IT’S SIXPACK Terbaharu Daripada Aik Cheong Coffee Untuk Sekeluarga
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih ingat lagi tak Maha pernah cerita dulu tentang jenama kopi Malaysia terkemuka iaitu Aik Cheong Coffee. Kalau masih ingat bagus siapa kurang pasti mari Maha imbas kembali sedikit latar belakang kopi yang telah lebih 65 tahun berada dipasaran negara Asia Tenggara ini. Syarikat kopi ini telah ditubuhkan sejak tahun 1955 yang diwarisi dari turun temurun mengekalkan resipi penghasilan kopi terbaik untuk dihidangkan kepada pecinta kopi.

