Penang,

5 Tempat Makan Top Meletop Di Penang Mesti Di Kunjungi

Isnin, September 21, 2015 Mahamahu 0 Comments

Tempat Makan Top Meletop Di Penang Mesti Di Kunjungi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam 2 bulan yang lepas Maha banyak update tempat makan yang top dan menarik di sekitar Pulau Pinang. Maklumlah memang dapat peluang untuk pergi sana dan memang buat liputan makan jer lah. Ramai orang datang Penang ni kadang2 makan kat tempat yang sama jer kan. Tapi sebenarnya ada banyak tempat makan menarik.


Jom Maha tunjukkan antara beberapa tempat yang Maha sendiri dah pergi makan ketika berada di Penang. Korang pun boleh cuba dan nanti dah cuba boleh komen kat Maha adakah betul sedap atau hanya suam2 kuku jer hehehehe. Bukan apa kadang2 kita nak feedback dari pengguna baru tahu bagus atau tidak kan.



Ni hanya gerai makan tepi jalan jer memang kalau cari signboard pun tak ada. Cuma ada beberapa kemah yang di bangunkan. Tapi sambutan luar biasa kerana pelbagai kaum datang makan kat sini. Simple sahaja ada dua menu makanan iaitu Nasi Ikan Bawal Goreng dan juga Nasi Ayam Goreng. Boleh baca lanjut kat blog Maha ini ok.


Sini paling popular Mee Udang lah tapi menu2 makanan lain memang banyak kat sini jangan risau sapa2 tak makan mee. Yang best udang segar boleh di pilih sendiri untuk di masukan dalam mee ini. Pastu minum dengan air kelapa muda tebaik lah. Boleh baca lanjut di blog Maha ok.


Restoran ni lagi lah tak perlu nak sebut lagi memang cukup popular dan jadi sebutan mulut ke mulut daripada mereka yang pernah datang sini. Maha pun dah datang sini dan makan memang banyak boleh kenyang sampai malam. Jadi apa lagi jangan cari tempat lain selain mencuba Nasi Kandar kat sini dulu ok.


Cafe ini sediakan makanan laut yang segar untuk mereka yang mencari hidangan makan bebaloi dengan rasa dan harga. Maha makan malam kat sini sebab tinggal kat Hard Rock Hotel jadi cafe ini betul2 berdepan dengan hotel tersebut jer. Banyak lagi tempat makanan laut yang sedap dan sini antara yang boleh di cuba.


Yang ni satu2 restoran Nasi Briyani yang juga popular di Penang ni. Memang ramai juga orang datang makan kalau tak kena time memang penuh dan tak ada tempat duduk. Cuma agak kurang sikit dari segi layanan mungkin sebab ramai dan mungkin juga mereka dah penat. Apa pun boleh makan kat sini untuk cari Nasi Briyani yang banyak pilihan.







0 Pandangan: