Air Fryer,
Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama serangan jantung dan strok, justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu hidup lebih lama, dan dalam cara lebih mesra jantung. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung kekal punca kematian nombor satu di seluruh dunia.
1. Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
2. Tidak merokok
3. Menangani tahap tekanan dalam hidup
4. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
5. Makan diet yang sihat
6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat Bersama IJN Dan Philips Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sudah masuk tahun ketiga berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen yang diadakan sebagai menyokong sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) pada 29 September bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular.

Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utama serangan jantung dan strok, justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu hidup lebih lama, dan dalam cara lebih mesra jantung. Menurut Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung kekal punca kematian nombor satu di seluruh dunia.

Kira-kira 17.7 juta kematian pada tahun 2015, mewakili 31% kematian di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia penyakit sistem peredaran darah ini menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia, merangkumi 27.7% daripada kesemua kematian di hospital swasta dan 22.77% daripada kesemua kematian di hospital kerajaan pada tahun 2015.

Sejajar itu, kempen ‘6 Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri paparan berunsur pendidikan di media sosial untuk terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impaknya terhadap warga Malaysia. Video pendidikan itu menunjukkan enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:
1. Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
2. Tidak merokok
3. Menangani tahap tekanan dalam hidup
4. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
5. Makan diet yang sihat
6. Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng
Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana, dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung.
Sebagai sebahagian kempen, IJN dan Philips Malaysia juga akan melancarkan satu siri video memasak memaparkan resipi direka oleh pasukan pakar pemakanan IJN bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai cara menyediakan hidangan mesra-jantung tanpa menjejaskan rasanya.

Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah-lemak dan mesra-jantung dengan resipi yang dikumpulkan dalam buku resipi bertajuk, “Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking”.

Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyepadukan masakan yang rendah-lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup keluarga yang sihat menerusi satu pertandingan memasak mesra-jantung yang terbuka kepada orang ramai. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.
Untuk maklumat lanjut mengenai program layari
Laman web : www.fatcheck.my
Facebook : www.facebook.com/MyFatCheck
Laman web : www.fatcheck.my
Facebook : www.facebook.com/MyFatCheck
Alaa..ada program ni kat IJN...lama x pi IJN...hahahaa...bagus program ni ..memberi kesedaran kepada org ramai betapa pentingnya menjaga jantung
BalasPadamBetul akak kadang-kadang program mcm ni orang kurang dapat sambutan..
PadamIJN memang byk program yg bgs. my sister works there too :)
BalasPadamOhhh ada keluarga kerja sana ker lagi senang hehehe
Padamnice program...yelah da makan macam2 kenalah cek kesihatan pulak kan..
BalasPadamBetul macam kena pada saya her hehehehe...
PadamBagus IJN anjurkan program sebegini, dapatlah bagi kesedaran kepada orang ramai
BalasPadamBetul patut tiap2 bulan mereka buat sebab ramai tak sedar..
PadamDah lama dah tak pergi bersenam. Tersentap kejap..Kena mula amalkan cara hidup sihat. Love ur heart.Love life ❤
BalasPadamHehehhe alamak kita kena juga ni
Padamwow "fatcheck" hahaha i prefer "fat cheque" hahaha but kesihatan memang penting!
BalasPadam#YourFinanceDoctor
Malu I wakakakaka..
Padamsuka dengan word mesra-jantung, very good reminder untuk jaga kesihatan :D
BalasPadamYes agree..
Padamnice sharing...btul rmai yg susah nak jaga bab jantung ni
BalasPadamNi masa kita kena mulakannya...
PadamBagus program macam ni. Dapat beri kesedaran especially golongan" remaja dan pemuda ni supaya jaga makan
BalasPadamYes setuju untuk ini...
Padambagus program camni, tq sbb post ^^
BalasPadamSaya kongsi jer dan share dengan kawan kita ok..
PadamSalah satu sakit yang paling bro risau, pertanda dah ada banyak nie.... Risau je, macam menunggu waktu ia tiba T-T
BalasPadamKena pergi check bro..
Padamgreat article and such a amazing program :)
BalasPadamplease share..
Padam