Domino's Pizza,

Domino’s Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Selasa, November 25, 2025 Mahamahu 0 Comments

Domino’s Pizza membawa kelainan baharu dengan memperkenalkan rangkaian La Carbonara, diinspirasikan daripada hidangan pasta klasik Itali. Rasa carbonara yang disukai ramai kini hadir dalam bentuk piza yang mudah dikongsi dan dinikmati. Tersedia dalam tiga pilihan, rangkaian ini boleh didapati mulai 18 November 2025 untuk masa terhad.



Untuk pengalaman yang benar-benar memuaskan, Cheesy Beef Carbonara (Carbonara Daging Berkeju) hadir dengan kombinasi daging kisar dan daging streaky, dipadankan bersama tomato ceri segar, bawang, cendawan dan sedikit sentuhan lada hitam. Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih ringan, Chicken Carbonara (Carbonara Ayam) menampilkan peperoni ayam bersama cendawan dan tomato ceri. 

Manakala untuk peminat daging tegar, 3 Meats Carbonara (Carbonara Tiga Daging) menggabungkan ayam peperoni, daging kisar dan daging streaky untuk rasa yang benar-benar padu. Keistimewaan rangkaian ini terletak pada gabungan sos carbonara Itali yang berkrim dan premium, bersama lapisan mozzarella yang melimpah ruah, di atas kerak piza hand tossed klasik yang dibakar segar dan dilumas sapuan bawang putih. Kerak piza ini ibarat kanvas terbaik untuk tiga jenis topping yang berbeza. Setiap variasi membuktikan komitmen Domino’s dalam menawarkan variasi yang berinti mewah dan menambat selera sekaligus menjadikan piza berkrim lebih enak.



Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bagi Domino's Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, "Di Domino’s matlamat kami tidak terhad kepada piza. Kami ingin membawakan pengalaman yang menggembirakan. Kami sentiasa mengambil inspirasi daripada keseronokan mencipta sesuatu yang benar-benar menambat hati dan selera pelanggan. Rangkaian La Carbonara baharu kami meraikan kejayaan tersebut, membawakan kelazatan lemak berkrim pasta yang digemari ramai dan mengubahnya menjadi pengalaman piza yang menyelerakan. La Carbonara menghidangkan cita rasa yang digemari ramai dalam gabungan menarik di atas kerak hand tossed klasik kami yang tersendiri. Kami percaya hasil ciptaan ini bukan sahaja memenuhi cita rasa tetapi juga membawakan detik menjamu selera yang baharu kepada rakyat Malaysia di mana-mana sahaja.” 



Piza La Carbonara baharu boleh didapati dalam saiz Regular (9") dan Large (12"), bermula daripada hanya RM22.90.
 
Pengalaman menjamu selera tidak hanya berakhir dengan piza tetapi disempurnakan dengan Classic Chunky Cookies baharu yang manis dan enak. Classic Chunky Cookies yang lembut, kenyal dan tebal, dibakar di dalam ketuhar sehingga berwarna keemasan. Dipenuhi dengan cip coklat import yang mencair di mulut, biskut ini rangup di tepi serta lembut dan sedap melekit di tengah, membawakan kesempurnaan rasa yang manis dan memuaskan. Sekotak empat keping biskut boleh didapati dengan harga hanya RM12.90.



Sama ada anda penggemar carbonara atau hanya mahu mencuba piza baharu yang menarik, rangkaian La Carbonara boleh dinikmati untuk tempoh terhad di semua cawangan Domino's di seluruh negara. Pesanan boleh dibuat di laman web Domino’s, Aplikasi Domino’s atau di dalam kedai di mana-mana cawangan Domino’s. Untuk maklumat lanjut tentang produk baharu dan promosi yang sedang dilaksanakan, sila layari @dominosmy di Facebook dan Instagram, atau layari laman web rasmi www.dominos.com.my.







0 Pandangan: