Food,

Mee Udang Yang Popular di Penang Mee Udang Sri Tambang Lah

Isnin, September 14, 2015 Mahamahu 0 Comments

Mee Udang Yang Popular di Penang Mee Udang Sri Tambang Lah - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lama tak cite pasal makan kan hehehe tapi sebenarnya hari tu tak habis lagi perjalanan makan Maha di Penang. Ada lagi ni sambungan untuk satu lagi tempat makan yang menarik di Penang.


Kalau sebut Mee Udang korang mesti banyak lokasi yang terbayang di minda menjadi pilihan. Bagi Maha sendiri pun tak pernah rasa Mee Udang Penang ni jadi kawan2 telah rekmenkan satu tempat makan special Mee Udang. Mana lagi kalau bukan Restoran Sri Tambang dekat Permatang Pasir Bukit Mertajam.


Kalau korang dari belah pulau kena seberang jambatan atau naik feri untuk ke area sini. Perjalanan tak jauh pun kalau dari jambatan Pulau Pinang. Tempatnya pun tak susah nak cari memang ia agak tersorok tapi ada signboard yang besar dan pintu gerbang tanda untuk anda datang ker sini.


Masa Maha sampai sini pun memang ngam2 jer tengahari jadi memang memilih menu special Mee Udanglah untuk makan tengahari Maha kali ini. Kat sini korang boleh pilih sendiri udang yang nak di masak dalam mee tu. Boleh pilih saiz dan juga akan di timbang untuk harga. Selain ada udang ada juga ketam untuk korang pilih. 


Kali ni Maha pilih Mee Udang dan minum bersama dengan Air Kelapa Muda. Memang sesuai sangat kedua2 hidangan ini untuk makan tenghari Maha di Penang. Kalau nak cuba makanan lain pun ada kat sini nasi goreng, mee goreng dan macam2 lagi. Puas hati makan sini kerana udang besar dan segar patutlah program Jalan-Jalan Cari Makan datang sini nak rekmen terbaik. Restoran ini besar dan luas boleh muat ramai orang dan ia di buka setiap hari untuk korang makan dari pukul 10pagi hingga 12tghmalam.


Korang nak datang Maha syorkan dan boleh cuba sendiri Mee Udang di Restoran Sri Tambang. Mesti ok datang makan Mee Udang Penang baru tahu lain dengan Mee Udang tempat lain. So habis perjalanan makan Mahamahu sepanjang bercuti di Penang. Lepas ni lak nak ke satu lagi lokasi seberang Laut Cina Selatan untuk cari makan. Kat mana tunggu next post makan Maha untuk korang ok. Selamat menjamu selera semua...








0 Pandangan: