Coffee,
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai
Di Malaysia, status Halal bukan sekadar suatu label, malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan. Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal, Luckin Coffee Malaysia, jenama kopi antarabangsa terkemuka, dengan bangganya mengumumkan perolehan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri. Pencapaian penting ini menandakan komitmen teguh jenama tersebut dalam menyajikan minuman berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal kepada semua rakyat Malaysia, sekaligus menghormati nilai serta prinsip yang sentiasa dijunjung tinggi di negara ini.
“Kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa LUCKIN COFFEE kini secara rasmi diperakui Halal. Ini merupakan komitmen kami bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati LUCKIN COFFEE dengan kepercayaan. Dengan pensijilan ini, kami memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti dan mengulangi janji kami untuk menyampaikan kualiti yang boleh dipercayai kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Dr. Jeff Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia.
Luckin Coffee Malaysia: Jenama Global, Semangat Tempatan, Piawaian Halal Sejak memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2025, LUCKIN COFFEE memberi tumpuan kepada pengalaman runcit tanpa gangguan yang dipacu teknologi, serta menawarkan kemudahan, inovasi dan nilai mampu milik kepada pelanggan.
“Sebagai jenama yang dikendalikan dengan bangga oleh rakyat Malaysia, kami mengambil piawaian Halal dengan amat serius sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap pendekatan tempatan. Ia bukan sekadar memberi jaminan kepada komuniti, tetapi juga membina pilihan yang lebih selamat, diyakini dan penuh keyakinan untuk semua rakyat Malaysia. Dengan pendirian tegas ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadiran LUCKIN COFFEE di Malaysia,” tambah Dr. Jeff Lim.
“Bahkan sebelum LUCKIN COFFEE secara rasmi menembusi pasaran Malaysia, memperoleh pensijilan Halal telah menjadi keutamaan utama kami. Kami telah menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti untuk memastikan pematuhan yang ketat dalam setiap aspek operasi kami. Dari segi pemilihan pembekal dan bahan mentah, amalan premis, sehinggalah kepada cara penyediaan dan penyajian minuman kami. Usaha berterusan ini memainkan peranan ggpenting dalam memastikan proses pensijilan Halal berjalan lancar dan tepat pada masanya,” kata Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz, Pengurus Pematuhan Halal, Luckin Coffee Malaysia.
Dengan dorongan daripada pensijilan Halal ini, serta prospek pasaran yang positif dan industri makanan dan minuman yang dinamik, Luckin Coffee berhasrat untuk mempercepatkan pengembangannya di seluruh negara. Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang jenama untuk memperkukuh gaya hidup kopi berasaskan teknologi di Malaysia. Cawangan tambahan juga akan memperoleh pensijilan Halal secara berperingkat, demi memperluas keterangkuman dan akses kepada pelanggan di seluruh negara.
Perayaan Pensijilan Halal: Tawaran Istimewa RM3.99 untuk Semua Minuman di Semua Cawangan Bagi meraikan kejayaan besar ini serta mengajak pengguna berkongsi keterujaan terhadap pencapaian penting tersebut, Luckin Coffee memperkenalkan tawaran istimewa RM3.99 untuk semua minuman pada 30 - 31 Oktober 2025. Tawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para peminat LUCKIN COFFE atas sokongan mereka dalam perjalanan jenama ini di Malaysia. Promosi ini akan berlangsung di semua cawangan di Lembah Klang kecuali di Highlands Hotel, Genting.
Melalui sambutan ini, Luckin Coffee sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menyampaikan minuman berkualiti tinggi yang boleh dinikmati dengan penuh keyakinan oleh semua rakyat Malaysia.
Aplikasi LUCKIN COFFEE kini boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Untuk maklumat lanjut tentang promosi Luckin Coffee, sila ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu, atau layari aplikasi Luckin Coffee untuk kemas kini terkini.







0 Pandangan: