Food Review,

Restoran Bahtera Santai Seafood Antara Pilihan Makanan Laut Di Penang

Rabu, Disember 28, 2016 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha berkesempatan ke Pulau Mutiara untuk tugasan kerja, pergi dengan kawan tapi tak lama cuma 3 hari jer. Dah alang-alang ada kat sana memang plan pun nak pergi makan kat restoran yang menarik untuk cari makan.


Selalu orang kat kalau datang Penang mesti kena cuba Nasi Kandar bukan, tu dah biasa tapi kalau korang nak tahu Maha ada senaraikan 5 top meletop tempat makan di Penang untuk rujukan sebelum ni. Cuma kali ni Maha nak cari makanan laut pula sebab teringin nak makan.


Cari punya cari dapat rekmendation daripada kawan yang tinggal kat Penang sebuah restoran agak menarik iaitu Restoran Bahtera Santai Seafood. Terima kasih buat Abang Abu yang rekmen tempat ni. Terletak di Gelugor dekat tepi Persiaran Bayan Mutiara. Restoran ni kalau korang datang malam memang cantik bercahaya.


Reka bentuk restoran ni ada pondok-pondok kecil yang direka dari kayu dan buluh juga dihiasa dengan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Masa datang hari tu hujan jadi tak berapa nak boleh jalan luar-luar tengok kawasan. Memang santai juga kawasan ni rupanya. 


Paling menarik makanan laut kat sini ada pelbagai pilihan korang boleh pilih sendiri apa lauk yang korang nak. Ada ikan, sotong, ketam, udang, kerang dan macam-macam lagi. Maha order malam tu Ikan Bakar iaitu Ikan Jenahak, order Sotong Goreng Tepung, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan juga Puyuh Goreng Kunyit.


Korang kena datang malam baru puas sebab restoran ni tutup pukul 3 pagi. Tapi datang awal sebab selalu stock seafood tak banyak cepat habis kalau hari minggu terutamanya. Korang boleh minta mereka masak apa sahaja masakan tapi ikan tu best buat bakar mesti kena cuba.


Selain dari seafood ada juga makanan lain yang best seperti satay, masakan panas seperti nasi goreng dan banyak lagi. Minuman pun menarik kita orang pilih jus buah lah baru kena makan dengan makanan laut hehehe. Tapi enjoy lah makanan laut harga pun boleh tahan dan berpatutan. Jadi kalau datang Penang jangan tak cuba makanan lautnya selain dariapda Nasi Kandar ok. Selamat mencuba.






12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedap terutama ikan bakarnya tu menarik sangat..

      Padam
  2. oii laaa...menariknya! Nnt kalau pi Penang nak suba jugak laa...sellau mmg cari nasi kandar je kalau pi sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena datang cuba sebab rekemen dari orang Penang sendiri tau...

      Padam
  3. Balasan
    1. Nak kena datang Penang cuba memang sedap..

      Padam
  4. nampak macam menyelerakan sekali.

    kena cuba dua kali nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Kena cuba memang kena cuba ok...

      Padam
  5. alahai sedapnya tengok gambar jadi lapo la balik,. hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tengok dah lapo kalau rasa mesti nak lagi..

      Padam