Bukit Bintang,

Hotel Royal Signature: Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Isnin, April 22, 2024 Mahamahu 0 Comments

Hotel Royal Signature, penambahan terbaharu kepada suasana hospitaliti yang meriah di bandar ini, dengan bangganya mengumumkan pembukaannya. Terletak di tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang meriah, hotel ini bersedia untuk meningkatkan taraf layanan mewah sambil menawarkan pengalaman percutian seisi keluarga.



Berlokasi strategik di tengah bandaraya yang pesat, ianya menjamin akses yang tiada tandingan ke suasana dinamik Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh gedung membeli-belah yang terkenal, ikon budaya dan hab hiburan seperti Pavilion KL, Lot 10, Plaza Low Yat, LaLaPort Bukit Bintang, Jalan Alor Food Street, Hotel Royal Signature memainkan peranan sebagai pangkalan yang ideal untuk tetamu yang menjanjikan kemeriahan suasana Kuala Lumpur.

Hotel Royal Signature menjemput tetamu untuk mendalami pengalaman Malaysia yang asli, meraikan pesona tempatan pada setiap masa. Setiap perincian, daripada mesin taip vintaj kepada motif Melayu tradisional yang diukir kemas di tangga besar lobi dan reka bentuk Peranakan yang dilukis tangan di sepanjang koridor bilik tetamu, mengambarkan kekayaan budaya di negara kita. Corak rotan menghiasi bilik tetamu dengan cantik, mewarisi warisan dan ketukangan tempatan Malaysia. Setiap ruang di dalam hotel mencerminkan keaslian dan daya tarikan disekitar kejiranannya, menjemput tetamu untuk meneroka dan menghayati intipati bersemangat Malaysia.

Keselesaan Yang Ditingkatkan


Hotel ini menyediakan 428 bilik tetamu yang direkakan khas dan menawarkan 8 jenis penginapan yang berbeza, setiap satu diselitkan dengan keanggunan kontemporari dan pengalaman yang mengasyikkan. Setiap bilik adalah bukti kepada gaya, keselesaan dan kelengkapan perabot yang canggih, menggabungkan unsur-unsur tempatan, serta kemudahan mesra kanak-kanak untuk memberikan pengalaman yang sebenar “Every Room A Home”.




Hidangan Masakan Ditakrifkan Semula


Hotel Royal Signature menawarkan pengalaman menjamu selera yang sangat menyelerakan. Di Restoran Asian Pot, tetamu bakal menikmati pengalaman menjamu selera sepanjang hari yang menggabungkan citarasa Timur dan Barat yang unik, bakal mengundang tetamu ke pengembaraan kulinari yang menggiurkan. Untuk percutian yang lebih menarik, Cabana Pool Bar menawarkan percutian yang menarik dengan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, Brew & Bond Café, yang terletak di lobi, menjamu tetamu untuk menikmati kopi yang disediakan khas oleh pakar dan pastri yang menyelerakan dalam suasana yang selesa dan aman.

Relaksasi dan Ikatan Keluargaan


Kemudahan hotel di Aras 4 merangkumi intipati resort bandar, menjemput tetamu untuk berehat dan menyegarkan diri. Antara ciri-ciri yang menarik adalah termasuk kolam renang luar yang luas dan menawarkan pemandangan Menara Merdeka 118 yang ikonik. Selain itu, untuk pengemar aktiviti kesihatan, Pusat Kecergasan dibuka untuk 24 jam bagi memenuhi keperluan mereka, manakala Spa Wellness yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjanjikan relaksasi tambahan. Direka bentuk dengan motif kekeluargaan, Bintang Playhouse menyediakan ruang yang selamat dan interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain dan belajar. Bintang Playhouse memperkenalkan Bilik Multi-Sensory yang direka khas dan yang pertama kalinya di Malaysia. Ruang inovatif ini direka dengan teliti untuk menyokong perkembangan deria kanak-kanak. Selain itu, persekitaran yang dibina khas ini berfungsi sebagai ruang terapeutik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang memerlukan pendedahan khas, memupuk pengalaman deria mereka untuk pembangunan holistik.




Mesyuarat dan Acara Inovasi


Bilik Ballroom Signature di Hotel Royal Signature, yang boleh memuatkan sehingga 500 tetamu, tampil sebagai tempat yang ideal untuk pelbagai majlis, daripada acara korporat hingga ke majlis perkahwinan. Dilengkapi dengan bilik majlis serba lengkap yang boleh disesuaikan untuk pelbagai acara, hotel ini memenuhi keperluan mesyuarat, bengkel dan acara korporat yang memuatkan sehingga 150 peserta, menyediakan tetapan yang disesuaikan bagi memenuhi kehendak mood atau keperluan semasa.

Komitmen terhadap Kelestarian Alam


Komited terhadap kelestarian alam, Hotel Royal Signature menyepadukan amalan mementingkan alam sekitar ke dalam operasi hariannya. Setiap bilik mempunyai penapis air minuman , memastikan tetamu mendapat akses kepada pilihan air minuman yang bersih. Selain itu, hotel ini dengan bangganya melaksanakan kemudahan bilik mandi terbiodegradasi untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Selain itu, ia juga menganjurkan kebun kecil dan menawarkan hasil tanaman yang segar dan untuk pengalaman kulinari yang menarik dari ladang ke meja (farm-to-table). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penawaran masakan tetapi juga menekankan dedikasi untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang prihatin terhadap alam sekitar dan bersumberkan tempatan.



"Di Hotel Royal Signature, tujuan utama kami adalah untuk memupuk persekitaran yang mengamit pengalaman setiap tetamu dalam merasakan keselesaan seperti berada di dalam rumah. Janji jenama kami, "Every Room A Home" merangkumi komitmen kami untuk memastikan bahawa setiap tetamu yang melangkah masuk, mereka akan merasakan lebih banyak pengalaman daripada hanya sebuah hotel – ia adalah tempat selesa di mana kebiasaan rumah berkait harmoni dengan kemudahan penginapan hotel," kata May Cheong, Pengurus Besar, Hotel Royal Signature.

Tempahan kini dibuka untuk penginapan di Hotel Royal Signature. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.hotelroyalsignature.com.






0 Pandangan: