Nasi Briyani Bertaraf Dunia Di Restoran Kapitan Georgetown Penang

Nasi Briyani Bertaraf Dunia Di Restoran Kapitan Georgetown Penang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha ada buat post tentang kehadiran Maha di Penang untuk menjelajah mencari tempat makan menarik bukan. So kali ni Maha nak sambung untuk korang tengok tempat2 makan yang Maha telah pergi bila sampai ker Pulau Mutiara ini.


Tapi sebelum tu jutaan terima kasih Maha kepada AirAsia dan juga Tourism Penang kerana membawa Maha bersama kawan2 blogger yang lain. Sini memang banyak tempat makan hebat dan menarik serta cukup terkenal bukan sahaja dalam negara sampai ke luar negara ok. Bersesuaian dengan nama restoran ini kalau korang dengar memang international kerana menyediakan makanan yang cukup popular. 


Inilah dia Restoran Kapitan yang merupakan "World Class Naan Bread And Briyani Claypot" yang terletak di Lebuh Chulia Georgetown Penang. Nak ke sini Maha melalui cabaran paling menarik kerana buat pertama kali menaiki Rapid Penang. Buat pertama kali dalam hidup naik bas kat tempat yang tak pernah pergi. Dari Olive Tree Hotel kami tinggal naik Rapid Penang terus ke Menara KOMTAR kerana kat situ jer kami tahu nak turun.


Lepas tu kami jalan kaki sampai ke Little India dan berdekatan kawasan restoran ini. Jalan kaki pula lebih kurang 10 minit kot rasanya dari KOMTAR ker restoran ni. Best tak mencabarkan kami jalan tanpa pengetahuan tentang kota Georgetown ni ok. Restoran Kapitan ini adalah cadangan seorang kawan yang pernah datang makan kat sini katanya Kari Kepala Ikan sini sedap. Tapi hari tu kami cuma order Nasi Briyani dan juga Roti Naan sebab penat kot. 

Briyani Chicken La Coppera

Maha telah order menu yang agak popular di restoran ini iaitu Briyani Chicken La Coppera. Nasi Briyani dalam mangkuk dengan daging ayam Tandori serta kuah yang special. Buat Maha ni pertama kali makan memang agak menarik dan satu hidangan boleh buat kenyang terus. Lepas tu kawan Maha order Roti Naan Cheese with Tadori Chicken dan sorang lagi order Chicken Chop Milani Chicken and Roti Naan.

Roti Naan Cheese with Tadori Chicken

Yang Milani ni special kerana ia seakan rupa kuah lemak tapi sebenarnya ia adalah kuah cheese yang telah di mask dengan rasa pure cheese. Kalau makan banyak memang agak muak tapi untuk satu hidangan ni ok lah kerana da Chicken Chop. Lepas tu satu lagi Briyani Chicken Chop with Milani. Yang ni pun sama cuma ada Briyani dan juga kuah cheese bersama Chicken Chop juga banyak tak habis sangat.

Briyani Chicken Chop with Milani

Semua hidangan ni buat kami kenyang sangat bila makan kat sini memang tak habis semua orang makan. Restoran Kapitan ini banyak menawarkan makanan India dan Malaysia yang hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Jika korang suka ayam mentega dengan Naan anda tidak harus melepaskan untuk makan di restoran ini. Restoran ini adalah sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan sangat sibuk pada waktu makan malam nasib Maha datang siang.

Chicken Chop Milani Chicken and Roti Naan

Kat Penang ini memang banyak makanan Briyani yang menarik untuk korang cuba cuma kena pandai carilah. Restoran ini Maha dapat tahu pun dari kawan yang pernah datang dan makan di sini. So sapa2 yang nak datang Penang boleh cuba restoran ini. Kalau nak cari kena search kat waze Restoran Kapitan di Lebuh Chulia. Restoran ni memang betul2 tepi coner dan ia ada dua tingkat, boleh makan di atas atau di bawah. Lepas ni banyak lagi tempat makan Maha akan citekan sepanjang berada di Penang ini. Buat korang terus membaca blog makan Maha ni ok. Selamat menjamu selera.