Asia Pasifik,
Majoriti Golongan Gen Z dan Milenial di Malaysia Kini Hidup Lebih Sejahtera
Herbalife, syarikat kesihatan dan kesejahteraan terulung, komuniti dan platform, telah mendedahkan penemuan terbaharu daripada Asia Pacific Wellness Culture Survey 2026 atau Tinjauan Budaya Kesejahteraan Asia Pasifik 2026, yang menunjukkan perubahan dalam pendekatan kesejahteraan dari segi definisi dan perlaksanaannya antara generasi di peringkat serantau. Tinjauan ini mendapati bahawa pengguna Gen Z dan Milenial kini mengguna pakai pendekatan yang lebih menyeluruh dan bertekad untuk membudayakan kesejahteraan dengan memberi penekanan sama rata kepada kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial. Pendekatan menyeluruh kepada kesejahteraan ini nyata membuahkan hasil, dengan lebih daripada separuh pengguna lebih muda melaporkan peningkatan nyata dalam tahap kesejahteraan diri mereka berbanding tiga tahun lepas.
Peralihan ini bukan sahaja mencerminkan perubahan penetapan minda – pengguna muda kini aktif dalam menterjemahkan aspirasi kesejahteraan melalui amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Lebih daripada enam dalam 10 Gen Z (62%) dan lebih daripada separuh golongan Milenial (54%) di Malaysia terlibat dalam aktiviti kesejahteraan berbanding tiga tahun lalu, mengatasi purata negara pada kadar 53%.
Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, “Gen Z dan golongan Milenial benar-benar menonjol dari segi komitmen dan kesungguhan mereka dalam mengamalkan kesejahteraan. Perkembangan ini jelas tercermin dalam komuniti kesejahteraan kami, yang telah berkembang maju selama lebih 20 tahun di Malaysia, merangkumi lebih daripada 1,100 Kelab Pemakanan dan kira-kira 66,000 pengedar aktif di seluruh negara. Selain menjadikan kesejahteraan keutamaan peribadi, anak muda Malaysia juga menyedari potensi untuk mengubah minat mereka terhadap kesihatan dan kesejahteraan kepada peluang keusahawanan, dengan Gen Z membentuk 10.4% daripada pengedar aktif kami. Kami terus menyokong minat yang semakin meningkat ini menerusi inisiatif setempat dan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan.”
“Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen yang semakin besar terhadap kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kesihatan serta berhubung dengan komuniti yang seaspirasi. Komitmen ini bukan sahaja menghasilkan keputusan positif pada hari ini tetapi mewujudkan landasan bagi membina kehidupan yang lebih sihat dan memuaskan dalam jangka panjang,” tambahnya.
Gen Z Mentakrifkan Semula Tahap Kesejahteraan Lebih Tinggi
Walaupun melaporkan tahap kesejahteraan lebih tinggi berbanding generasi lebih berumur, Gen Z di Malaysia tetap berusaha untuk menambah baik kesejahteraan diri mereka. Kualiti tidur (50%) dan kesejahteraan mental atau pengurusan tekanan (41%) merupakan antara bidang-bidang utama yang ingin ditambah baik, diikuti oleh pemakanan (36%) dan kesejahteraan emosi (33%).
Keutamaan ini bukan aspirasi semata-mata. Rakyat Malaysia dalam kalangan Gen Z sudah pun mengambil tindakan dalam bidang-bidang yang dianggap paling penting oleh mereka, dengan 51% menambah baik amalan tidur, 46% mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan 38% menguruskan berat masing-masing. Ini mencerminkan kesanggupan mereka untuk melabur secara konsisten dalam kesejahteraan jangka panjang dan bukan sekadar mencapai matlamat kesihatan jangka pendek.
Dalam pada itu, pengguna lebih muda kini meluaskan definisi kesejahteraan. Bagi rakyat Malaysia dalam kalangan Gen Z, kesihatan mental muncul sebagai aspek yang memerlukan sokongan lanjut (66%), mengatasi kesihatan emosi (62%) dan kesihatan fizikal (54%). Sebaliknya, rakyat Malaysia yang lebih berumur seperti Gen X dan Boomer akan terus memberi lebih penekanan terhadap kesihatan fizikal. Secara keseluruhan, hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa pengguna lebih muda semakin menerima konsep kesihatan menyeluruh. Daripada memberi tumpuan pada satu dimensi, mereka aktif mendapatkan sokongan dengan menyertai komuniti untuk mengekalkan kemajuan yang dicapai dalam kesihatan fizikal, mental dan emosi masing-masing.
Komuniti Digital Memainkan Peranan Semakin Penting dalam Usaha Gen Z Meningkatkan Kesejahteraan
Bagi Gen Z, kesejahteraan kini semakin ditentukan oleh persekitaran fizikal dan digital. Lebih separuh daripada mereka berkata media sosial memberi kesan positif terhadap kesejahteraan fizikal (61%), emosi (57%) dan mental (56%) mereka dalam tempoh 12 bulan lepas, mengatasi pengaruh rakan dan keluarga. Kumpulan sosial (49%) dan komuniti dalam talian (43%) memainkan peranan penting untuk membantu mereka membina dan mengekalkan tabiat yang lebih sihat.
Trend yang sama boleh dilihat dalam golongan Milenial di Malaysia, yang menyatakan media sosial mempunyai pengaruh paling besar terhadap kesihatan fizikal mereka (49%), dikuti rapat oleh kesihatan mental (44%). Ini menunjukkan bahawa kedua-dua generasi mendapat motivasi, maklumat dan galakan daripada komuniti digital.
"Masa depan yang lebih sejahtera tidak dibina menerusi usaha individu sahaja. Generasi lebih muda kini mendapatkan motivasi, panduan dan kebertanggungjawaban daripada komuniti fizikal dan digital sambil mereka berusaha mencapai matlamat kesihatan masing-masing. Di Malaysia, gambaran ini dapat dilihat menerusi Hari Sukan Negara (HSN) 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Herbalife berbangga untuk menyokong HSN 2026 sebagai rakan kesejahteraan dan pemakanan, memanfaatkan penyertaan kukuh acara tersebut di seluruh negara.”
“Acara dan komuniti seperti ini menghimpunkan insan untuk berkongsi aspirasi dan pengalaman. Sama ada menerusi kumpulan kecergasan, komuniti kesejahteraan atau rangkaian dalam talian, hubungan ini membantu menterjemahkan niat kepada amalan sihat serta menyebatikan kesejahteraan dalam kehidupan harian,” tambah Steven Chin.




0 Pandangan: