Fast Food,

Mulakan Tahun 2022 Dengan Tawaran Pizza Hut RED MMMMonday Untuk Atasi Masalah 'Monday Blues'

Isnin, Januari 03, 2022 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 yang penuh makna, Pizza Hut Malaysia kini memulakan tahun 2022 dengan tawaran baharu yang lebih menarik! Memperkenalkan tawaran RED MMMMonday yang menggembirakan, dimana anda boleh menikmati penjimatan hebat sambil memuaskan selera anda dengan hidangan piza yang lazat setiap hari Isnin.



Tawaran RED MMMMonday akan menjadikan setiap 'Monday Blues' (perasaan malas dan kurang bersemangat setiap Isnin) penuh dengan keceriaan. Permulaan tahun baru adalah masa dimana anda akan sentiasa berasa sibuk; oleh itu kami di Pizza Hut telah mewujudkan satu keistimewaan kepada hari Isnin supaya anda boleh memulakan minggu anda dengan penuh semangat. "Kembali ke Sekolah" dan “Mula Bekerja” pada tahun 2022 semestinya akan bermula dengan hebat.



Untuk permulaan promosi ini, bagi bulan Januari 2022 menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 pada setiap pizza saiz biasa dan juga bagi set MyBox – memberikan anda peluang untuk menikmati piza kegemaran anda sambil berkongsi dengan seseorang yang istimewa untuk keseronokan berganda.



Set MyBox ialah hidangan ringkas yang sesuai untuk makan seorang. Ia didatangkan dengan pizza bersaiz personal dan pelbagai jenis hidangan sampingan pilihan anda, juga berserta minuman – sebuah set lengkap pada nilai dengan harga RM16.90. Kini, pada hari Isnin di bulan Januari ini, pelanggan boleh menikmati 1 (satu) hidangan set Pizza Hut MyBox, dengan hanya RM8.95 setiap set, melalui tawaran Beli 1 Percuma 1 RED MMMMonday.



Bagi mereka yang lebih suka berkongsi piza dengan rakan dan keluarga, tawaran Beli 1 Percuma 1 RED MMMonday untuk pizza bersaiz sederhana adalah pilihan tepat. Dengan tawaran pada bulan Januari ini, pelanggan boleh menikmati 1 (satu) Piza bersaiz sederhana dengan harga dari serendah RM 13.95.



Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadikan hari Isnin anda lebih ceria dengan lebih penjimatan dan keseronokan melalui tawaran hebat ini! Senang je untuk mendapatkannya – hanya pesan melalui talian atau melalui aplikasi Pizza Hut atau layari www.pizzahut.com.my untuk kaedah penghantaran atau bawa pulang.







1 ulasan: