Local Food,

Uncle K Kalau Masak Memang Terbaik

Selasa, Oktober 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu ini dan juga pada rakan2 blogger yg juga rakan baik Mah@mahu kat sini. Kalau kawn2 perasan dalam facebook Mah@mahu dan juga Instagram Mah@mahu ada post satu gambar  minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu ABC atau Air Batu Campur. Kalau sapa perasan tgk ABC tu memang cukup tinggi dan menyelerakan.


Sebenarnya ABC tu adalah tempat yg Mah@mahu sempat singgah pada petang Ahad lepas. Memang nak cari ABC untuk minum petang tapi alang2 dah dtg sebuah restauran sedap ni maka makan malam pun sesuai sgt. Restauran yang Mah@mahu maksudkan adalah Uncle K Restauran. Terletak di kawasan perniagaan Cyberjaya Selangor. Nak cari dekat dengan CIMB dan juga OldTown Cyberjaya.
 



Uncle K ini menyediakan 5 jenia menu utama yg di minati rakyat Malaysia. Kalau nak cuba makanan Melayu tempatan ada, nak cuba makanan Thailand ada, makanan Indonesia pun ada kat restauran Uncle K ni. Bak kata org apa yg nak semua boleh minta yg penting wangnya ada cukup untuk makan kat sana hehehe...





Mah@mahu hari tu sempat order makanan khas daripada seberang iaitu Ayam Kampung Penyet Jawa Timur Original. Wow nama saja dah gempak apa lagi kalau makanan. Tapi memang tak nasi semua makanan nasi ayam penyet lengkap dengan sambal dan juga sayur ulam untuk di makan. Mah@mahu kenyang lah makan satu pinggan. 



Satu lagi makanan yg Mah@mahu sempat rasa tapi kawn yg order iaitu Nasi Beryani dengan Kambing Kurma. Memang terbaik kuantiti byk dan juga rasa rempah dalam lauk kambing cukup terasa kesedapan. Bersama dengan acar sayur dan juga papadom memang lengkap. 


Tapi kalau ada kawn2 nak order makanan western pun ada kat sana tau. Chicken Chop, Lamb Chop dan mcm2 lagi makanan western boleh di order. Kalau makan tak ada air tak sahkan so Mah@mahu hari tu orderlah ABC special sebab tgk gambar kat menu tu pun dah menggoda hehehe. Tapi memang tak sia2 makan ABC sana byk dan sedap boleh cuba. 


 

Cuma satu jer kalau pergi sana menu agar mahal sikit tapi berbaloi dengan rasa dan kuantiti. Jadi pergilah ker Uncle K Restauran Cyberjaya. Sekali sekala pergi jalan jauh2 untuk dapat makanan yg hebat dan enak berbagai variati tak salahkan tak rugi pun bawa anak bini atau kawn2 pergi makan sedap2. Mah@mahu pun nak buat gathering dengan rakan blogger lah satu hari nanti Insyallah ok...