Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Coffee. Papar semua catatan

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Di Malaysia, status Halal bukan sekadar suatu label, malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan. Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal, Luckin Coffee Malaysia, jenama kopi antarabangsa terkemuka, dengan bangganya mengumumkan perolehan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri. Pencapaian penting ini menandakan komitmen teguh jenama tersebut dalam menyajikan minuman berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal kepada semua rakyat Malaysia, sekaligus menghormati nilai serta prinsip yang sentiasa dijunjung tinggi di negara ini.


Bancuh Kopi Cara Paling Selamat Tanpa Sentuhan dengan NESPRESSO Momento Coffee

Diilhamkan daripada evolusi cara bekerja dalam era pendemik ini, Nespresso Professional telah mengumumkan pelancaran mesin Nespresso Momento Coffee untuk menyampaikan pengalaman kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi. Mesin ini direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara para pengguna terutamanya di suasana pejabat dalam kalangan rakan sekerja, serta para pelawat di hotel. Selain itu, pengalaman seperti ini juga dapat menggalakkan kreativiti serta penciptaan hubungan-hubungan bermakna. Pengenalan mesin Nespresso Momento Coffee ini juga ditemani dengan pelancaran Peru Organic— kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins.



Dalam usaha mencipta masa hadapan yang mampan, Nespresso Professional telah berganding bahu dan bekerjasama dengan W Kuala Lumpur, sebuah hotel yang terkenal di peringkat antarabangsa yang turut menghargai kelestarian, untuk menjadi salah satu rakan kongsi B2B kami yang menawarkan Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic kepada tetamu mereka.

Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur akan melancarkan satu menu pilihan khas yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional untuk pelanggannya. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat kursus ini berharga RM248 seorang. Pelanggan yang berminat mencuba menu pilihan khas ini boleh membuat tempahan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau bf.wkualalumpur@whotels.com.

Pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Inovasi Moden untuk Momen Kopi Tanpa Sentuhan yang Diperkaya 


Dilengkapi teknologi canggih yang seiring dengan dunia kita yang semakin terhubung, sistem Nespresso Momento merupakan mesin yang paling intuitif dalam rangkaian Nespresso Professional setakat ini. Memandangkan pilihan kopi sekarang semakin berkembang, mesin ini boleh mencadangkan saiz cawan yang optimum dan memberikan maklumat tentang nota-nota aromatik dan intensiti untuk semua 15 jenis kopi dalam rangkaian Nespresso Professional.


Menawarkan reka bentuk yang moden dan menarik, Nespresso Momento Coffee didatangkan dengan ciri-ciri tanpa sentuh, termasuk alat kawalan jauh, pembancuhan automatik dan pilihan skrin kunci. Dengan adanya alat kawalan jauh, pencinta kopi mampu mengendalikan mesin menggunakan telefon bimbit mereka, dengan bantuan aplikasi web intuitif. Ini membolehkan individu memasukkan kapsul dan memilih saiz cawan dan resipi pilihan terus daripada telefon bimbit untuk pengalaman tanpa sentuhan sepenuhnya.

Ciri pengecaman kapsul canggih ini membolehkan proses bancuhan secara automatik. Nespresso Momento Coffee mampu mengenal pasti kapsul yang dimasukkan dan membancuh kopi mengikut saiz cawan yang telah ditetapkan. Ia juga menawarkan pilihan skrin kunci untuk memudahkan proses pembasmian kuman. Tambahan pula, mesin kopi ini dibina untuk tahan lama, kukuh dan memudahkan penyelenggaraan harian.

Sistem Nespresso Momento adalah mesin yang paling senyap dalam rangkaian ini, sesuai diletakkan di dalam bilik mesyuarat atau bilik persidangan yang kecil atau ruang-ruang terbuka tanpa bimbang akan gangguan. Reka bentuk ini juga telah menerima pengiktirafan di Anugerah Reka Bentuk iF 2019, salah satu pertandingan reka bentuk yang terkenal dan dihargai di taraf antarabangsa.

Kopi organik pertama yang diperakui oleh Nespresso Professional: Peru Organic


Peluasan rangkaian Nespresso Professional Origins menyampaikan pelbagai pengalaman kopi untuk para professional dan merupakan satu peristiwa penting dimana Nespresso Malaysia memperkenalkan kopi pertamanya yang diperakui organik, Peru Organic. Ini adalah sebahagian daripada kemas kini terhadap rangkaian kopi Professional Origins, yang sedia merangkumi tiga kopi tersendiri yang diperoleh secara ekslusif dari Brazil, Guatemala dan India. 



Pengenalan Peru Organic, yang diperolehi dari Peru, memenuhi keinginan sebilangan pengguna yang semakin meningkat di seluruh dunia yang mementingkan pembelian barangan organik sebagai sebahagian penting dalam gaya hidup mereka. Kopi ini dipilih dengan teliti dengan satu sumber negara asal, diperkayakan dengan kaedah penanaman, penuaian dan pemprosesan yang dianjurkan oleh komuniti petani tempatan.

Peru Organic mempunyai profil kopi dengan keasidan buah yang diseimbangkan dengan aroma kontras bijirin manis panggang. Adunan kopi ini boleh disediakan dengan susu selain disyorkan untuk dinikmati sebagai latte macchiato untuk pengalaman kopi yang cukup berkualiti.

Komitmen Nespresso terhadap Kemampanan


Kemampanan adalah teras dalam semua perkara yang dilakukan oleh Nespresso. Syarikat ini komited untuk mencipta perubahan positif untuk para petani, rakan kongsi perniagaan dan pengguna kami serta alam sekitar, di samping membenarkan perniagaan menawarkan pekerja dan pelanggan mereka dengan kopi yang terbaik di dunia. 



Mesin-mesin juga memainkan peranan penting dalam komitmen ini dan mesin Nespresso Momento Coffee telah dibina dengan kemampanan sebagai terasnya. Dengan komponen yang tahan lama dan elemen yang mudah untuk dibaiki atau diganti selain pembungkusan dan tetapan yang boleh dikitar semula lantas menyumbang kepada pemeliharaan sumber air dan tenaga, kami telah mengambil semua langkah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan membantu Nespresso untuk mencapai cita-cita neutraliti karbon menjelang 2022. Oleh itu, para pekerja boleh menikmati secawan kopi yang lazat dengan pengetahuan bahawa ia telah dihasilkan dengan Prinsip Cawan Positif.

Semua kapsul kopi Nespresso termasuk kapsul komersial diperbuat daripada aluminium, salah satu bahan terbaik untuk melindungi kesegaran, kualiti dan rasa kopi. Nespresso Malaysia juga telah melabur dalam program kitar semulanya dan komited untuk memudahkan penggemar kopi mengitar semula kapsul terpakai.

Harga di Pasaran


Nespresso Momento Coffee kini tersedia dengan harga RM6,480 seunit, dan pengguna baharu layak mendapatkan Pakej Alu-aluan pada harga RM6,099 yang termasuk 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul. Sementara itu, pilihan pinjaman juga tersedia, di mana perniagaan dikehendaki membeli 450 kapsul kopi sebulan, yang bermula dari RM2.10 setiap kapsul. Pelanggan juga boleh membeli kopi Peru Organic dengan harga RM2.35 setiap kapsul, atau RM117.50 untuk sekotak yang mengandungi 50 kapsul.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic, lawati laman web rasmi Nespresso Professional (www.nespresso.com/pro), atau melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 6507 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, talian tol percuma) untuk maklumat terkini mengenai berita dan tawaran kami.







Aik Cheong Coffee Memperkenalkan Variasi Baharu IT’S Cup Series Dan Black Series Coffee

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Revolusi kopi semakin hari semakin bekembang dan juga makin berada pada tahapnya yang tersendiri. Bagi pecinta kopi untuk mendapatkan satu produk kopi yang bagus dan bekualiti perlu melalui proses yang ketat. Maha masih boleh terima kopi pada keadaan asal mahupun yang mengalami pembaharuan daripada proses sehingga ia menjadi sesuatu yang baharu selagi sumber biji kopi tu adalah yang terbaik dari ladang.


Matcharena Minuman Teh Hijau Ala San Fancisco Coffee Lain Dari Yang Lain

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini pecinta Teh Hijau korang bertuah kerana sekarang ni San Francisco Coffee memperkenalkan Matcharena. Ia adalah minuman teh hijau sempena dengan bulan Mac yang memberi kesegaran dalam pilihan minuman di SF Coffee.


Nama minuman Matcharena ini diambil daripada lagu nyanyian penyanyi Spanish yang popular satu masa dulu iaitu 'La Macarena'. Korang kalau Maha pasang lagu ni mesti teringat dan menari-nari siap ada yang jadikan ia lagu untuk senaman zumba.

Minuman Matcharena

Minuman Matcharena Frisco Frappe' ini adalah campuran sempurna teh hijau dan krim dengan sentuhan manis vanila. Minuman ini sangat baik untuk peminat coffee kerana ia berfungsi sebagai minuman menyegarkan yang ideal untuk hari yang panas dan mengurangkan pengambilan kafein. 



Teh hijau ni boleh ditambah dengan topping cream kat atasnya atau tidak macam yang Maha minum ni. Juga sangat sesuai untuk korang yang sibuk hanya grab and go sahaja bila singgah kat sini sambil buat kerja boleh minum sangat menyegarkan. Harga minuman ini untuk tempoh 6 Mac hingga 30 April 2018 hanya RM16 untuk cawan regular (16oz) dan RM17 untuk cawan saiz besar (20oz).

Spaghetti Bolognese

Fettucine Carbonara

Juga sesuai untuk yang datang nak makan sarapan pagi atau tengahari kat SF Coffee kerana kat sini juga ada sediakan beberapa menu hidangan makanan yang sesuai. Maha paling suka adalah Spaghetti Bolognese juga Fettucine Carbonara. Tapi siapa yang nak kering sikit boleh cuba Aglio Olio Peperoncino ni.

Aglio Olio Peperoncino

Honey Mustard Chicken Wrap

Kemudian untuk sarapan pagi atau minum petang korang boleh cuba menu seperti Tex Mex Chicken Wrap ni Maha suka juga sedap tau. Juga ada Turkey Mushroom Ragout Ciabatta dan kalau sapa nak rasa pedas-pedas chili flake boleh cuba Spicy Sambal Chicken Sandwich. Ini memang memenuhi selera orang Malaysia pastu bila pedas minum lak Matcharena sangat lega.

Turkey Mushroom Ragout Ciabatta

Spicy Sambal Chicken Sandwich

Tapi orang nak diet selalu makan semua ini sambil minum Teh Hijau. Bulan sebelum ini kar SF Coffee ada memperkenalkan minuman lain iaitu Yo! Mango dan Hello Berry. Bermula 10 Mac hingga 31 Mac 2018 ini pelanggan boleh menang baucer 'Buy 1 Free 1' dengan ambil video 2-3 saat bersama minuman Matcharena dan upload dalam Facebook dan Instagram korang bersama caption #SFCoffeeMatcharena.



Siapa-siapa yang dah cuba minuman baru dan menu yang ada kat SF Coffee ini boleh berkongsi dengan Maha sebab setiap tekak tak sama rasa. Tapi bagi Maha ini sesuai untuk semua rakyat Malaysia dan sekarang dan ada di 39 outlet seluruh KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Nak tahu kat mana lokasi terdekat anda boleh ker Facebook atau laman web mereka seperti di bawah.

Maklumat lanjut dan promosi layari:-
Facebook : https://www.facebook.com/sfcoffee
Laman Web : http://sfcoffee.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Konsep Vintaj Menghubungkan Paris Ke Malaysia Di MISS Coffee & Toast

Konsep Vintaj Menghubungkan Paris Ke Malaysia Di MISS Coffee & Toast - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana korang rasa tempat yg pernah korang pergi untuk makan roti bakar berkonsepkan barat. Mahamahu suka kalau makan kat MISS Coffee & Toast ini untuk cuba sendiri roti bakar mereka. Kafe ini terletak di Puchong Financial Corporate Center, Bandar Puteri Puchong, Selangor.




Bila jejakkan kaki kedalam MISS Coffee & Toast ini anda akan rasa suasana santai dan boleh rehat sambil makan2 dan minum kopi. Keutamaan kafe ini adalah semestinya roti bakar yg lazat dan bercitarasa. Terdapat dua jenis toast yg harus di cuba bila anda dtg ke sini iaitu Miss Classic Honey Toast dan Banana Chocolate Toast. Kalau di mana bersama dengan kopi terbaik di sini Blended Cappucino dan White Chocolte.

Miss Classic Honey Toast 

Toast yang rangup tebal pada bahagian luar dan gebu dari dalam, penuh dengan ais krim dan disirami sirap madu. Setiap gigitan anda pasti dapat rasa rangup, manis dan krim. Bagi Banana Chocolate Toast pula roti rangup di saluti dengan coklat pekat dan juga hirisan pisang manis yg menjadi gabungan mantap untuk hidangan ini. Kena makan dengan semua element ini baru anda dpt rasa kenikmatannya. 

Banana Chocolate Toast

Bagi yg suka makanan agak sedikit berat anda boleh cuba Pasta yg ada di sini. Mahamahu rekmenkan untuk cuba adalah Smoked Salmon Carbonara. Spaghetti pasta di tumis dengan salmon salai, lompat, capsicum dalam sos Carbonara. Kemudian anda boleh cuba set Mini Toast, yg ini unik kerana hidangan di sediakan dalam bentuk yg lebih kecil. Terdapat 4 jenis Mini Toast yg anda boleh pilih untuk hidangan anda iaitu Mini Toast Baked Cheesy Chicken Ham on Toast With Mozzarella, Mini Toast Shredded Crab Meat with mixed Mayonnaise, Mini Toast Smoked Salmon with Capers, Black Olive and Lemon dan akhir sekali Mini Toast Smoked Duck with Hard-boiled Egg, Mesclun and Salad. 

Smoked Salmon Carbonara

Mini Toast

Last sekali boleh cuba Classic Waffle yang mengandungi vanila ais-krim, sirap maple, strawberry dan whipped cream di atasnya. Untuk melegakan tekak pula Mahamahu telah order Strawberry Banana Smoothie Yogurt yg segar dan sihat untuk anda. Puaslah makan kat sini kerana rasa relax tenang dan rasa tak perlu nak rushing untuk buat kerja. 

Classic Waffle

Strawberry Banana Smoothie Yogurt

Ada satu perkara yg unik bila anda dtg makan di kafe ini tak ada lagi di tempat2 lain. Di mana di sini apabila anda dtg dengan pasangan atau kawan anda dan membeli kunci cinta dengan harga RM30 dan mengunci cinta atau persahabatan anda di kafe ini selama setahun! Korang akan menerima sijil dan sijil ini akan digunakan untuk menuntut menu khas 'SPECIAL Honey Toast' dalam tempoh satu tahun kemudian dengan orang yang sama, tarikh sama dan tempat sama. Jadi nanti anda akan nampak satu tempat khas untuk anda kuncikan cinta atau persahabatan anda di kafe ini. 


Sungguh mudah dan senang jer untuk anda buktikan cinta dan persahabatan anda untuk setahun akan dtg dan boleh meraikannya. MISS Coffee & Toast ini kalau korang nak cari lokasi sekali lagi Mahamahu bagi tahu berada di tingkat ground floor bangunan Puchong Financial Corporate Center. Kafe ini bukan setiap hari dari pukul 8pagi hingga 10.00malam. Jadi apa tunggu lagi dtg lah sini cuba sendiri ok, selamat menjamu selera.

MISS COFFEE & TOAST
Tel : 019-389 3909 / 03-8066 3747