So share ngan kawn2 mana tahu boleh bagi idea nak makan tghari ni kan.




Restauran Saba terletak di Cyberjaya kalau nak cari search google maps ada jumpa Restauran Saba. Tempat kat corner lot deretan kedai senang nak jumpa tapi depan kedai tu akan ada komplek membeli-belah yg baru di buat. Cukup luas restauran ni kerana kalau pergi time lunch terutama hari bekerja memang tak ada tempat duduk. Silap2 kena Q sampai keluar untuk cari tempat duduk kat sana. Ramai yg makan bukan sahaja org dari arab sendiri org tempatan pun suka kat situ.

Restauran Saba Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor

Menu kat sana memang semua menu negara timur tengah terutama daripada negara Yaman. Ada makanan berasaskan roti dan juga nasi. Kalau makan tengahari mesti lah makan nasikan. Kat situ kalau pilih set menu nasi jgn pilih set yang besar kerana setiap hidangan yg ada semua dalam kuantiti yg byk untuk kita org Malaysia makan. Kalau org arab memang makan banyak. Tapi kalau ayam atau kambing atau daging memang besar dan puasa hati  lah. Kenyang makan untuk satu hari tak perlu makan mlm silap2 hehehehe..




 

Menu special kat sana yg kawn Mah@mahu cadangkan adalah Nasi Mandi, ada byk set Nasi Mandi iaitu Mandi Lamb atau Mandi Chicken, boleh pilih mana korang suka. Selain tu ada Kabsah dan juga Hanith, perbezaan antara tiga menu ini adalah penyediaan ayam atau daging. Kalau mandi ayam yg di goreng di kukus atau di rebus. Nasi pun beberza warna dan rasa nak tahu kena cuba. Tapi Mah@mahu dah cuba ketiga2 menu utama ni memang best and sedap sgt2. Puas makan kalau nak rasa masakan timur tengah ini.





 
Selain dari tu byk lagi menu lain tapi tak sempat nak cuba semua sebab nak makan tgharikan so order jer set Mandi tadi dah kenyang. Minum lak dengan air Banana Milk memang special, tapi kalau org dtg kat restauran arab mesti nak cuba air minuman dari sana iaitu air Barbican. Ada dalam berbagai perisa strawberry, Halia dan resberry. Semua air ni unik kerana da rasa gas dan rasa kemasaman sikit tapi sedap. Tgk kawn2 Mah@mahu minum sedap juga try lah sikit best...



 

Restauran ni ada cawangan kat Setiawangsa KL boleh pergi sana kalau jauh sgt kat Cyberjaya ni. Apa pun menu kali ni memang lain dari lain dan sgt2 sedap. Terasa keaslian daripada negara timur tengah dan memang original. Mah@mahu pun rasa mcm nak pergi lg kat sana nak cuba lak roti Arab yg di katakan sedap.






0 Pandangan: